Artikel ini membincangkan tentang Laptop Slow RAM atau Hardisk yang perlu di Upgrade. Pada kali ini, OK Computer Solution ingin berkongsi bersama anda mengenai apa yang perlu di upgrade sekiranya Laptop/PC anda slow atau kapasiti sudah penuh?
Adakah upgrade RAM dan kekalkan penggunaan Hardisk atau kekalkan kapasiti RAM dan upgrade Hardisk (HDD) kepada Solid State Drive (SSD) ?
Setiap pengguna Laptop/PC pasti akan menghadapi masalah Laptop/PC slow,lembab,lambat dan sebagainya apabila sudah bertahun-tahun menggunakan laptop terutamanya pada designer, businessman dan sebagainya termasuklah kepada para penggemar game.
Apabila masalah seperti ini sering berlaku, sudah tentunya seseorang itu akan berasa sangat stress dan kecewa kerana tidak boleh melakukan suatu tugasan dengan tenang serta pantas tanpa sebarang gangguan apa pun.
Jadi, artikel kali ini kami akan berkongsi pada anda adakah RAM atau Hardisk yang perlu di upgrade untuk menambah/menggantikan kelajuan sesebuah laptop itu.
Apa itu RAM dan Fungsinya?
RAM komputer ( Random Acces Memory ) merupakan memori sementara. RAM adalah memory utama di dalam sebuah komputer yang digunakan untuk media penyimpanan sementara semasa komputer dalam keadaan hidup.
Tambahan pula, segala data di dalam RAM akan hilang apabila laptop dimatikan. RAM selalu dikategorikan sebagai memori utama komputer dan berfungsi sebagai pendukung/sokongan bagi prosesor dalam melakukan sebuah pemprosessan komputing.
Perlu upgrade RAM ke?
Random Access Memory (RAM) adalah upgrade laptop yang anda boleh lakukan. Malah, tiada sebarang kelebihan besar jika RAM di upgrade kerana ia tidak begitu melajukan sebarang Software pada laptop anda.
Selain itu, upgrade RAM laptop juga tidak akan meningkatkan performance untuk bermain game kerana upgrade RAM laptop hanya sesuai untuk mereka yang running terlalu banyak program dalam satu masa (multitasking).
Ia juga sangat sesuai untuk mereka yang menggunakan Adobe Photoshop, video editing, Software Virtual Machine seperti VMware, Oracle VirtualBox dan sebagainya. Software tersebut sangat memerlukan kapasiti RAM yang besar kerana ia dapat dibuktikan apabila RAM laptop semakin besar, Software Virtual Machine akan menjadi lebih laju berbanding sebelumnya.
Kebiasaannya, RAM 8GB sudah sangat mencukupi bagi kebanyakan pengguna laptop.
Langkah-langkah untuk mengetahui samada RAM perlu di upgrade atau tidak:
1. Buka Software yang anda sering gunakan sebagai contoh Adobe Photoshop dan Google Chrome dalam satu masa yang sama.
2. Minimize Software tersebut setelah dibuka
3. Tekan serentak Ctrl + Alt + Del
4. Lihat carta memory
*(jika ianya belum/tidak sampai 80% belum tiba masanya untuk upgrade kerana ia masih mencukupi)

Apa itu Hardisk dan Fungsinya?
tahan lama

Hardisk merupakan salah satu komponen (hardware) sebagai penyokong laptop/PC yang menyediakan ruang untuk menyimpan data atau output dari proses data yang dilakukan oleh komputer dan manusia.
Hardisk bersifat kekal menyimpan data walaupun laptop/PC terpadam atau tidak dihidupkan, data-data yang ada dalam hardisk juga akan tetap ada melainkan ia dihapuskan secara manual atau hardisk terkena virus yang menyebabkan segala data hilang tanpa disedari.
Fungsi Hardisk adalah untuk menyimpan data secara tetap/kekal ke dalam sektor-sektor yang terdapat pada disk dan tersedia di dalamnya untuk di baca dan menulis berbeza daripa RAM dimana fungsinya hanyalah untuk menyimpan data secara sementara.
Perlu upgrade Hardisk ke?
2. Masa yang diambil untuk SSD buka atau transfer fail/dokumen/software lebih baik dan laju berbanding HDD
3. SSD Format drive dengan lebih cepat daripada HHD
Kelebihan SSD:
1. Lebih tahan lama untuk menyimpan suatu data
2. Lebih tahan lasak berbanding HDD
(Jika laptop terjatuh atau terhentak, risiko untuk SSD rosak sangat lah tipis dan kemungkinan mustahil)
3. Penggunaan SSD sangat menjimatkan bateri laptop
4. Tiada bunyi bising yang terhasil berbanding HDD
5. 10x ganda lebih laju berbanding HDD
6. Saiz yang lebih kecil dan ringan
Mana satu yang patut di Upgrade?
Apa yang patut di upgrade itu sebenarnya bergantung pada penggunaan anda. Tiada sebarang halangan dan sesiapa saja boleh membuat pilihan samada upgrade RAM atau Hardisk.
Pada pendapat kami, upgrade Hardisk HDD kepada SSD lebih berpatutan bersama kelebihan yang telah disebutkan tadi.
Ia sangat sesuai bagi anda yang lebih menggemarkan suatu tugasan dilakukan dengan pantas, kelajuan semasa pemindahan data yang teratur dan sebagainya.
SSD juga jauh lebih baik, lebih bagus dan sudah tentunya bakal membuat pengguna laptop berasa sangat gembira dan senang hati tanpa sebarang gangguan dan tekanan.
Tambahan pula, akan terdapat lebih banyak perubahan ketara dirasai dan kelihatan sekiranya pengguna laptop upgrade Hardisk HDD kepada SSD.
Disamping itu, perbezaan samada upgrade RAM atau Hardisk HDD kepada SSD tidaklah begitu ketara.
Sekiranya anda merupakan seorang pengguna Adobe Photoshop, video editing, Software Virtual Machine seperti VMware, Oracle VirtualBox dan lain-lain sangat disarankan untuk upgrade keduanya sekali mengikut kemampuan anda.
**Ragu-ragu dan memerlukan bantuan / suggestion dari pakar Laptop / Macbook / iMac / Desktop, anda boleh segera pergi mana-mana saja branch kedai repair laptop atau OK Computer Solution yang berdekatan.