Skip to main content
laptopmacbookUncategorized

[SOLVED] MASALAH TRACKPAD MACBOOK PRO A1278 | REPAIR MACBOOK CHERAS

By April 22, 2019October 17th, 2023No Comments

Kedai Repair Macbook Cheras menyelesaikan masalah Trackpad Macbook Pro A1278


Artikel ini membincangkan tentang menyelesaikan masalah Trackpad Macbook Pro A1278. Pada bulan lalu, kedai repair Macbook Cheras telah didatangi oleh seorang pelanggan iaitu Cik Aini bersama keluarganya dengan membawa Macbook Pro A1278.

[SOLVED] MASALAH TRACKPAD MACBOOK PRO A1278 | REPAIR MACBOOK CHERAS 1
Keadaan Macbook Pro A1278



Semasa Cik Aini tiba di kedai repair Macbook Cheras, beliau terus mengeluarkan Macbook miliknya dari beg galas lalu meluahkan bahawa trackpad pada macbook terangkat sehingga sudah tidak dapat digunakan lagi. Beliau mengatakan bahawa sebelum ini, pernah juga kejadian trackpad terangkat berlaku akan tetapi selepas beliau menekan kedalam semula trackpad sudah boleh digunakan.


Oleh sebab masalah itu, beliau terpaksa menggunakan mouse buat sementara tetapi ianya sangat sukar baginya untuk membuat tugasan dengan pantas. Selain itu juga, beliau berasa sangat bimbang akan keadaan Macbook tersebut kerana trackpad yang terangkat kelihatan teruk berbanding sebelumnya. 


[SOLVED] MASALAH TRACKPAD MACBOOK PRO A1278 | REPAIR MACBOOK CHERAS 2
Trackpad Macbook Pro A1278



Jadi, tanpa membuang masa beliau mencari seribu satu jalan dengan melayari internet sehingga menjumpai kedai repair Macbook Cheras atau lebih dikenali sebagai OK Computer Solution Kuala Lumpur bagi meminta bantuan menyelesaikan masalah Trackpad Macbook Pro A1278 miliknya itu. 


Beliau memilih OK Computer Solution Kuala Lumpur kerana sudah banyak artikel menarik, respon positif serta testimoni yang baik dan perkhidmatan yang berkualiti dengan tawaran harga yang berpatutan.


Disamping itu, OK Computer Solution Kuala Lumpur merupakan salah satu cawangan dari OK Computer Solution yang bertapak di Petaling Jaya. Ia merupakan sebuah syarikat bumiputera yang menyediakan perkhidmatan dan penyelenggaraan komputer riba sehingga sudah berjaya mempunyai 13 cawangan di seluruh Malaysia termasuklah Kuala Lumpur.


Setelah mendengar luahan Cik Aini terhadap Macbook miliknya itu, Admin menjelaskan pada beliau bahawa melalui pengalaman masalah trackpad kebiasaannya berpunca daripada bateri Macbook yang sudah kembung. 
Ia berlaku disebabkan cycle count bateri sudah melebihi purata yang telah ditetapkan oleh sesebuah Macbook. 


Oleh itu, Admin menunjukkan pada Cik Aini bukti cycle count sudah melebihi had sehingga trackpad terangkat. Cik Aini berasa sangat terkejut cycle count sudah mencecah 13** dan beliau akui bahawa selama bertahun-tahun penggunaan macbook tidak pernah tahu sama sekali tentang cycle count bateri Macbook. 

[SOLVED] MASALAH TRACKPAD MACBOOK PRO A1278 | REPAIR MACBOOK CHERAS 3
Cycle count bateri lama



Jadi setelah mendengar penjelasan dari Admin, Cik Aini bersetuju untuk membuat penukaran bateri Macbook yang lama kepada baru bagi menyelesaikan masalah Trackpad Macbook Pro A1278 tersebut. 
Oleh kerana stok bateri model Macbook A1278 di kedai sudah habis, Cik Aini perlu meninggalkan Macbook miliknya itu untuk tempoh kurang dari 2hari. 


Selain masalah Trackpad Macbook Pro A1278, Cik Aini turut meluahkan bahawa Wi-Fi Macbook sudah tidak boleh detect/connect yang menyebabkan beliau sukar untuk menyiapkan tugasan kerja yang mana ia memerlukan internet. Jadi, Cik Aini meminta technician untuk memeriksa keadaan Wi-Fi card tersebut supaya beliau boleh menggunakan Macbook untuk kegunaan tugasan kerja kelak.


Admin segera memberitahu technician tentang masalah Trackpad Macbook Pro A1278 lalu pelanggan bersetuju untuk menukar bateri Macbook yang baru. Tambahan pula, pelanggan juga meminta technician untuk dignose masalah Wi-Fi yang tidak boleh detect/connect lagi. 

[SOLVED] MASALAH TRACKPAD MACBOOK PRO A1278 | REPAIR MACBOOK CHERAS 4
Proses diagnose bateri Macbook Pro A1278



Jadi tanpa membuang masa, technician membuat diagnose seperti biasanya sehingga didapati bahawa masalah Wi-Fi yang tidak boleh detect/connect itu berpunca daripada kerosakan pada logic board. 
Lalu, Admin memberitahu Cik Aini dengan memberi penjelasan yang sangat jelas serta mudah difahami bersama tawaran harga yang berpatutan dengan kos tukar bateri baru, repair logic board dan servis cuci habuk serta tukar thermal paste sehingga beliau bersetuju. 

[SOLVED] MASALAH TRACKPAD MACBOOK PRO A1278 | REPAIR MACBOOK CHERAS 5
Logic Board Macbook Pro A1278

[SOLVED] MASALAH TRACKPAD MACBOOK PRO A1278 | REPAIR MACBOOK CHERAS 6
Keadaan dalam Macbook yang penuh habuk



Masalah biasa apabila trackpad terangkat sudah tentunya disebabkan oleh bateri Macbook yang sudah kembung/panas/rosak dan sebagainya. Perkara seperti ini kebiasaannya berlaku apabila pengguna Macbook telah menggunakan bateri untuk jangka masa yang lama sehingga bateri overheating akibat daripada penggunaan Macbook tanpa henti melebihi 5jam.

[SOLVED] MASALAH TRACKPAD MACBOOK PRO A1278 | REPAIR MACBOOK CHERAS 7
Trackpad Macbook Pro A1278

Sangat bahaya jika membiarkan masalah Trackpad Macbook Pro A1278 berterusan tanpa apa-apa tindakan kerana ia melibatkan bateri yang mana ianya juga boleh menyebabkan kerosakkan pada keyboard termasuklah komponen yang lain terutamanya logic board. Sekiranya ia dibiarkan sehingga merosakkan logic board, akan menjadi satu masalah kepada pengguna Macbook kerana terpaksa mengeluarkan banyak wang untuk membaikki kesemua masalah tersebut.

[SOLVED] MASALAH TRACKPAD MACBOOK PRO A1278 | REPAIR MACBOOK CHERAS 8
Bateri lama Macbook Pro A1278
[SOLVED] MASALAH TRACKPAD MACBOOK PRO A1278 | REPAIR MACBOOK CHERAS 9
Bateri baru Macbook Pro A1278



Berbalik pada kisah menyelesaikan masalah Trackpad Macbook Pro A1278, technician hanya memerlukan masa lebih kurang 1 jam untuk proses penukaran bateri lama kepada bateri yang baru. 
Selepas itu, pengujian telah dilakukan sehingga masalah Trackpad terangkat dan bateri yang kembung sudah dapat diatasi. Masalah Wi-Fi card yang tidak boleh detect/connect juga sudah tidak berlaku lagi selepas proses repair bahagian logic board dilakukan. 

[SOLVED] MASALAH TRACKPAD MACBOOK PRO A1278 | REPAIR MACBOOK CHERAS 11
Keadaan Macbook Pro selepas penukaran bateri & repair logic board

[SOLVED] MASALAH TRACKPAD MACBOOK PRO A1278 | REPAIR MACBOOK CHERAS 12
Notis bateri Macbook Pro yang baru
[SOLVED] MASALAH TRACKPAD MACBOOK PRO A1278 | REPAIR MACBOOK CHERAS 13
Cycle count bateri baru Macbook Pro A1278

Kini, Cik Aini sudah tidak perlu risau akan masalah Trackpad Macbook Pro A1278 atau bateri Macbook yang kembung serta Wi-Fi card yang tidak boleh detect/connect. Admin turut memberitahu tips serta langkah-langkah yang harus dititikberatkan oleh Cik Aini agar masalah bateri kembung Macbook tidak berlaku dalam jangka masa yang terdekat.


Cik Aini mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah membantu menyelesaikan masalah Trackpad Macbook Pro A1278 serta Wi-Fi yang tidak boleh detect/connect. Apabila pelanggan puas hati dan gembira kami di kedai repair Macbook Cheras turut gembira di atas perkhidmatan yang telah kami berikan pada mereka.




–>>Anda nak kami bantu menyelesaikan masalah TRACKPAD seperti MACBOOK PRO?


–>>Nak kami diagnose secara PERCUMA?


–>>Tercari-cari KEDAI REPAIR MACBOOK CHERAS?




Anda boleh hubungi OKCS Kuala Lumpur:-




03-9202 2947 / 017-641 7084 




Lokasi OKCS Kuala Lumpur:-


  • 2 minit dari Kolej Universiti Poly-Tech Mara Taman Shamelin
  • 3 minit dari LRT Pandan Jaya
  • 5 minit dari Sunway Velocity Mall
  • 10 minit dari Pantai Hospital Ampang
  • 11 minit dari MyTown Shopping Mall
  • 12 minit dari Plaza Low Yat
  • 13 minit dari Tesco Extra Ampang
  • 20 minit dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS)




OKCS KL

Leave a Reply

X