Assalamualaikum pengguna Macbook 🙂
Artikel ini membincangkan tentang Bateri Macbook Kembung/Panas/Rosak. Pada kali ini, OK Computer Solution ingin berkongsi bersama anda mengenai Bateri Macbook Pro & Macbook Air yang sudah kembung/panas/rosak sehingga tidak dapat digunakan lagi.
Antara topik yang akan kita bincangkan adalah punca berlakunya masalah bateri kembung/panas(overheating)/rosak, tips penjagaan atau cara mengelakkan masalah bateri kembung/panas/rosak berlaku berterusan dan lain-lain.
Apple telah menerangkan jangka hayat bateri dalam kitaran cas dengan menggunakan sejumlah 100% kuasa bateri. Seperti mana yang kita semua ketahui, setiap perkakasan di dalam Macbook tentunya mempunyai tempoh had sehingga seseorang itu terpaksa menggantikan bateri Macbook tersebut lebih awal sebelum tempoh yang sepatutnya.
Borak mengenai bateri, boleh dikatakan 70% pengguna Macbook menghadapi masalah dengan bateri Macbook yang cepat drain, bateri sudah menunjukkan tanda-tanda rosak atau jangka hayat yang terakhir dan sebagainya.
Bagi sesetengah pengguna terutamanya buat mereka yang bekerja menggunakan Macbook untuk membuat tugasan kerja harian pasti akan berasa tertekan dan sedih apabila bateri Macbook tidak dapat tahan untuk jangka masa yang lama dan terpaksa untuk mencucuk Magsafe supaya dapat menyambung menyiapkan tugasan kerja tersebut.
PUNCA BATERI MACBOOK KEMBUNG/PANAS/OVERHEATING
Masalah bateri Macbook Kembung/Panas/Rosak sebenarnya berpunca daripada cara penggunaan Macbook tersebut.
Antara puncanya ;
1. Tidak mengecas Bateri Macbook sehingga penuh semasa mula-mula membelinya.
– Belum penuh bateri dah ON tengok youtube.
2. Kerap mengecas Bateri Macbook.
– Tengah tonton drama tiba-tiba bateri habis, cucuk Magsafe kemudian sambung tonton.
3. Guna Macbook sambil sedang mengecas bateri.
– Cucuk Magsafe sambil membuat tugasan sehingga bateri sudah 100% pun buat tak tahu.
4. Bateri Macbook terlebih charge (overcharging).
– Sementara charge Macbook, niat nak baring saja sekali terlelap sampai berjam-jam.
5. Guna Bateri Macbook yang tidak Original atau barangan Second Hand.
– Ketahanan serta kondisi bateri tidak bagus.
6. Guna Macbook diatas permukaan fabrik.
– Tengok cerita drama korea feeling habis sampai tak sedar panas yang melampau.
7. Meletakkan atau membiarkan Macbook di dalam kereta.
– Dalam perjalanan balik kampung, singgah lunch lalu membiarkan Macbook di dalam kereta.
TIPS ATAU CARA PENJAGAAN BATERI MACBOOK
Nak jaga bateri Macbook yaa memang nampak terlalu mudah tetapi tidak semua yang ambil berat tentang penjagaannya.
Bukan mereka sengaja, mungkin juga mereka berfikiran ianya baik-baik saja atau kemungkinan mereka tidak mengetahui bahawa perkara-perkara tersebut boleh menyebabkan kerosakkan pada bateri Macbook.
Kita positif je lah okay!
Bagi mengelakkan daripada bateri Macbook kembung/panas/rosak lagi selepas ini, sebagai pengguna Macbook haruslah mempunyai kesedaran dan mencari jalan agar perkara seperti itu tidak berlaku berlanjutan.
Antara tips atau caranya ;
1. Cas bateri Macbook yang baru dibeli sehingga penuh.
Jangan membiarkan ia terlalu lama cas sehingga panas (overheating).
2. Jangan terlalu kerap mengecas Macbook.
Sekiranya bateri Macbook sudah memberi amaran bahawa Macbook perlu di cas, seeloknya berhenti daripada menggunakan laptop lalu segera shut down.
Kemudian cucuk Magsafe supaya bateri Macbook dapat di cas tanpa gangguan sehingga penuh.
3. Elakkan daripada mengguna Macbook dalam keadaan Magsafe sedang disambungkan dalam waktu yang lama.
Ia dapat mengurangkan ketahan bateri tersebut untuk kekal tahan lama.
4. Jangan membiarkan bateri Macbook cas terlalu lama sehingga berjam-jam.
Ia boleh menyebabkan bateri menjadi panas dan rosak dengan mudah.
Jika perkara sebegini dibiarkan, ia akan memendekkan lagi jangka hayat bateri tersebut kerana telah berlakunya trickle charging.
Disamping itu, seeloknya segera mencabut Magsafe apabila Macbook 90% charging kerana setiap kali bateri di cas penuh 100%, maka ia akan dikira 1 kitaran (cycle count).
Jika bateri sudah melebihi cycle count, bateri perlu digantikan dengan yang baru sebelum berlakunya kerosakkan pada komponen yang lainnya.
5. Jangan sesekali terdetik dihati ingin membeli dan menggunakan bateri Macbook yang tidak original atau second hand.
Harga yang murah sudah tentunya tiada kualiti dan ia juga boleh merosakkan Macbook kerana kita tidak mengetahui keadaan sebenar bateri walaupun kelihatan seperti bateri yang baru.
Selain itu, kualiti Magsafe juga perlu dititikberatkan.
**Jangan menggunakan Magsafe yang tidak original dan tidak berkualiti tinggi kerana Magsafe tersebut akan menjejaskan keselamatan anda serta Macbook terutamanya bateri.
6. Jangan menggunakan Macbook diatas permukaan fabrik kerana ia telah menghalang air flow berfungsi dengan baik sehingga boleh menyebabkan Macbook panas yang melampau dari sebelumnya.
**Fabrik dapat menyerap dan mengumpul haba sehingga ia boleh menyebabkan kepanasan melampau pada Macbook.
7. Jangan biarkan Macbook dalam kereta kerana tiada udara boleh menyebabkan Macbook panas sehingga merosakkan macbook terutamanya bateri.
Membiarkan Macbook dalam kereta juga boleh mendatangkan bahaya dan risiko untuk berlakunya kes kecurian atau rompakkan sangat mudah.
Tambahan pula, peranti Apple sangat sensitif sekiranya ia diletakkan di suhu tempat yang panas kerana boleh menjejaskan atau merosakkan kondisi bateri Macbook tersebut.
Jangka hayat bateri Apple Macbook sememangnya dapat digunakan dengan lebih lama sekiranya seseorang itu menjaga cara penggunaan Macbook dengan baik.
Jika tidak ia dapat merosakkan komponen yang lainnya tanpa kita sedari.
Bateri Macbook yang kembung jugak boleh memberi effect pada touchpad sehingga pengguna macbook terpaksa menggunakan mouse sebagai bantuan.
CYCLE COUNT BATERI MACBOOK
Sebagai seorang pengguna Macbook, kita sepatutnya mengetahui atau mengambil berat mengenai jangka hayat bateri melalui cycle count bateri Macbook.
Penggunaan bateri Macbook dikira dalam bentuk kitaran cas. Satu kitaran bermakna telah menggunakan semua kuasa bateri akan tetapi ia tidak bermakna menggunakannya dengan satu cas.
Contoh; seseorang itu menggunakan Macbook selama satu jam atau lebih dari itu dengan separuh cas.
Kemudian mengecasnya semula sehingga penuh.
Jika perkara itu dilakukan berulang kali pada keesokkan hari, ia akan dikiri sebagai satu kitaran cas dan mungkin akan mengambil masa beberapa hari bagi melengkapkan kitaran tersebut.
Sumber gambar: www.geekdashboard.com |
Selain itu, jika anda menggunakan 50% daripada bateri Macbook, ia dikira separuh kitaran lalu mengecas bateri sehingga 100% ia juga masih dalam kitaran yang separuh.
Akan tetapi setelah menggunakannya sehingga 50% lagi baru dikira sebagai satu kitaran.
Bateri mempunyai kitaran cas yang terhad sebelum ia dianggap kehabisan kuasa dan perlu segera digantikan dengan bateri yang baru setelah ia sudah kehabisan kuasa.
Untuk prestasi yang optimum, gantikan bateri Macbook apabila sudah mencapai kiraan kitaran yang maksimum.
Langkah mengetahui cycle count bateri Macbook;
1. Buka System Information dengan memilih
“About this Mac” daripada Apple Menu.
2. Klik System Report.
3. Pilih Power dalam senarai kandungan.
*kiraan kitaran semasa pada bahagian Battery Information
Macbook Pro & Macbook Air Cycle count : 1000
4 condition bateri :
- Normal
- Service Battery
- Replace Soon
- Replace Soon
**suhu panas yang melampau sudah tidak dapat dikawal lagi.
Rata-rata pengguna Macbook yang menghantar Macbook ke kedai repair hanya mengalami masalah bateri kembung sehingga memberi kesan pada touchpad berpunca daripada kelekaan mereka terhadap penjagaan Macbook.