Selamat Sejahtera semuanya.
Dah lama kita tak berborak-borak/bincang pasal masalah laptop ni yaa…
Okay kali ini saya nak sama-sama bincang bersama anda tentang masalah laptop terkena/tempias air hujan.

Agaknya kenapa ya saya nak bincang pasal tajuk laptop terkena/tempias air hujan ni?
Kerana musim hujan tak menentu, kadang-kadang hujan pada waktu petang dan kadang-kadang hujan pada waktu malam.
Kebetulan pula, waktu itu lah baru nak balik rumah dari tempat kerja.
Tengah galas beg yang berisi laptop sambil bawa motor, tiba-tiba hujan turun dengan lebat sampai tak sempat nak berhenti tepi untuk pakai baju hujan.

Masa itu apa yang kita semua akan fikirkan hanyalah keadaan laptop walaupun ia ada dalam beg, betul?
Yaa, kita memang tak boleh nak agak bila hujan akan turun bila hujan tak turun dan sebagainya, bukan?
Jadi, saya bagitahu anda macam mana kita nak elakkan daripada laptop terkena/tempias air hujan rosak dan tak boleh dihidupkan lagi.
___________________________________________________________
Seperti yang kita semua tahu bila air terkena barangan elektrik/elekronik mesti akan berlaku short circuit, setuju?
Nak pula laptop sekarang ni dah merupakan satu barangan elektronik yang penting sebab kebanyakkan antara kita gunakan laptop untuk bekerja.
*dalam laptop lah tempat kita simpan data-data / file-file penting

____________________________________________________________

Sebelum saya kongsikan apa yang anda perlu buat sekiranya laptop terkena/tempias air hujan, tolong jangan panik!

Yaa, saya tahu dan yakin sangat 80% daripada anda pasti akan rasa panik/gelabah/cuak/takut bila laptop terkena/tempias air hujan, betul?

Tapi sebenarnya, bila laptop terkena/tempias air hujan walaupun bagi anda sedikit saja kenyataannya tidak.

Jadi, jangan sesekali cuba untuk hidupkan laptop yaa.

Bagaimana nak berurusan dengan saya / technician?
Bagi yang berada di kawasan Gombak / Selayang / Batu Caves / Taman Melawati / Rawang
Anda boleh hubungi saya / technician melalui:
- WhatsApp/Messenger
Dan anda boleh datang terus ke OKCS di Setapak/Selayang.
-
5 minit dari Stadium Selayang (MPS)
-
6 minit dari Hospital Selayang
-
5 minit dari batu caves