Skip to main content
Uncategorized

PENJAGAAN SCREEN & KEYBOARD LAPTOP YANG BETUL DAN MUDAH

By November 12, 2019No Comments

HELLO, SELAMAT SEJAHTERA PENGGUNA LAPTOP 🙂


Artikel membincangkan tentang Penjagaan Screen & Keyboard Laptop yang betul dan mudah agar ia sentiasa dalam keadaan baik. 


Pada kali ini, OK Computer Solution ingin berkongsi bersama anda tentang bagaimana cara penjagaan screen dan keyboard laptop supaya tidak mudah rosak serta kekal lama.  


Image result for external keyboard for laptop" 

Rata-rata pengguna diantara kita yang hanya reti menggunakan laptop tetapi tidak begitu kisah dan mengambil tahu akan cara penjagaan screen & keyboard laptop yang betul dan mudah sehingga laptop kelihatan tidak terjaga dengan baik. 


Image result for skrin laptop kotor"



Cuba bayangkan jika anda membiarkan saja screen & keyboard dalam keadaan yang berhabuk dan kotor, tidak mustahil kalau nanti tiba-tiba laptop sudah tidak boleh dihidupkan/digunakan atas kecuaian anda. 



Ada satu kisah benar tentang seorang pengguna laptop Lenovo yang mana beliau meluahkan bahawa paparan screen laptop miliknya gelap (no backlight). 


Jadi, technician segera membuat diagnos terhadap laptop tersebut dan didapati bahawa punca laptop Lenovo screen no backlight ialah semut yang sudah bersarang sehingga menyebabkan cable screen koyak/rosak. 


Oleh itu, sebagai pengguna yang bijak jangan sesekali mengambil remeh tentang perkara seperti ini kerana kemungkinan ia bakal merugikan diri sendiri.


Okay, berbalik pada topik kita iaitu Penjagaan Screen & Keyboard Laptop, cara penjagaan dan pembersihan screen & keyboard tidaklah susah/rumit/sukar seperti yang kita anggap/fikirkan.


PENJAGAAN & PEMBERSIHAN SCREEN


 



Screen laptop juga perlu dijaga dengan baik dan berhati-hati kerana ianya sangat mudah untuk pecah/retak/rosak termasuklah lapisan filem protect yang nipis pada paparan screen turut perlu dititik beratkan kerana ia mudah tercalar jika tidak dijaga & dibersihkan dengan betul.


Percaya atau tidak bahawa tak kira berapa kerap pun anda sedaya upaya membersihkan habuk yang melekat pada screen laptop, tetap saja habuk bertebaran bebas sehingga mengganggu  seseorang itu ketika sedang menggunakan laptop. 


TIPS PENJAGAAN SCREEN LAPTOP


1) Elakkan benda tajam

Image result for pisau lipat dan pembaris"




Jangan sesekali meletakkan benda tajam pada atau berdekatan dengan screen laptop.


Hal ini kerana, screen laptop sangat sensitif pada kekerasan dan benda tajam seperti pen, pisau lipat, pembaris dan lain-lain sehingga menyebabkan screen rosak/pecah/retak/crack.


2) Elakkan bebanan diatas laptop

Image result for buku atas laptop"


Jangan meletakkan barang yang berat seperti kamus, buku tebal dan lain-lain diatas laptop ketika ianya dalam posisi lipat & tertutup.


Lapisan antara casing sebelah belakang screen laptop adalah sangat nipis yang boleh menyebabkan screen turut rosak/pecah/retak/crack.


3) Jauhkan daripada tempat tidur

Image result for laptop atas katil"




Jangan meletakkan laptop diatas katil atau kawasan yang berdekatan dengan tempat tidur kerana risiko untuk laptop jatuh dari katil sangatlah mungkin dan bakal berlaku tanpa disedari.


4) Jauhkan cecair/minuman

Image result for makanan dan minuman laptop"


Jangan makan/minum atau meletakkan apa-apa benda yang berbentuk cecair berdekatan dengan laptop kerana terdapat lubang-lubang kecil yang boleh menyebabkan cecair tersebut memasuki lubang sehingga merosakkan pixel screen laptop.




TIPS PEMBERSIHAN SCREEN LAPTOP


Bagi menghapuskan/menghilangkan kotoran habuk pada laptop, masih ada yang menggunakan kertas tisu untuk mencuci screen tersebut menyebabkan kotoran habuk akhirnya akan jatuh ke bawah sehingga melekat pada keyboard. 


Kain lap yang kasar juga turut akan meninggalkan lagi kesan lebih teruk sehingga mencalarkan screen laptop. 


Oleh itu, gunakan kain microfiber yang sesuai untuk menghapuskan/membersihkan segala kotoran habuk yang ada pada screen.


Image result for lap skrin guna tisu"




1. Tutup elektrik (turn off) laptop & cabut pengecas serta bateri (unplug power adapter & battery)


Image result for turn off laptop"



– Pastikan laptop dalam keadaan tertutup/mati dan bukan sleep mode kerana jika ia masih dalam keadaan hidup atau sleep mode, kemungkinan akan menyebabkan short circut sehingga merosakkan komponen dalam laptop.



2. Gunakan kain microfiber (microfiber cloth) 


Image result for kain microfiber untuk laptop"


3. Lap screen perlahan-lahan dengan kain


Image result for kain microfiber untuk laptop"



– Gunakan kain lap sekali sahaja untuk membuang kotoran habuk pada screen. Lap secara berputar dengan perlahan-lahan tanpa menekan terlalu kuat/keras sehingga boleh merosakkan screen.



4. Gunakan gentle lembut untuk bingkai screen (laptop frame)


– Gunakan air pencuci tingkap atau wet wipes untuk bingkai screen dan pastikan berhati-hati tanpa terkena sedikit cela pun pada screen.




Gentle Cleaning Solution



Menggunakan air suling biasa (plain distilled water) yang tidak mengandungi bahan kimia dan lembut pada screen laptop.


*Campurkan 50/50 cuka putih dan air suling untuk membuang/menghapuskan kotoran degil.


Air suling sangat baik dan bagus berbanding air paip kerana ianya bebas daripada bahan kimia. Jadi, jangan sesekali menggunakan mana-mana pembersih dengan alkohol, ammonia atau pelarut kuat pada skrin LCD.


– Tuangkan sedikit larutan ke dalam botol semburan lalu semburkan sedikit pada kain microfiber untuk melembapkannya. 


Image result for bersihkan keyboard laptop"


* Jangan rendamkan ia kerana kain yang terlalu basah boleh meninggalkan titisan pada screen sehingga menjadi “weep” bezal di belakang lalu merosakkan screen laptop tersebut.
(hanya basahkan satu sudut kain sahaja)


* Jangan terus membasahkan screen kerana semburan air terus pada screen laptop akan meningkatkan peluang air masuk ke dalam laptop sehingga merosakkan komponen yang lainnya. 


* Jangan guna pembersih tingkap, All-purpose Cleaner, sabun pinggan atau jenis sabun lain untuk membersihkan screen.


* Jangan sekali-kali gosok screen anda dengan menggunakan berus gigi, kertas tisu, kertas tandas atau kain lain untuk membersihkan screen.


PENJAGAAN & PEMBERSIHAN KEYBOARD


Image result for penjagaan laptop kotor"




Bila cakap pasal keyboard, ramai diantara kita turut mengambil remeh tentang penjagaan keyboard Laptop. 


Terutamanya dikalangan remaja yang kadang kala sedang menghadapi tekanan dengan rakan sekelas atau orang sekeliling dan tugasan yang sukar pastinya keyboard Laptop yang akan menjadi mangsanya. 


Image result for keyboard laptop rosak"


Kerosakkan keyboard laptop sebenarnya berpunca daripada penggunaan yang tidak terjaga dengan baik. 


Keyboard sangat sensitif pada kekasaran dan untuk pengetahuan anda, keyboard merupakan satu komponen yang penting dalam sesebuah laptop. 


Apa lah erti sebuah laptop jika kita perlu menggunakan external keyboard apabila ianya sudah rosak dan tidak boleh digunakan lagi. 

Tambahan pula, keyboard juga hanya mempunyai satu sahaja cable yang menghubungkannya ke motherboard. 


Oleh itu, jika satu button tidak boleh digunakan maka keyboard perlu ditukar dengan yang baru kerana ia didatangi dengan satu set keyboard laptop. 


TIPS PENJAGAAN KEYBOARD LAPTOP


Image result for keyboard laptop rosak"


Sebagai pengguna yang bijak, anda haruslah lakukan sesuatu agar kerosakkan pada keyboard laptop tidak berlaku lagi kelak.


1. Kerap bersihkan keyboard setiap seminggu satu kali dengan menggunakan cecair khas untuk pembersihan keyboard agar kotoran atau habuk tidak terkumpul dengan banyak.


Image result for bersihkan keyboard laptop"


2. Sediakan berus yang lembut untuk membersihkan ruang-ruang diantara satu button ke button yang lain. 


Image result for bersihkan keyboard laptop"


Selain itu, mini usb vacuum cleaner untuk menyedut habuk dan kotoran yang terdapat di celah-celah button keyboard laptop.


Image result for bersihkan keyboard laptop"



3. Gunakan keyboard protector sebagai perlindungan keyboard kerana ia dapat menghalang segala habuk atau kotoran. 


Image result for bersihkan keyboard laptop"


Ia juga mudah dibersihkan jadi apabila terlalu banyak habuk atau kotoran boleh dibersihkan saja.


4. Elakkan daripada merokok, makan dan minum di hadapan laptop kerana risiko untuk air tumpah sangatlah mudah tambahan pula ia boleh menyebabkan motherboard laptop turut rosak. 


Image result for keyboard laptop rosak"


Makanan dan abu rokok pula boleh menyebabkan habuk masuk ke dalam celah-celah keyboard sehingga ia boleh rosak.


5. Gunakan external keyboard atau joystick bagi mengelakkan button keyboard rosak akibat daripada permain tegar video game yang menekan button secara terus menerus dan berkali-kali bersama emosi yang tidak stabil.


Image result for external keyboard for laptop"


6. Pastikan tangan dalam keadaan bersih sebelum menggunakan laptop bagi mengelakkan kotoran masuk ke celah-celah keyboard laptop. 




TIPS PEMBERSIHAN KEYBOARD LAPTOP


Image result for bersihkan keyboard laptop"



1. Matikan laptop (turn off)


– Bagi mengelakkan berlakunya short circuit sehingga boleh merosakkan komponen/peranti laptop, sebaiknya turn off atau matikan laptop terlebih dahulu.


2. Tegakkan laptop dalam keadaan terbalik


Image result for terbalikkan laptop"


– Tekan button keyboard dengan perlahan agar kotoran habuk akan lebih mudah keluar dari kawasan  keyboard.


3. Gunakan Vacuum Cleaner


Image result for vacuum cleaner laptop"


–  Kotoran habuk pada keyboard dapat dihapuskan dengan mudah.


– Untuk membersihkan habuk di kawasan yang sukar, gunakan Vacuum Cleaner atau Bulb Syringe bagi memudahkan habuk keluar terutamanya button keyboard.


4. Gunakan Brush Makeup (berus makeup)


Image result for bersihkan keyboard laptop"



Image result for bersihkan keyboard laptop"



– Gunakan berus makeup atau berus yang bersesuaian untuk menyingkirkan segala kotoran habuk yang ada pada keyboard termasuk keypad.

5. Guna cuka putih untuk kesan yang lebih baik


Image result for bersihkan keyboard laptop"



– Jangan sesekali menggunakan bahan pembersih yang mempunyai kandungan alkohol, ammonia atau aseton.

– Cecair yang agresif boleh mengeluarkan cat daripada setiap button keyboard sehingga menyebabkan ia mudah rosak. 


*Untuk lebih selamat, gunakan saja cuka putih yang dicampurkan bersama air sebagai bahan pembersih.


– Celupkan/semburkan sedikit pada kain lap dan gunakannya dengan berhati-hati.


6. Bersihkan kawasan keyboard



i) Gunakan cuka putih yang dicampurkan dengan air lalu celupkan/semburkan sedikit pada kain microfiber dan bersihkan di celah-celah button keyboard termasuklah kawasan keypad.


ii) Ambil apa-apa alatan nipis seperti pembaris/sudu kemudian tutup bahagian hujung dengan kain microfiber. 


Image result for bersihkan keyboard laptop"


*kotoran dapat disingkirkan dengan lebih mudah


Berbalik pada kisah Penjagaan Screen & Keyboard Laptop yang betul dan mudah, debu/kotoran pada laptop haruslah dibersihkan secara kerap kerana debu merupakan musuh utama bagi sesebuah laptop. 


Apabila terdapat banyak habuk yang terkumpul, air flow udara juga sukar untuk mengalir dengan baik kerana telah menghalang pengeluaran haba panas dari laptop.


Jika screen rosak/pecah/retak/crack, keyboard rosak dan button tidak berfungsi lagi, ia akan menyebabkan seseorang itu tertekan kerana tidak dapat menyiapkan tugasan yang penting. 


Jadi sebagai pengguna yang bijak anda sepatutnya menitikberatkan tentang perkara seperti ini kerana screen dan keyboard yang rosak memerlukan kos yang agak tinggi. 


Oleh yang demikian, sayangi lah laptop anda dan jangan pernah mengambil remeh tentang penjagaan screen & keyboard laptop, bateri laptop dan lain-lainnya. 


Apabila kita sering mengabaikan tentang perkara seperti itu, ia akan merugikan diri kita sendiri. 


Akan tetapi ia tidak menjadi masalah jika hanya berlaku sekali kerana satu perkara buruk yang berlaku pada kita merupakan satu pengajaran justeru memberi penyedaran kepada kita.

Leave a Reply

X