Kedai Repair Laptop Cheras menyelesaikan masalah Laptop Acer Aspire V5-471PG No Display
Artikel ini membincangkan tentang menyelesaikan masalah Laptop Acer Aspire V5-471PG No Display. Pada dua bulan yang lalu, seorang wanita yang bekerjaya telah datang ke kedai repair laptop Cheras bersama Laptop Acer Aspire miliknya sendiri.
Semasa beliau tiba di kedai repair laptop Cheras, dengan perasaan yang resah serta bimbang beliau terus meluahkan apa yang sedang dihadapi oleh laptop Acer Aspire tersebut. Beliau mengatakan bahawa laptop beliau pernah terjatuh tanpa sengaja atas kecuaian sendiri sehingga menyebabkan skrin laptop dan hinge sudah retak/pecah/rosak. Akan tetapi, tiada kerosakkan lain yang berlaku terutamanya hardisk dan motherboard.
Oleh kerana beliau sangat memerlukan laptop ketika itu, beliau hanya menggunakan external monitor untuk membuat tugasan kerja. Selepas lebih kurang 2 minggu, semasa beliau mencuba menghidupkan laptop Acer lalu mengerakkan kawasan skrin tiba-tiba kedengaran bunyi ” crack ” samada pada hinge atau skrin laptop sehingga menyebabkan tiada apa-apa paparan pada skrin laptop itu lagi.
Oleh itu, dengan perasaan yang sangat bimbang/risau, sedih dan kecewa kerana tidak dapat menggunakan laptop membuat tugasan kerja, beliau terus berusaha tanpa berputus asa mencari kedai repair laptop yang dipercayai serta jujur, boleh bantu menyelesaikan masalah laptop Acer dan semestinya berdekatan dengan tempat tinggalnya sehingga menjumpai website OK Computer Solution Kuala Lumpur.
Jadi, tanpa membuang masa lagi beliau terus pergi menuju ke kedai repair laptop Cheras yang bertempat di 1 Shamelin Shopping Mall Taman Perkasa Cheras bagi meminta bantuan menyelesaikan masalah Laptop Acer Aspire V5-471PG No Display.
Setelah mendengar luahan pelanggan itu tadi, admin segera memberitahu technician di kedai repair laptop Cheras lalu menceritakan tentang masalah yang sedang dihadapi oleh laptop Acer Aspire tersebut. Oleh itu, tanpa membuang masa technician membuat diagnos seperti biasa terhadap laptop Acer.
Semasa proses diagnos dengan menyambungkan external monitor pada laptop didapati bahawa masih ada paparan pada skrin jadi ianya bukan disebabkan oleh masalah motherboard akan tetapi masalah lain yang boleh dikatakan berpunca daripada skrin yang sudah retak atau kabel skrin yang sudah longgar akibat jatuh/hentakkan yang berlaku.
![]() |
Proses diagnose Laptop Acer Aspire |
Jadi, Admin segera menghubungi pelanggan dengan mencadangkan padanya untuk menukar skrin atau kabel skrin laptop bagi membantu menyelesaikan masalah Laptop Acer Aspire V5-471PG No Display dengan menawarkan harga yang berpatutan serta berbaloi.
Selain itu, kami juga telah mencadangkan padanya untuk service clean dust serta tukar thermal paste dan menukar hinge laptop kerana skrin akan menjadi tidak stabil apabila ditegakkan yang boleh menyebabkan kesukaran bagi seseorang itu menggunakan laptop dalam keadaan yang selesa dan jelas tanpa sebarang gangguan apa pun.
![]() |
Selepas penukaran Hinge Laptop Acer Aspire |
Justeru itu, dengan persetujuan pelanggan bersama tawaran harga yang murah, dipercayai, berbaloi serta berpatutan beliau ingin menukar skrin laptop serta kabel skrin, menukar hinge laptop termasuklah service clean dust serta tukar thermal paste oleh kerana selama penggunaan laptop lebih 3 tahun beliau tidak pernah menghantar laptopnya untuk dibersihkan.
![]() |
Proses service clean dust serta tukar thermal paste |
![]() |
Proses pembersihan Laptop Acer Aspire |
Skrin laptop sangat sensitif pada kekerasan terutamanya apabila laptop terhempas atau terjatuh, risiko untuk skrin rosak/pecah/retak sangatlah besar sehingga boleh terjadinya No display pada skrin laptop apabila dihidupkan. Membuka skrin laptop dengan kasar atau ganas juga boleh menyebabkan punca skrin laptop rosak dan bermasalah.
![]() |
Keadaan Skrin lama Laptop Acer Aspire |
![]() |
Keadaan skrin lama yang retak/rosak |
Oleh itu, penjagaan skrin amat penting kerana jika ianya rosak dan tidak boleh digunakan ketika dalam keadaan kecemasan, ia bakal merugikan diri kita sendiri.
Berbalik pada kisah menyelesaikan masalah Laptop Acer Aspire V5-471PG No Display, technician berjaya membantu masalah tersebut sehingga berjaya. Kini tiada lagi masalah yang perlu dirisaukan kerana masalah laptop No display dapat diatasi termasuklah hinge laptop yang sudah patah yang menyebabkan skrin laptop tidak stabil.
![]() |
Laptop Acer Aspire bersama skrin Laptop yang baru |
![]() |
Laptop Acer Aspire bersama hinge yang sudah ditukar |
Tambahan pula, laptop juga sudah dibersihkan dengan membuat service clean dust serta tukar thermal paste jadi tanggungjawab sebagai pengguna laptop yang berhemah telah dilaksanakan. Pelanggan juga berasa sangat gembira dan terkejut ketika melihat laptop pada awalnya terlalu banyak masalah akan tetapi kini kelihatan seperti baru tanpa sebarang cacat cela dan kerosakkan apa pun.
![]() |
Pelanggan sedang membuat pengujian terhadap laptop miliknya |
Pelanggan turut berkata beliau berpuas hati kerana kedai repair laptop Cheras telah membantu menyelesaikan masalah Laptop Acer beliau dengan tawaran harga yang mampu. Apabila pelanggan gembira dan berpuas hati, kami juga sangat menumpang bahagia diatas perkhidmatan yang telah kami berikan pada pelanggan.
![]() |
Pelanggan OKCS KL |
–>>Anda nak kami bantu menyelesaikan masalah NO DISPLAY seperti ACER ASPIRE V5-471PG?
–>>Nak kami diagnose secara PERCUMA?
–>>Tercari-cari KEDAI REPAIR LAPTOP CHERAS?
Baca: Format Laptop HP
Anda boleh hubungi OKCS Kuala Lumpur:-
03-9202 2947 / 017-641 7084
Lokasi OKCS Kuala Lumpur:-
- 2 minit dari Kolej Universiti Poly-Tech Mara Taman Shamelin
- 3 minit dari LRT Pandan Jaya
- 5 minit dari Sunway Velocity Mall
- 10 minit dari Pantai Hospital Ampang
- 11 minit dari MyTown Shopping Mall
- 12 minit dari Plaza Low Yat
- 13 minit dari Tesco Extra Ampang
- 20 minit dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS)