Skip to main content
Uncategorized

[SOLVED] PROBLEM SCREEN SONY VAIO VPCEA16FG | REPAIR LAPTOP CHERAS

By March 8, 2019No Comments

Kedai Repair Laptop Cheras bantu menyelesaikan Problem Screen SONY VAIO VPCEA16FG


Artikel ini membincangkan tentang bantu menyelesaikan Problem Screen SONY VAIO VPCEA16FG. Pada awal bulan lalu, kedai repair laptop Cheras telah menerima sebuah Laptop SONY VAIO berwarna merah jambu milik isteri kepada seorang pensyarah yang dikenali Encik Asyraf dari Universiti Kuala Lumpur (UNIKL)

Semasa beliau tiba di kedai repair laptop Cheras, beliau telah mengatakan bahawa Laptop SONY VAIO kepunyaan isterinya itu sedang menghadapi masalah screen gelap walaupun brightness 100%. Beliau telah mencuba membetulkan cable screen pada laptop akan tetapi selepas beberapa minit screen akan menjadi gelap semula. 


Disebabkan masalah itu, isteri beliau sukar untuk menggunakan laptop dalam keadaan yang tenang oleh kerana isterinya juga merupakan seorang pensyarah di UNIKL dan sangat memerlukan laptop tersebut dalam proses pengajaran & pembelajaran bersama pelajar. 


Justeru itu, bersama perasaan isteri yang amat sedih dan kecewa kerana tidak dapat menggunakan laptop dalam keadaan screen jelas serta terang, beliau berusaha mencari kedai repair laptop trusted, active account, penuh dengan komen yang positif dan semestinya tidak jauh dari tempat kerjanya di laman Facebook sehingga menjumpai pages OK Computer Solution Kuala Lumpur. 


Jadi, tanpa membuang masa lagi beliau bersama isteri terus membuat keputusan untuk ke kedai repair laptop Cheras bagi meminta bantuan menyelesaikan Problem Screen SONY VAIO VPCEA16FG tersebut agar isteri beliau boleh menggunakan laptop dalam keadaan paparan skrin jelas dan tiada sebarang masalah yang boleh mengganggu ketenteraman jiwa sehingga timbulnya tekanan perasaan. 


Setelah mendengar luahan pelanggan kedai repair laptop Cheras, seperti biasa technician segera membuat diagnose terhadap laptop itu agar dapat membantu menyelesaikan Problem Screen SONY VAIO VPCEA16FG secepat mungkin. Semasa proses diagnose, technician dapati bahawa screen cable laptop sudah longgar. 



Oleh itu, technician menggantikan kabel skrin yang baru bersama skrin yang lama akan tetapi kejadian skrin gelap masih berlaku. Disamping itu, dengan semangat tanpa berputus asa technician mencuba menukarkan kabel skrin bersama skrin yang baru dan akhirnya masalah skrin gelap dapat diselesaikan. 


[SOLVED] PROBLEM SCREEN SONY VAIO VPCEA16FG | REPAIR LAPTOP CHERAS 1
Screen Laptop SONY VAIO



Setiap skrin laptop mempunyai jangka hayat yang telah ditetapkan bagi sesebuah LCD/LED skrin. Kebiasaannya sekitar 3000 hingga 4000 jam bagi sebuah skrin laptop yang baru serta original. Apabila sudah sampai jangka hayatnya, ketika itu lah akan berlakunya permulaan skrin menunjukkan tanda-tanda awal untuk rosak. 


Antaranya, skrin akan menjadi kabur, berbelang, tidak mengeluarkan gambar,blind skrin dan sebagainya termasuklah masalah skrin gelap. 


[SOLVED] PROBLEM SCREEN SONY VAIO VPCEA16FG | REPAIR LAPTOP CHERAS 2
Proses tukar screen Laptop SONY VAIO
[SOLVED] PROBLEM SCREEN SONY VAIO VPCEA16FG | REPAIR LAPTOP CHERAS 3
Kiri : Screen Lama
Kanan : Screen Baru



Skrin laptop boleh berlakunya masalah, rosak/pecah/retak dan sebagainya jika ia tidak dijaga dengan baik terutamanya ketika seseorang itu ingin menggunakan laptop. Membuka skrin laptop dengan kasar atau ganas merupakan salah satu punca mengapa skrin laptop boleh bermasalah, rosak/pecah/retak dengan mudahnya. Penjagaan skrin sangatlah penting kerana ia sangat sensitif pada kekerasan, benda tajam dan sebagainya. 

[SOLVED] PROBLEM SCREEN SONY VAIO VPCEA16FG | REPAIR LAPTOP CHERAS 8

Tambahan pula, penggunaan laptop dalam jangka masa yang lama tanpa rehat juga boleh menyebabkan screen laptop bermasalah. Oleh itu, gunakan fungsi ” Screen Saver ” dan ” power management ” agar skrin boleh berehat seketika saat ia tidak digunakan. Akan tetapi, sebaiknya elakkan daripada penggunaan laptop yang lama agar tiada paksaan untuk laptop dan skrin juga tidak bermasalah dalam masa yang singkat.


Berbalik pada kisah menyelesaikan Problem Screen SONY VAIO VPCEA16FG, hanya memerlukan masa kurang daripada 2 jam proses penukaran atau pemasangan kabel skrin dan skrin yang baru sehingga selesai. Kini tiada lagi masalah yang perlu dirisaukan dan tekanan yang harus dihadapi disebabkan oleh masalah skrin yang gelap. 


[SOLVED] PROBLEM SCREEN SONY VAIO VPCEA16FG | REPAIR LAPTOP CHERAS 4
Keadaan Laptop selepas tukar screen
[SOLVED] PROBLEM SCREEN SONY VAIO VPCEA16FG | REPAIR LAPTOP CHERAS 5
Pengujian terhadap screen Laptop baru



Pelanggan pula berasa sangat gembira,lega dan berpuas hati kerana masalah laptop skrin gelap yang telah menjadi penghalang untuk isteri beliau membuat tugasan menggunakan laptop dapat diatasi dalam masa yang singkat. 


[SOLVED] PROBLEM SCREEN SONY VAIO VPCEA16FG | REPAIR LAPTOP CHERAS 6
Pelanggan sedang membuat pengujian terhadap laptop



Untuk pengetahuan anda, pelanggan ini telah menghantar laptop Acer miliknya sendiri pada hari dan waktu yang sama bagi masalah Port Charging Beep . Jadi, terbukti bahawa beliau sangat mempercayai OK Computer Solution Kuala Lumpur. 


[SOLVED] PROBLEM SCREEN SONY VAIO VPCEA16FG | REPAIR LAPTOP CHERAS 7
Komen pelanggan terhadap OKCS KL



Apabila pelanggan gembira dan berpuas hati, kami di kedai repair laptop Cheras turut gembira diatas perkhidmatan yang telah kami berikan pada mereka.



–>>Anda nak kami bantu menyelesaikan Problem Screen seperti Laptop SONY VAIO?



–>>Nak kami diagnose secara PERCUMA?



–>>Tercari-cari KEDAI REPAIR LAPTOP CHERAS?



Baca: Format Laptop HP



Anda boleh hubungi OKCS Kuala Lumpur:-




03-9202 2947 / 017-641 7084 




Lokasi OKCS Kuala Lumpur:-


  • 2 minit dari Kolej Universiti Poly-Tech Mara Taman Shamelin
  • 3 minit dari LRT Pandan Jaya
  • 5 minit dari Sunway Velocity Mall
  • 10 minit dari Pantai Hospital Ampang
  • 11 minit dari MyTown Shopping Mall
  • 12 minit dari Plaza Low Yat
  • 13 minit dari Tesco Extra Ampang
  • 20 minit dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS)




OKCS KL




Leave a Reply

X