Selamat sejahtera semua.
Okay hari ini saya nak bincangkan bersama anda tentang masalah laptop bunyi bising.
Ramai pengguna perasan masalah laptop bunyi bising tapi buat-buat tak dengar / tak ambil tahu pun.
Sebab ada diantara mereka berfikir tak akan ada yang teruk pun, betul?
Ada banyak punca atau penyebab dari bunyi bising yang keluar dari laptop.
Antaranya:
1⃣ KIPAS / FAN
2⃣ PAPAN KEKUNCI / KEYBOARD
3⃣ HARD DISK
4⃣ SPEAKER
Punca kipas / fan laptop kedengaran bunyi bising.
Tengah on / gunakan laptop untuk masa yang lama tiba-tiba mula terdengar bunyi pelik dan bising dari laptop.
Ada kes yang paling kritikal, baru on / hidupkan laptop terus saja keluar bunyi bising dari laptop.
Sudah tentu bunyi bising akan mengganggu apatah lagi ketika gunakan ia di tempat awam.
Tapi, kenapa masalah laptop bunyi bising boleh berlaku?
Apa penyebabnya?
1⃣ PROCESSOR
➡ Jika anda buka banyak aplikasi atau program (multitasking), processor akan bekerja lebih keras.
➡ Prestasi processor akan sibuk sehingga menyebabkan ia panas kerana suhu laptop overheating kemudian kipas/fan segera bertindak untuk mengurangkan panas.
⚠ Punca itu lah kipas berputar sangat cepat sehingga menimbulkan bunyi bising.
2⃣ KIPAS KOTOR
➡ Kemungkinan kipas laptop anda kotor yang menyebabkan masalah laptop bunyi bising kedengaran.
➡ Kipas yang kotor telah menghalang pengedaran udara keluar dari dalam laptop.
*bila sudah terhalang, automatik laptop akan panas (overheating)
3⃣ KIPAS ROSAK
➡ Mungkin juga penyebab masalah laptop bunyi bising adalah kipas yang sudah rosak.
⚠ Kipas yang rosak tak akan bekerja sebagaimana mestinya sehingga menimbulkan bunyi bising.
Kalau jadi macam ni, anda boleh memeriksanya pada doktor.
Doktor laptop tentunya 😇
*Kalau nak lagi cepat, anda boleh terus beli kipas laptop baru asalkan bukan kipas angin yaa 😅
_________________________________________________________________
Sekarang bagaimana cara mengatasi masalah laptop bunyi bising?
Memang ada cara mudah iaitu servis cuci habuk, tukar thermal paste dan penukaran kipas (kalau dah kritikal)
Namun tentunya memerlukan kos 😎
*Jika cuba membongkar sendiri tanpa mempunyai kemahiran, boleh saja laptop anda tambah rosak
___________________________________________________________
Kenapa servis laptop dikatakan penting?
Ramai juga antara pengguna laptop yang tidak tahu pun apa itu servis.
Okay tak apa, saya bagitahu anda secara details.
AKIBAT KALAU DAH LAMA TAK SERVIS:
👎🏽 Habuk tersumbat
👎🏽 Aliran udara terhalang
👎🏽 Motherboard heat up (graphic card & processor boleh rosak)
👎🏽 Laptop no display
👎🏽 Laptop tak boleh on
HABUK TERSUMBAT
Nampak macam remeh kan?
Tapi sedar atau tak benda macam ini lah yang bakal merosakkan laptop dengan mudah.
Apabila habuk sudah terkumpul, sistem akan jadi tidak efisien kerana ia akan menghalang udara berfungsi dengan baik.
LAPTOP JATUH, KIPAS PATAH
Risiko untuk kipas patah selepas jatuh atau terhentak dengan kuat itu adalah tidak mustahil.
Bukan hanya kipas sahaja yang bakal rosak atau patah tetapi LCD Skrin, Hinge, Frame, Hard Disk dan lain-lain.
LAPTOP PANAS, KIPAS ROSAK
Laptop panas yang berpunca daripada haba yang tak mampu mengawal suhu telah merosakkan kipas.
Kerosakkan kipas boleh dikenalpasti dengan cara berpusing terlalu laju / kuat atau tidak mencukupi.
*Kalau laptop panas (overheating) lain dari biasanya, kemungkinan ada masalah dengan kipas
KERAP MAIN GAME
Pada anda yang gemar bermain video game menggunakan laptop, CPU GPU & RAM akan bekerja dengan lebih keras
(terutamanya bagi game high spec graphic).
Jadi, komponen laptop tersebut akan menjadi panas dengan mudahnya sehingga dapat merosakkan kipas punca kepada masalah laptop bunyi bising.
*Cadangan saya, sebaiknya anda gunakan laptop gaming yang sesuai dengan spec graphic game anda
*PC Desktop juga adalah pilihan yang terbaik untuk bermain game ni (PC boleh upgrade mengikut kemahuan kita)
_______________________________________________________________
- Buang habuk pada Laptop luar dan dalaman
- Tukar Thermal Paste
- Sudah tidak panas/overheating
- Sudah tidak berbunyi
- Dapat mengelakkan daripada komponen yang lain rosak
Thermal Paste ;
🔎 Thermal Paste terletak antara chip dan heatsink.
Fungsi Thermal Paste ;
🔎 Menyalurkan panas dari processor ke heatsink disebabkan oleh permukaannya yang tidak rata sehingga memerlukan penghubung.
*Supaya panas haba dapat dikawal dengan baik
______________________________________________________________
LAPTOP BUNYI BISING, KIPAS PATAH !
Bagi atasi masalah laptop bunyi bising daripada berlaku lagi, team saya mencadangkan untuk tukar kipas dan bateri laptop baru untuk HP 15-AU103TX.
Bagaimana nak berurusan dengan saya / technician?
Bagi yang berada di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor
Anda boleh hubungi saya / technician melalui:
- WhatsApp/Messenger
- Hotline
- 2 minit dari Empire Damansara
- 3 minit dari IKEA
- 10 minit dari Sungai Penchala
- 17 minit dari Kepong
- 20 minit dari Sungai Buloh
- 30 minit dari Subang