Skip to main content
Uncategorized

MASALAH LAPTOP OFF SENDIRI / AUTO SHUTDOWN | REPAIR LAPTOP GOMBAK

By February 15, 2020No Comments

Selamat Sejahtera 😉


Semakin rajin pula saya nak tulis artikel ni sebab sokongan anda semua!

Last artikel kita bincang pasal Masalah Macbook Question Mark

Tak menyangka yaa rupa-rupanya ramai pengguna Macbook yang hadapi Masalah Macbook Question Mark tapi kurang tahu apa itu Question Mark!


_______________________________________________


Jadi, kali ini saya nak bincangkan pula bersama anda Masalah Laptop OFF Sendiri / Auto Shutdown


Image result for laptop auto shutdown



Masalah yang ada berlaku ketika sedang gunakan laptop tetapi tidak dihiraukan oleh pengguna sama sekali. 


Sebab ada diantara mereka yang beranggapan Masalah Laptop OFF Sendiri / Auto Shutdown bukanlah masalah yang serius pun. 


Jangan begitu!


Setiap apa yang berlaku pada laptop kita mesti ada punca dan sebabnya. 


Image result for laptop auto shutdown



Contoh : Bateri cepat drain, mungkin saja cycle count sudah melebihi atau bateri yang tak boleh di-caj mungkin saja bateri sudah rosak. 


Okay tak apa, jum kita mula perbincangan kita yaa!


(eh eh dah macam nak bincang projek berjuta-juta pula hihi)




LAPTOP OFF SENDIRI / 
AUTO SHUTDOWN

Laptop Off Sendiri / Auto Shutdown: 
Semasa anda sedang gunakan laptop sama ada untuk buat tugasan kerja / assignment / tengok movie atau youtube dan lain-lainnya, tiba-tiba je laptop terpadam sendiri. 


Masa tu pula, kita jadi panik sebab yelah hujan tak apa tak tiba-tiba laptop boleh off sendiri. 


Image result for laptop overheating gif



(perasaan takut pun ada, tengok movie waktu malam dekat bilik sorang-sorang. Seram!)


PUNCA LAPTOP OFF SENDIRI / 
AUTO SHUTDOWN



Antara kemungkinan punca masalah:


1. Laptop panas (overheating)
2. Masalah sistem operasi
3. Motherboard
4. Bateri
5. Hard Disk rosak




Laptop panas (overheating)


Laptop yang tidak pernah servis (cuci habuk dan tukar thermal paste) akan menyebabkan laptop jadi panas yang melampau. 


Image result for laptop overheating gif





Kenapa?


Sebab habuk sudah terkumpul dengan banyak sehingga menghalang pengaliran udara keluar dan masuk. 


Image result for laptop habuk





Thermal Paste telah kering menyebabkan laptop menjadi panas dan tak dapat nak kawal suhu laptop dengan baik.


Image result for thermal paste kering



Masalah Operating System


Siapa sangka, kadang-kadang Operating System laptop itu juga memainkan peranan. 


(terutamanya bila jarang update)


Solution nya anda boleh saja format atau repair semula operating system laptop.




Motherboard


Masalah Laptop OFF Sendiri / Auto shutdown juga berpunca daripada motherboard. 


Image result for motherboard laptop rosak



(kebiasaannya juga memang masalah dari motherboard)


Mungkin juga motherboard boleh bermasalah oleh kerana laptop sudah terlalu panas tak servis sehingga memberi kesan pada komponen yang lain.




Bateri


Image result for bateri laptop rosak



Bateri laptop anda mungkin bermasalah atau sudah hampir kong dan boleh menyebabkan apabila tengah guna laptop tiba-tiba ter-off sendiri.



Hard Disk rosak


Hard Disk yang bermasalah atau rosak boleh jadi jugak punca kepada berlakunya Masalah Laptop OFF Sendiri / Auto Shutdown. 




(jarang lah berlaku)


Selalunya Hard Disk yang rosak akan mengeluarkan bunyi pelik. 


(Getaran yang kuat pun boleh jadi punca dari hard disk)




SERVIS LAPTOP PENTING !



Kenapa servis laptop dikatakan penting?

Ramai juga antara pengguna laptop yang tidak tahu pun apa itu servis. 


Okay tak apa, saya bagitahu anda secara details. 



Image result for laptop motherboard overheating



AKIBAT KALAU DAH LAMA TAK SERVIS:


👎🏽 Habuk tersumbat
👎🏽 Aliran udara terhalang
👎🏽 Motherboard heat up (graphic card & processor boleh rosak)
👎🏽 Laptop no display 
👎🏽 Laptop tak boleh on


Nampak macam remeh kan?

Tapi sedar atau tak benda macam ini lah yang bakal merosakkan laptop dengan mudah. 



Perasan tak?

Kebanyakkan masalah berpunca daripada heatsink yang terganggu akibat habuk yang melekat sehingga menyebabkan CPU panas melampau.

*Graphic Chipset pun sensitif terhadap panas

⚠ Panas adalah musuh utama komponen elektronik 

Thermal Paste juga perlu dijaga pada bahagian processor & GPU

*Kalau thermal paste sudah kering atau keras, laptop akan mudah panas yang luar biasanya


__________________________________________________


LAPTOP 5 TAHUN TAK SERVIS, KERAP AUTO SHUTDOWN 

Baru-baru ni, saya telah menerima sebuah Laptop Acer 4738ZG yang bermasalah oleh seorang customer yang selesa digelar Cik Syikin dari Gombak.

Katanya, laptop Acer 4738ZG kerap Auto Shutdown sehingga rasa terganggu bila laptop selalu Auto Shutdown terutamanya masa tengah buat kerja.

” Dah buang masa nak kena ON / hidupkan laptop semula “

Yaa, bila kita tengah fokus buat kerja tiba-tiba laptop Off sendiri, siapa je yang tak stress kan?

Kalau saya pun sama, kut tengah taip panjang-panjang ni tiba-tiba ter-off sendiri? Bengang jugak ni! 😂

Ada banyak punca tau bila Laptop Auto shutdown (seperti yang kita bincangkan dekat atas tu)

Pemilik laptop Acer 4738ZG luah pada team saya katanya laptop kerap Auto Shutdown.

Pernah juga masa tengah guna, rasa lain macam panas dekat laptop. (jadi seram pulak kut nanti meletop macam mana ohhh tidakkkkk)

Cik Syikin ada bagitahu juga, selama 5 tahun guna laptop tak pernah pun jadi macam ni (pertama kali laa Laptop Auto Shutdown)




Technician tanya pada Cik Syikin sama ada pernah servis laptop atau tidak tapi beliau kata tak pernah selama 5 tahun guna.







Laptop panas. Terjadinya laptop panas kerana kipas tak dapat nak berfungsi dengan normal.




*kipas tak berfungsi dengan normal untuk mengalirkan hawa dingin kerana habuk tebal pada kipas. (kipas jadi berat)




Disamping itu, thermal paste sudah kering bertujuan untuk mengurangkan panas yang dihasilkan oleh processor. (laptop pun jadi panas)




Bagi membantu masalah Cik Syikin, technician mencadangkan untuk servis Laptop Acer 4738ZG setelah itu technician test laptop berulang kali dan terbukti Masalah Laptop OFF Sendiri / Auto Shutdown tak berlaku lagi. 




Betul tak? kan dah cakap servis tu penting termasuklah MacBook, Desktop dan iMac.

____________________________________________________________

Bagaimana nak berurusan dengan saya / technician?


Bagi yang berada di kawasan Gombak / Selayang / Batu Caves / Taman Melawati / Rawang 


Anda boleh hubungi saya / technician melalui:
  • WhatsApp/Messenger



Dan anda boleh datang terus ke OKCS di Setapak/Selayang.

🚘 LOKASI :

Kampung Bendahara
berdekatan dengan Stadium Selayang (MPS)
Lot 22 Jalan Bendahara 8b,
Kampung Bendahara batu 9,
Jalan Sungai Tua 68100 batu caves
Selangor.

  • 5 minit dari Stadium Selayang (MPS)

  • 6 minit dari Hospital Selayang
  • 5 minit dari batu caves
🔎 GPS Coordinate: -N 3.166965 E 101.606069

🗺 Untuk peta lokasi boleh rujuk 

=========================================

 WAKTU OPERASI 
 ISNIN – JUMAAT : 10AM – 9PM

 SABTU : 10PM – 6PM

 AHAD : TUTUP

=========================================

📞 Tel Office – 013-3323995
(10am-9pm)




Leave a Reply

X