Skip to main content
Uncategorized

TAHAP BATERI IPHONE | KEDAI REPAIR LAPTOP SETAPAK

By February 6, 2019No Comments
bateri ipHONE
Adakah anda tahu bila bateri iPhone anda perlu diganti? 
Penamat tahun 2017 dan ketibaan 2018 ini kecoh tentang prestasi iPhone yang diperlahankan Apple kerana berkait dengan bateri peranti tersebut yang hilang keupayaan ketahanannya bagi iPhone terdahulu.
Apple pun dah mengaku, meminta maaf dan memberikan diskaun untuk para pengguna iPhone di seluruh dunia untuk mereka menggantikan bateri iPhone mereka.
Seperti sedia maklum, kos menggantikan bateri iPhone di Malaysia bagi semua jenis model, bermula dari iPhone 6 sehinggalah yang terbaru iPhone X adalah berharga RM129.00 sahaja, dipusat servis bertauliah Apple.
Diskaun yang diberikan memang banyak sebab jika tidak sebelum ini, harga ganti bateri iPhone yang asli dari pusat bertauliah Apple adalah bermula dari RM450 bagi iPhone SE sehinggalah mencecah RM700 bagi iPhone X.
Tetapi mungkin bagi yang baru membeli iPhone, anda tidaklah perlu menukarnya sekarang ini. Tidak perlu kalut sebab diskaun menukar bateri iPhone tersebut berlangsung sepanjang tahun 2018 ini.
Tetapi bagi anda telah lama menggunakan peranti tersebut mungkin telah merasa kesan bateri iPhone yang tidak mampu bertahan lama walau sudah dicas penuh dan prestasi iPhone dirasakan sedikit lembab.
Anda boleh menguji prestasi iPhone anda sama ada perlahan atau tidak dengan menggunakan aplikasi CPU DasherX (USD0.99). Ia merupakan aplikasi pintar yang memaparkan pelbagai informasi berkaitan dengan sistem operasi iOS dan cip pemprosesan yang digunakan iPhone.

CPU Dasher X
Kuasa yang keluarkan oleh cip A10 yang digunakan pada iPhone 7 dan 7 Plus adalah 2.34Ghz (max). Kredit imej: jianshu


Sebagai contoh, sekiranya anda dapati pada bahagian CPU Frequency memaparkan angka yang jauh lebih rendah dari yang sepatutnya, itu menandakan peranti iPhone anda telah diperlahankan Apple kuasa pemprosesannya. Anda boleh menyemak kuasa CPU bagi setiap model iPhone di Wikipedia.
Baik, aplikasi tersebut adalah bagi menyemak prestasi iPhone. Bagi menyemak sama ada bateri iPhone anda sudah hilang keupayaannya pula, anda perlu menggunakan aplikasi coconut Battery. Aplikasi ini boleh digunakan secara percuma dan mencuba kesemua ciri-ciri utamanya selama 14 dari tarikh ia diaktifkan.
Cuma, anda perlukan komputer Macintosh untuk menggunakan aplikasi ini. Ia tidak ada bagi sistem operasi Windows atau Linux.
coconut battery UI
Pada rajah di atas, anda perlu berikan perhatian kepada 3 bahagian berikut:-
  • Design capacity â€“ memaparkan tahap kapasiti bateri iPhone anda boleh dicas bagi peranti baru.
  • Full charge capacity â€“ kapasiti semasa bateri iPhone
  • Cycle count â€“ memaparkan info berapa kali bateri anda sudah diulang dicas.
Jika anda dapati peratus Design capacity di bawah 80% dan Cycle count bateri iPhone anda lebih daripada 500 kitaran, itu bermakna anda perlu menukar bateri iPhone tersebut. Ini berdasarkan apa yang Apple nyatakan tentang bateri iPhone di laman web mereka di bahagian Battery Service and Recycling.
Jika anda membuat keputusan untuk menukar bateri iPhone, pastikan dahulu anda telah membuat salinan (backup) terhadap iPhone tersebut. Sekali lagi diingatkan yang proses menukar bateri iPhone mengambil masa selama 7 hingga 10 hari waktu bekerja (tidak termasuk hari Sabtu dan Ahad).
Bagi yang telah â€˜jailbreak’ iPhone, sila pastikan anda telah reset semula kepada sistem asalnya sebelum dihantar ke pusat servis bertauliah Apple. Jika tidak iPhone anda berkemungkinan besar tidak layak atau tidak diterima mendapatkan harga diskaun bateri iPhone yang sedang ditawarkan.
Sumber artikel: ZDNet
Terima kasih juga kepada Tuan Ariff Bukhari dari ariffmac.com atas sumber artikel. 



Read more: bateri macbook tidak mampu tahan selepas upgrade

->>Tercari-cari KEDAI REPAIR LAPTOP SETAPAK?

–>>Nak kami check laptop secara PERCUMA?

–>>Nak kami pickup pun boleh

Anda boleh hubungi OKCS Setapak:-

http://www.wasap.my/60133323995  


Lokasi OKCS Setapak:-


Penulis,

Leave a Reply

X