Skip to main content
Uncategorized

LAPTOP TAK BOLEH CONNECT INTERNET WI-FI

By January 10, 2020No Comments

Kali ini, saya nak sama-sama bantu anda semua kita bincangkan tentang masalah laptop yang tak boleh connect internet Wi-Fi



Bila cakap pasal laptop tak boleh connect internet mesti ada yang terus kata puncanya Wi-Fi card dah rosak, betul?

Ada betulnya juga tapi ada sebab atau punca lain kenapa laptop tak boleh connect internet Wi-Fi.


Sebelum itu, adakah

1⃣ Adakah laptop atau gadget yang lain boleh connect internet Wi-Fi?
2⃣ Adakah sudah cuba buka website menggunakan web browser yang berbeza?

⚠ Kalau jawapannya adalah “tidak” / “tak boleh connect internet Wi-Fi”, mungkin masalah pada router.

⚠ Kalau jawapannya adalah “ya” / “boleh connect internet Wi-Fi”, mungkin masalah pada 
network adapter atau Wi-Fi card laptop itu sendiri.


Cara untuk memastikan Windows sudah di-updates:


Image result for updates windows


Buka Control Panel Klik pada Windows Update  Klik Check Now  View Details

* Akan terpapar pada skrin laptop senarai updates yang anda boleh muat turun dan install updates Windows


Reset setting Internet Windows 10


Image result for reset windows 10





➡ Button Start Menu ➡ Klik icon gear/cog ➡ Network & Internet ➡ Klik tab status & teks Network Reset ➡ Reset Now 

* Apabila ditanya untuk pengesahan reset, klik “Yes

#⃣ Setelah selesai, laptop akan di-boot semula. Kemudian Windows akan memberikan cara-cara untuk menetapkan semula network.

Reset setting Internet Windows 7, 8, 8.1
Image result for reset windows
* Untuk ke Control Panel ia agak berbeza untuk Windows 7 & Windows 8
Windows 7 : Klik Start Control Panel
Windows 8 : Klik button Windows dan Q pada keyboard serentak. Kemudian taip Control Panel
➡ Klik Network and Sharing Center ➡ Change Adapter Settings ➡ Right-Click Adapter ➡ Disable ➡ Right-Click ➡ Enable *untuk hidupkan semula network adapter

Beberapa sebab / punca laptop tak boleh connect internet wi-fi


Image result for internet laptop X icon




Antaranya:

Driver wifi tiada atau tidak di-install 

➡ Berkemungkinan driver Wi-Fi belum dipasang atau hilang tanpa disedari (secara tiba-tiba) disebabkan oleh driver Wi-Fi yang telah dijangkiti virus lalu membuangnya.

⚠ Jadi, anda perlu install semula dan pastikan versi driver Wi-Fi compatible (sesuai) dengan laptop.



Wi-Fi adapter rosak

➡ Wi-Fi adapter rosak adalah antara salah satu sebab yang tidak dapat dielakkan walau sudah berulang kali membaikinya. 

* Tetap laptop tak boleh connect internet Wi-Fi

⚠ Jadi, penggantian Wi-Fi card baru perlu dilakukan agar laptop anda masih boleh connect internet Wi-Fi.




Beberapa cara yang boleh digunakan untuk troubleshoot 



✅ Pertama sekali yang boleh anda lakukan, 


 reset atau matikan dahulu modem internet anda selama 60 saat lepas tu on balik modem bagi mereka yang menggunakan streamy, unifi dan sebagainya.


Image result for modem internet streamy




✅ Kedua anda boleh cuba untuk Forget Wireless (Wi-Fi) Network anda dan connect balik ke Wireless network tersebut.


Image result for Forget Wireless Network


*Caranya,  right-click icon wireless (Wi-Fi) dan pilih open network and sharing center ➡ pilih wireless (Wi-Fi) networks bahagian kiri paparan skrin 

*Dalam Bahagian ni, ➡ pilih wireless (Wi-Fi) network mana yang anda gunakan ➡ klik remove ➡ tutup/off dan klik balik pada icon Wi-Fi anda ➡ pilih wireless network anda dan masukkan balik password




✅ Ketiga anda boleh menggunakan command prompt. 

*Caranya pergi ke startup menu dan dibahagian search anda taip command prompt.

*Dalam command prompt anda boleh taip ipconfig/renew (tekan enter) ➡ taip exit (tekan enter



✅ Keempat 

Ada kemungkinan driver wireless laptop anda bermasalah atau hilang. 


Apa yang anda boleh lakukan, guna dulu mana-mana laptop atau pc yang ada sambungan internet. 

*Dalam search box google tu anda taip jenama dan model laptop. 


Contohnya, (download driver acer aspire ####) 

➡ Tekan pada link website acer dan cari serta download driver wireless network laptop tersebut


Kemudian copy pada pendrive ➡ install pada laptop anda (pastikan anda download khas untuk windows yang anda gunakan win7/8/10)




✅ Kelima anda boleh cuba format balik laptop.


Image result for format



*
Dengan install operating system yang baru dan install balik semua driver yang diperlukan. 


*Kalau ada backup data baik anda backup dahulu fail-fail yang penting dekat external hardisk atau pendrive


Image result for backup data





✅ Keenam
kalau icon wireless anda gambar “X” anda kemungkinan ter-off Wi-Fi laptop. 





Image result for laptop tak boleh connect wifi






*
Cuba cari logo wireless pada keyboard ataupun ada suis on/off wireless pada bahagian sisi laptop anda


*Anda boleh cuba cari driver wireless dari internet ikut cara diatas tu

#⃣Kalau anda dah cuba ini semua tapi tidak berhasil/berjaya maknanya Wi-Fi card anda dah rosak



✅ Terakhir kalau Wi-Fi card rosak anda perlu tukar dengan yang baru. 


Kos agak tinggi tapi kalau anda nak jimat boleh gunakan TP-Link

Image result for tp link laptop


* Fungsi TP-Link ni sama je macam wireless (Wi-Fi) laptop cuma anda perlu sambungkan pada slot usb kalau nak connect internet

_______________________________________________________________


Ada satu kes yang saya pernah terima mengenai masalah laptop HP Pavilion G4 tak boleh connect internet Wi-Fi.

Pemilik laptop tersebut bagitahu masa nak gunakan laptop tiba-tiba icon Wi-Fi muncul tanda “X“.

Bila technician saya cuba untuk diagnos / check masalah dari laptop HP Pavilion G4 tak boleh connect internet Wi-Fi, rupa-rupanya keadaan laptop mengejutkan saya dan bakal mengejutkan anda juga. 

* Lihat gambar dibawah 


Oleh itu, saya bersama technician terus memaklumkan pada pemilik laptop hp pavilion g4 bahawa punca laptop HP Pavilion G4 tak boleh connect internet Wi-Fi berpunca daripada kesan terbakar itu. 

* Wi-Fi card sudah rosak


Jadi, pemilik laptop tersebut pasrah saja dan minta technician saya untuk format dan servis laptop hp pavilion g4. 

Lepas selesai format dan servis, pemilik laptop hp pavilion g4 terus pickup. 



Pada masa itu, saya ada beri cadangan dan tips untuk pemilik laptop hp supaya masalah seperti ini tak berlaku pada laptop lain *sekiranya pemilik laptop ada

Apa pun, pemilik laptop hp pavilion g4 tetap berterima kasih pada team saya sebab bantu diagnos / check masalah laptop hp pavilion g4 tak boleh connect internet Wi-Fi dan format serta servis laptop tersebut. 





_____________________________________________________________



Bagaimana nak berurusan dengan saya / technician?


Bagi yang berada di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor

Anda boleh hubungi saya / technician melalui:
  • WhatsApp/Messenger

  • Hotline 
= 0377316761

Dan anda boleh datang terus ke OKCS di Damansara Perdana.

Lokasi OKCS Damansara Perdana:


  • 2 minit dari Empire Damansara
  • 3 minit dari IKEA
  • 10 minit dari Sungai Penchala
  • 17 minit dari Kepong
  • 20 minit dari Sungai Buloh
  • 30 minit dari Subang

  


Leave a Reply

X