7 Ciri tersembunyi aplikasi pelayar web Safari yang mungkin kebanyakkan pengguna peranti iOS sendiri tidak tahu kewujudannya.
Sempena meraikan kehangatan iPhone 2018 yang baru sahaja diperkenalkan, admin ingin kongsikan tips-tips menarik khusus untuk aplikasi Safari di peranti iOS.
Admin percaya ramai yang tidak tahu dengan ciri-ciri istimewa tersebut. Berikut adalah 7 ciri tersebunyi aplikasi Safari di peranti iOS:-
1. Tutup kesemua tab sekaligus
Anda mungkin biasa membuka banyak bilangan tab untuk pelbagai laman web. Malah tanpa disedari anda mungkin telah membuka lebih daripada 100 tab.
Jadi cara mudah untuk menutup kesemua tab Safari yang aktif sekaligus adalah dengan menekan sedikit lama pada ikon hujung sekali seperti yang ditandakan dengan kotak merah seperti rajah di bawah.
Kemudian akan keluar kotak pilihan yang membolehkan anda memilih arahan berikut:-
- Close All Tabs
- Close This Tab
- New Private Tab
- New Tab
2. Pintasan layari semula laman-laman sebelumnya
Jika anda ingin kembali melayari semula laman-laman sebelumnya, anda sebenarnya tidak perlu menekan butang kembali banyak kali. Sebaliknya anda hanya perlu menekan sedikit lama butang kembali seperti yang ditandakan dengan kotak berwarna merah pada rajah di bawah.

Kemudian akan keluar paparan History yang membolehkan anda memilih laman yang pernah dilayari sebelum ini untuk dibuka semula.
3. Buka semula tab yang ditutup
Anda mungkin kadang-kadang tertutup tab yang sedang aktif. Kebiasaannya untuk membuka semula tab tersebut anda akan menaip semula alamat laman tersebut.
Tapi sebenarnya anda boleh saja tekan butang ikon ‘+‘ sedikit lama dan akan terpapar kotak dialog Recently Close Tabs.
![]() |
4. Buang atau sunting laman kesukaan
Sekiranya terdapat pintasan laman kesukaan yang disimpan di dalam senarai Favourite, anda boleh membuang ikon pintasan laman tersebut dengan menekan sedikit lama pada ikon tersebut.
Kemudian akan keluar butang pilihan Delete dan Edit di atas ikon tersebut.
Pilih butang Delete jika anda mahu membuang ikon laman tersebut atau pilih butang Edit untuk menyunting nama atau alamat laman web tersebut.
5. Pintasan Bookmark
Anda boleh membuat bookmark setiap laman web yang dimahukan dengan hanya menekan sedikit lama ikon Bookmark seperti yang ditandakan pada rajah di bawah.

6. Aktifkan paparan Reader View secara automatik
Aplikasi Safari mempunyai ciri yang dikenali sebagai Reader View. Jika ciri tersebut diaktifkan, pengguna akan lebih tekun membaca artikel-artikel di dlaam sesebuah laman web dengan hanya sedikit gangguan imej dan iklan.

Walaubagaimanapun, ciri Reader View ini tidak disokong oleh semua laman web. Safari akan memaklumkan kepada anda jika laman web tersebut boleh dilayari dengan paparan Reader View dengan memberikan mesej ringkas ‘Reader View Available‘ secara sepintas lalu pada ruang kotak URL.
Jadi sekiranya anda lebih selesa membaca artikel-artikel internet menggunakan paparan Reader View, anda boleh saja menetapkannya untuk aktif secara automatik dengan sentuh sedikit lama ikon yang ditandakan seperti ditunjukkan rajah di bawah.

Kemudian anda bolehlah tetapkan sama ada mahu mengaktifkan Reader View secara automatik untuk semua laman web atau hanya laman web tertentu sahaja.
7. Simpan imej
Jika anda berminat untuk menyimpan gambar-gambar yang terdapat dalam sesebuah laman muka, anda boleh menyimpan imej tersebut dengan menekan sedikit lama pada gambar tersebut sehinggalah keluar kotak dialog Save Image dan Copy seperti yang ditunjukkan pada rajah di bawah.

Terima kasih kepada Tuan Ariff Bukhari dari ariffmac.com atas sumber artikel.
–->>Tercari-cari KEDAI REPAIR LAPTOP SETAPAK?
–>>Nak kami check laptop secara PERCUMA?
–>>Nak kami pickup pun boleh
Anda boleh hubungi OKCS Setapak:-
Penulis,