Kedai repair Macbook menyelesaikan masalah Macbook Pro A1502 Speaker Pecah/Rosak
Artikel ini membincangkan tentang Macbook Pro A1502 Speaker Pecah/Rosak. Baru-baru ini, kedai repair Macbook telah didatangi oleh seorang pelanggan bersama Macbook Pro A1502 miliknya.
MACBOOK PRO A1502 |
Semasa beliau tiba di kedai repair Macbook, Admin telah bertanya pada beliau apakah masalah yang sedang dihadapi oleh Macbook Pro tersebut.
Lalu, beliau meluahkan bahawa Macbook Pro A1502 Speaker Pecah/Rosak sehingga memberi tekanan pada beliau ketika ingin menonton movie serta mendengar lagu sebagai runtin harian kerana Macbook sering mengeluarkan bunyi pecah-pecah yang menyakitkan hati.
Oleh itu dengan perasaan yang tertekan, sedih dan kecewa akibat daripada masalah Macbook Pro tersebut beliau segera melayari internet mencari kedai repair yang trusted, cekap dan boleh membantu menyelesaikan masalah beliau sehingga menjumpai kedai repair Macbook atau lebih dikenali OK Computer Solution.
Jadi, pelanggan itu pun segera membuat keputusan menuju ke kedai repair Macbook bersama Macbook Pro miliknya bagi menyelesaikan masalah Macbook Pro A1502 Speaker Pecah/Rosak.
Setelah mendengar luahan pelanggan kami itu, technician dengan segera membuat diagnose terhadap Macbook Pro mencari punca speaker bermasalah mengeluarkan bunyi pecah-pecah dan pada akhirnya didapati bahawa speaker Macbook Pro sudah rosak.
Oleh itu, Admin segera menghubungi pelanggan itu lalu memberitahu beliau tentang keadaan speaker Macbook Pro yang sudah rosak dan perlu digantikan dengan 1 set speaker yang baru agar masalah Macbook Pro A1502 Speaker Pecah/Rosak dapat diatasi dengan segera.
Setelah mendapat persetujuan dari pelanggan kami itu, technician terus mendapatkan 1 set speaker Macbook yang baru dan membuat proses penukaran speaker yang lama kepada speaker yang baru.
Proses Penukaran Speaker Macbook Pro A1502
![]() |
Buka skru pada casing Macbook |
![]() |
Pisahkan casing Macbook Pro |
![]() |
Keadaan dalam Macbook Pro A1502 |
![]() |
Buka skru pada speaker Macbook |
![]() |
Buka skru yang berkaitan |
![]() |
Pisahkan speaker Macbook Pro yang lama |
![]() |
Keadaan Macbook bersama speaker macbook yang baru |
Walaupun speaker lama masih boleh mengeluarkan bunyi namun tidak jelas kedengarannya dan terlalu menyakitkan hati serta gegendang telinga sehingga mampu memberi tekanan yang tinggi pada seseorag itu.
Kebiasaannya punca speaker rosak adalah akibat daripada penggunaan yang tidak terjaga dengan baik iaitu sering memainkan muzik / audio pada volume yang sangat tinggi.
Sebagai pengguna yang bijak, elakkan daripada membiasakan diri memasang volume tinggi pada Macbook sepanjang masa kerana tabiat itu tanpa disedari boleh menyebabkan speaker Macbook pecah/rosak dengan mudahnya termasuklah memendekkan lifespan speaker tersebut.
Berbalik pada kisah menyelesaikan masalah Macbook Pro A1502 Speaker Pecah/Rosak, kini tiada lagi masalah selepas technician selesai proses penukaran speaker yang baru serta membuat pengujian speaker terhadap Macbook Pro.
Pelanggan kami di kedai repair Macbook sangat gembira dan berpuas hati ketika beliau menguji sendiri Macbook Pro miliknya itu kerana Macbook yang awalnya kedengaran bunyi speaker yang menyakitkan gegendang telinga sudah tidak berlaku lagi.
Tambahan pula, Macbook juga sudah boleh memainkan apa-apa lagu tanpa mengeluarkan bunyi yang pecah dan semestinya sangat jelas bunyinya.
Apabila pelanggan gembira dan berpuas hati, kami di kedai repair Macbook turut gembira diatas perkhidmatan yang telah kami berikan.