Skip to main content
Uncategorized

ALAMAK! AIR TERTUMPAH PADA LAPTOP APA PERLU BUAT | OK COMPUTER SOLUTION

By March 1, 2019No Comments

HELLO! SELAMAT SEJAHTERA PENGGUNA LAPTOP 🙂

Artikel ini membincangkan tentang Air tumpah pada Laptop apa yang perlu buat. Pada kali ini, OK Computer Solution ingin berkongsi bersama anda Langkah-langkah yang harus dilakukan sekiranya Air tertumpah pada Laptop.


ALAMAK! AIR TERTUMPAH PADA LAPTOP APA PERLU BUAT | OK COMPUTER SOLUTION 1

Kebanyakkan pengguna laptop terutamanya dikalangan remaja atau pelajar sangatlah menggemari tabiat minum atau makan sambil menggunakan laptop. Walaupun sudah pesan beribu kali JANGAN JANGAN DAN JANGAN MAKAN ATAU MINUM BERHAMPIRAN LAPTOP, tetapi jika sudah menjadi tabiat atau kebiasaan memang tidak akan termakan langsung dengan apa-apa kata larangan kan? 


ALAMAK! AIR TERTUMPAH PADA LAPTOP APA PERLU BUAT | OK COMPUTER SOLUTION2


Selain itu, tabiat pelajar yang lebih suka pegang laptop semasa berjalan ke kelas tanpa membawa apa-apa beg laptop. Bila tengah menuju ke kelas, hujan pula turun masa itu baru nak kelam kabut selamatkan laptop tapi tidak berhasil sebab air hujan akan tempias pada laptop juga.



ALAMAK! AIR TERTUMPAH PADA LAPTOP APA PERLU BUAT | OK COMPUTER SOLUTION3


Apabila perkara sudah berlaku dan laptop tidak dapat dihidupkan, barulah menyesal tidak sudah. Nak hantar repair pun mahal tak mampu tambahan pula yang masih belajar sedangkan diri sendiri yang cari masalah cari penyakit. Mahu atau tidak kena tanggung juga masalah itu sendiri dengan rela hati.




AIR TUMPAH, APA YANG BERLAKU PADA LAPTOP


ALAMAK! AIR TERTUMPAH PADA LAPTOP APA PERLU BUAT | OK COMPUTER SOLUTION4

Apabila laptop terkena/tempias/tersimbah/tertumpah air, pasti saja ada perkara yang bakal berlaku dan rosak terutamanya peranti/komponen yang terdapat di dalam laptop.


Antara kerosakkan yang bakal berlaku pada laptop:


  • Akan berlakunya jangka atau konsletting Elektrik berpunca daripada bahan cecair yang telah bersentuhan dengan komponen yang sedang di aliri arus elektrik.
  • Terjadinya kakisan atau karatan pada komponen laptop.
  • Berlaku letupan kecil pada power supply yang menyebabkan komponen terbakar/hangus.
  • Laptop tidak boleh dihidupkan lagi akibat daripada renjatan elektrik 

APA YANG ROSAK JIKA AIR TUMPAH PADA LAPTOP


1. Keyboard


ALAMAK! AIR TERTUMPAH PADA LAPTOP APA PERLU BUAT | OK COMPUTER SOLUTION 5


Apabila seseorang itu sedang minum atau meletakkan air berhampiran laptop, risiko untuk air tumpah diatas keyboard sangatlah mudah kerana kita hanyalah manusia jadi kita tidak tahu apa yang bakal berlaku nanti. 


Bila air sudah tumpah diatas keyboard, pastikan air tersebut tidak masuk/mengalir ke dalam celah-celah keyboard. Jika tidak, ia mungkin akan merosakkan komponen yang berada di dalam laptop pula. 


Keyboard merupakan aksesori laptop yang paling terdedah untuk air masuk kerana pada setiap sisi keyboard terdapat rongga yang membuat air dengan mudah masuk ke dalam komponen.



2. Hard Disk


ALAMAK! AIR TERTUMPAH PADA LAPTOP APA PERLU BUAT | OK COMPUTER SOLUTION 6


Hardisk merupakan komponen sangat penting bagi sebuah laptop. Jika hardisk sudah basah terkena air sudah tentunya ia akan rosak dengan mudahnya kerana hardisk adalah komponen yang sensitif pada air atau hentakkan. 


Apabila hardisk sudah rosak, segala data di dalam nya tidak dapat di selamatkan lagi. Dengan hanya di atas kecuaian pengguna yang degil sentiasa mengambil remeh tentang perkara seperti ini, pada akhirnya dapat merugikan diri sendiri juga. 




3. Motherboard


ALAMAK! AIR TERTUMPAH PADA LAPTOP APA PERLU BUAT | OK COMPUTER SOLUTION 7



Setiap laptop mempunyai lubang udara laptop. Apabila air tumpah berhampiran dengan tempat anda meletakkan laptop, air tersebut dengan mudahnya akan mengalir lalu memasukki di celah lubang udara laptop. 


Setelah itu, komponen yang paling utama untuk rosak adalah motherboard sehingga menyebabkan short circuit berlaku ketika anda sedang menggunakan laptop tersebut. 


Kawasan lubang laptop sangat terdedah untuk air masuk, jadi sebagai pengguna haruslah sentiasa berwaspada. Jika mahu meletakkan laptop diatas meja, pastikan tiada kelopak air dan tidak meletakkan diatas kawasan yang berhampiran air atau bahan basah seperti di dapur. Bila motherboard sudah rosak, mahu menyesal pun tiada guna lagi. 




TINDAKAN APA YANG PERLU DILAKUKAN, LAPTOP TERKENA AIR


ALAMAK! AIR TERTUMPAH PADA LAPTOP APA PERLU BUAT | OK COMPUTER SOLUTION 8

Jika laptop tertumpah/tersiram air semasa laptop sedang bernyala atau dihidupkan, anda haruslah mencabut semua power cable pada laptop. Kemudian segera mematikan laptop tersebut agar masalah short circuit dapat diatasi.


ALAMAK! AIR TERTUMPAH PADA LAPTOP APA PERLU BUAT | OK COMPUTER SOLUTION 9





ALAMAK! AIR TERTUMPAH PADA LAPTOP APA PERLU BUAT | OK COMPUTER SOLUTION 10



Jika laptop terkena air hujan, jangan sesekali mencuba untuk menghidupkan laptop bagi memastikan ianya masih berfungsi atau tidak. JANGAN OKAY! Apabila anda lakukan itu semasa laptop masih dalam keadaan basah, ia akan membuat laptop bakal mengalami konsleting elektrik.


Haa, selepas sudah elakkan daripada buat perkara diatas, marilah kita ikut step dibawah ini;


1. Pisahkan Bateri pada laptop agar tiada aliran elektrik


ALAMAK! AIR TERTUMPAH PADA LAPTOP APA PERLU BUAT | OK COMPUTER SOLUTION11



2. Cabut semua peranti yang bersambung pada laptop seperti mouse, speaker, dll.


ALAMAK! AIR TERTUMPAH PADA LAPTOP APA PERLU BUAT | OK COMPUTER SOLUTION12



3. Gunakan kain lembut atau pembersih vakuum dengan penyedut kecil untuk menyedut cecair terutama pada lubang power jack, usb port dan lain-lain.


ALAMAK! AIR TERTUMPAH PADA LAPTOP APA PERLU BUAT | OK COMPUTER SOLUTION13



4. Terbalikkan Laptop dengan kedudukan keyboard berada di bawah serta letakkan kain tebal atau tuala yang dapat menyerap air dengan effektif dan cepat diatas tempat berkenaan.

ALAMAK! AIR TERTUMPAH PADA LAPTOP APA PERLU BUAT | OK COMPUTER SOLUTION 14



* Jika air sudah mengalir ke dalam laptop, buka komponen pada laptop agar air mudah untuk mengalir keluar terutamanya keyboard. Ia juga dapat mumudahkan anda untuk mengeringkan air tersebut.


ALAMAK! AIR TERTUMPAH PADA LAPTOP APA PERLU BUAT | OK COMPUTER SOLUTION15



5. Gunakan cottonbud/kain lembut untuk mengeringkan di kawasan yang agak sukar seperti mainboard/motherboard.


* Jangan lap terlalu ganas atau kasar agar tidak berlaku kerosakkan lain.

6. Dalam keadaan laptop yang terbuka, keringkan laptop dengan cara lap, angin-anginkan atau kipaskan menggunakan surat khabar bagi membantu mempercepatkan bahagian laptop untuk kering.


ALAMAK! AIR TERTUMPAH PADA LAPTOP APA PERLU BUAT | OK COMPUTER SOLUTION17



* Jangan menggunakan hair dryer kerana ia dapat mengeluarkan wap-wap yang akan cepat merebak pada bahagian-bahagian laptop. 


INGAT ! Laptop sensitif pada panas sebab itulah apabila laptop overheating, komponen akan mudah rosak.


7. Setelah pasti laptop sudah kering, pasang semula komponen yang dipisahkan tadi dengan kemas dan dalam keadaan yang baik lalu nyalakan (ON) laptop seperti biasa.


ALAMAK! AIR TERTUMPAH PADA LAPTOP APA PERLU BUAT | OK COMPUTER SOLUTION18



* Jika berjaya dihidupkan, alhamdulillah 🙂
Akan tetapi, jika sebaliknya segera mendapatkan bantuan daripada pihak yang pakar pembaikkan laptop di kedai repair laptop yang dipercayai kerana kemungkinan telah berlakunya konsletting pada bahagian power atau chipset laptop tersebut. 


LAPTOP BERJAYA NYALA, TETAPI GAGAL BOOTING (BLUE SCREEN)


ALAMAK! AIR TERTUMPAH PADA LAPTOP APA PERLU BUAT | OK COMPUTER SOLUTION19

Ketika anda menggunakan software yang tidak sesuai, tentu saja ia akan membuat sistem mengalami masalah atau kesulitan pada hardware.


Antara sebab gagal booting:


1. Menggunakan Activator Windows 7 yang tidak sesuai.
2. Menggunakan Aplikasi Windows 7 Loader yang tidak sama atau tidak sesuai dengan motherboard dan sistem laptop.
3. Proses uninstalling yang tidak selesai (Uninstall Deep Freeze) 
4. Ketika proses update Windows, berlakunya autoshut down atau auto restart laptop.
5. Berlakunya over heating hardware atau crash Master Boot Record (MBR)


* This is generally most useful if you-ve broken something and there;s a boot loader error or if you have made the mistake of installing an older version of Windows on the same PC that already has Windows 7 which wipes out the Boot Loader.


Permasalah seperti berikut sebenarnya boleh diselesaikan tanpa harus melakukan Installing semula. Masuk pada bahagian Safe Mode lalu lakukan pengubahan semula terhadap apa yang telah diubah sebelum masalah tersebut berlaku.


Langkah masuk ke Safe Mode:


1. Restart Laptop.
2. Tekan F8 secara berulang kali selepas nampak BIOS.
3. Pilih Safe Mode. * Jangan pilih Safe Mode Networking atau Safe Mode with Command Prompt.


* Jika masalah masih belum dapat diselesaikan, gunakan CD/DVD Operating System Windows 7. 
(Installer pada flashdisk juga boleh digunakan)


Langkah-langkah agar Windows dapat berjalan dengan normal dan tidak looping:


1. ON kan laptop.
2. Muncul BIOS, tekan F2 atau F12 untuk mengubah setting pada Booting.
3. Masukkan CD/DVD Master Windows 7/ Vista/ XP.
4. Pilih BIOS Configuration untuk mengubah First Boot kepada CD/DVD.
(jika menggunakan flashdisk OS Windows ubah First Boot kepada USB)
5. Ubah First Boot dari Hardisk (SATA) kepada CD/DVD 
6. Tekan F10 dan Laptop Restart. 
7. Press Any Key From Boot to CD/DVD.
8. Installer Windows —> Repair Your Computer


ALAMAK! AIR TERTUMPAH PADA LAPTOP APA PERLU BUAT | OK COMPUTER SOLUTION20



9. Tekan Next


ALAMAK! AIR TERTUMPAH PADA LAPTOP APA PERLU BUAT | OK COMPUTER SOLUTION21



10. Pilih Startup Repair jika Windows masih Normal.
*Jika pernah backup, pilih System Restore. Jika tidak pilih Operating System Command Prompt.


ALAMAK! AIR TERTUMPAH PADA LAPTOP APA PERLU BUAT | OK COMPUTER SOLUTION22



11. Restart laptop selepas keluar “The Operation completed succesfully”
Boot Sector: 

ALAMAK! AIR TERTUMPAH PADA LAPTOP APA PERLU BUAT | OK COMPUTER SOLUTION23



Kalau sudah buat semua tapi masih tidak berjaya, lakukan semula pemulihan pertama iaitu Startup Repair.


ALAMAK! AIR TERTUMPAH PADA LAPTOP APA PERLU BUAT | OK COMPUTER SOLUTION24





*Setelah selesai, ubah semula First Boot kepada Hardisk.


Jadi kembali pada masalah Air tertumpah pada laptop, sebagai pengguna laptop anda haruslah menitikberatkan perkara seperti ini kerana apabila berlakunya water damage ia bakal merugikan diri anda sendiri. 


Tambahan pula, terdapat pelbagai info atau benda penting yang ada di dalam laptop. Jika ianya rosak, pastinya tidak dapat diselamatkan lagi. Oleh itu, jauhilah air/cecair daripada Laptop anda! Sayangilah laptop anda seperti anda sayang pada diri sendiri.




Baca: Penjagaan Power Adapter dan Bateri Laptop agar tahan lama

Leave a Reply

X