Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the breadcrumb-navxt domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/okcomput/public_html/wp-includes/functions.php on line 6114
PERINCIAN KEMASKINI TAMBAHAN MAC OS DAN IOS | KEDAI REPAIR KOMPUTER SETAPAK – OKCS Skip to main content
Uncategorized

PERINCIAN KEMASKINI TAMBAHAN MAC OS DAN IOS | KEDAI REPAIR KOMPUTER SETAPAK

By February 11, 2019No Comments
macOS Software update ikon

Apple melepaskan kemaskini bagi membaik pulih pepijat FaceTime.

Seperti yang dijanjikan Apple pada minggu leaps, akhirnya mereka melepaskan kemaskini iOS terbaru bagi membaik pulih pepijat yang terdapat pada ciri panggilan video berkumpulan FaceTime.

iOS 12.1.4

Kemaskini untuk peranti iOS (iPhone 5s dan terbaru, iPad Air dan terbaru dan iPod touch generasi ke 6) ini merupakan kemaskini major bagi menambah baik dan membaik pulih pepijat yang terkandung dalam ciri panggilan video berkumpulan FaceTime.
Sebelum ini telah heboh diperkatakan dengan penemuan pepijat yang menyebabkan pengguna yang tidak menjawab panggilan video FaceTime turut dapat mendengar perbualan atau lebih teruk sehingga dapat menonton perbualan video yang sedang berlaku dalam panggilan video berkumpulan y.ang sedang berlangsung.

Malah pengguna lain yang sedang berada dalam talian video berkumpulan FaceTime itu juga tidak menyedari akan hal tersebut.

Ganjaran lumayan

Individu pertama yang menemui pepijat tersebut bernama Grant Thompson dan beliau adalah seorang pelajar sekolah yang baru berumur 14 tahun.
Grant Thompson ketika ditemubual oleh ABC News. Kredit foto: ABC News

Beliau yang berdaftar dengan program pembangun Apple dijangka akan menerima bayaran yang lumayan hasil daripada penemuan pepijat tersebut dari pihak Apple.

Read more: bateri macbook tidak mampu tahan selepas upgrade

Apple Bug Reporter
Anda boleh melaporkan penemuan pepijat dan menerima ganjaran daripada pihak Apple dengan mendaftar sebagai Pembangun Apple.

Lain-lain

Selain daripada memperbetulkan isu pepijat FaceTime, kemaskini iOS 12.1.4 ini turut membaik pulih ciri Live Photos dalam FaceTime.
Apple juga menyatakan, ciri Live Photos tersebut tidak akan lagi menyokong FaceTime yang digunakan pada versi iOS dan macOS terdahulu.
Manakala mengambil imej Live Photo pula memerlukan pengguna menaik taraf peranti iOS mereka kepada versi 12.1.4 dan terbaru serta macOS 10.14.3 dan terbaru sahaja.
Jadi kepada para pengguna peranti iOS 12, anda bolehlah segera memuat turun kemaskini ini terus dari peranti iOS anda (OTA, Over The Air).

Kemaskini tambahan macOS 10.14.3

Kandungan kemaskini tambahan macOS Mojave 10.14.3 juga adalah bagi memperbetulkan isu pepijat panggilan video berkumpulan FaceTime serta isu Live Photos dalam FaceTime.
Pengguna Mac yang menggunakan macOS Mojave bolehlah memuat turun fail kemaskini tambahan ini terus dari Mac anda menerusi System Preferences > Software Update 
Atau anda boleh memuat turun fail kemaskini ini secara berasingan di laman macOS Mojave 10.14.3 Supplemental Update (994.3MB).

->>Tercari-cari KEDAI REPAIR LAPTOP SETAPAK?

–>>Nak kami check laptop secara PERCUMA?

–>>Nak kami pickup pun boleh

Anda boleh hubungi OKCS Setapak:-

http://www.wasap.my/60133323995  




Lokasi OKCS Setapak:-







Penulis,

Leave a Reply

X