Skip to main content
Uncategorized

[SOLVED] SERVICE & REPAIR HINGE LAPTOP ASUS | REPAIR LAPTOP CHERAS

By February 12, 2019No Comments

Kedai repair laptop Cheras bantu Service & Repair Hinge Laptop Asus TP301U


Artikel ini membincangkan tentang bantu Service & Repair Hinge Laptop Asus TP301U. Pada minggu lalu, seorang pelanggan bernama Encik Arif telah datang ke kedai repair laptop Cheras bersama laptop Asus miliknya. 


Semasa beliau tiba di kedai repair laptop Cheras, beliau terus memberitahu masalah yang sedang dihadapi oleh laptop Asus tersebut. Beliau meluahkan bahawa Hinge pada laptop sudah patah akibat terhempas termasuklah skrin pada laptop juga sudah retak yang menyebabkan beliau berasa agak terganggu oleh kerana skrin laptopnya adalah jenis touch screen

[SOLVED] SERVICE & REPAIR HINGE LAPTOP ASUS | REPAIR LAPTOP CHERAS 1
Keadaan Laptop Asus



Kemudian dengan perasaan yang sangat sedih,stress dan kecewa, beliau segera melayari laman facebook mencari kedai repair laptop yang boleh bantu menyelesaikan masalah laptop kepunyaannya itu. Setelah puas mencari, beliau akhirnya menjumpai pages OK Computer Solution Kuala Lumpur yang sangat aktif, dipercayai dan berhampiran dengan rumahnya. 


Beberapa hari sebelum beliau ke kedai repair laptop Cheras, beliau telah bertanya terlebih dahulu di dalam inbox page OK Computer Solution Kuala Lumpur dan setelah bersetuju beliau terus datang ke kedai bersama laptop bermasalah itu. Jadi, beliau dengan sedihnya meminta bantu Service & Repair Hinge Laptop Asus TP301U agar kelihatan lebih baik dari sebelumnya supaya beliau dapat menggunakan laptop bagi menyiapkan tugasan harian seperti biasa.

[SOLVED] SERVICE & REPAIR HINGE LAPTOP ASUS | REPAIR LAPTOP CHERAS 2
Pelanggan yang menghantar inbox di facebook



Setelah mendengar luahan Encik Arif, technician segera bantu Service & Repair Hinge Laptop Asus TP301U. Sebelum service, beliau telah membaikki Hinge Laptop terlebih dahulu supaya risiko untuk hinge patah lebih teruk dapat diatasi sekiranya clean dust dan tukar thermal paste dilakukan. 


Hinge yang patah kebiasaannya berpunca daripada hentakkan yang kuat, menutup dan membuka laptop dengan kasar serta membiarkan anak kecil bermain laptop sehingga menyebabkan hinge patah/retak/pecah dan longgar. Hinge perlu dijaga dengan baik kerana apabila hinge sudah patah/retak/pecah dan longgar, ia memberi kesukaran pada pengguna untuk menggunakan laptop kerana terdapat gangguan hinge disitu yang membuat skrin tidak stabil dan kemungkinan sudah tidak boleh didirikan lagi skrin laptop tersebut.

[SOLVED] SERVICE & REPAIR HINGE LAPTOP ASUS | REPAIR LAPTOP CHERAS 3
Keadaan Hinge Laptop Asus
[SOLVED] SERVICE & REPAIR HINGE LAPTOP ASUS | REPAIR LAPTOP CHERAS 4
Hinge Laptop selepas dibaikki



Selepas selesai membaikki hinge laptop, technician kami di kedai repair laptop Cheras membuat clean dust dan tukar thermal paste yang sudah kering itu. Servis laptop amat penting dan jangan sesekali mengambil remeh tentang perkara ini kerana ia boleh merosakkan komponen lain juga. 


Sekiranya kerap menggunakan laptop tetapi tidak pernah servis cuci buang habuk atau tukar thermal dan lain-lain, laptop anda akan terasa panas yang melampau (overheating) disebabkan oleh kipas laptop yang sudah dipenuhi habuk yang menghalang sistem pengudaraan. 


Selain itu, thermal paste yang sudah kering menyebabkan laptop sering auto restart dan auto shut down. Pada awalnya, kemungkinan ia hanya memberi tanda-tanda sebegitu akan tetapi jika dibiarkan lama dan tidak ambil peduli, laptop tidak mahu lagi untuk hidup dan salah satu komponen dalam laptop telah rosak terutamanya motherboard. Oleh itu, janganlah mengambil endah tak endah mengenai servis ini kerana apabila dibiarkan ia bakal merugikan diri anda sendiri. 

[SOLVED] SERVICE & REPAIR HINGE LAPTOP ASUS | REPAIR LAPTOP CHERAS 5
Keadaan laptop sebelum Service

[SOLVED] SERVICE & REPAIR HINGE LAPTOP ASUS | REPAIR LAPTOP CHERAS 6
Keadaan dalam laptop

[SOLVED] SERVICE & REPAIR HINGE LAPTOP ASUS | REPAIR LAPTOP CHERAS 7
Laptop yang penuh habuk dan thermal paste yang sudah kering



Berbalik pada kisah bantu Service & Repair Hinge Laptop Asus TP301U, kini masalah tersebut dapat diselesaikan. Hinge yang sebelum ini telah memberi gangguan ketika menggunakan laptop sudah kelihatan lebih baik dan tentunya pengguna berasa sedikit lega kerana beliau boleh menggunakan laptop itu semula bagi menyiapkan tugasan penting yang diperlukan. Laptop sudah service cuci habuk,tukar thermal paste dan repair hinge, jadi tiada apa yang perlu dirisaukan lagi kerana service laptop dapat mengelakkan daripada komponen dalam laptop rosak terutamanya motherboard. Apabila pelanggan senang hati dan gembira, kami di kedai repair laptop Cheras turut gembira. 



–>>Anda nak kami bantu Service & Repair Hinge Laptop Asus?



–>>Nak kami diagnose secara PERCUMA?



–>>Tercari-cari KEDAI REPAIR LAPTOP CHERAS?






Anda boleh hubungi OKCS Kuala Lumpur:-




03-9202 2947 / 017-641 7084 




Lokasi OKCS Kuala Lumpur:-


  • 2 minit dari Kolej Universiti Poly-Tech Mara Taman Shamelin
  • 3 minit dari LRT Pandan Jaya
  • 5 minit dari Sunway Velocity Mall
  • 10 minit dari Pantai Hospital Ampang
  • 11 minit dari MyTown Shopping Mall
  • 12 minit dari Plaza Low Yat
  • 13 minit dari Tesco Extra Ampang
  • 20 minit dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS)







Leave a Reply

X