Skip to main content
Uncategorized

POSTUR/POSISI BADAN YANG BETUL KETIKA MENGGUNAKAN LAPTOP

By February 5, 2019No Comments

Artikel ini membincangkan tentang Postur/Posisi badan yang betul ketika menggunakan laptop. Pada kali ini, OK Computer Solution Kuala Lumpur ingin berkongsi bersama anda mengenai postur/posisi badan yang betul ketika menggunakan laptop, akibat sekiranya postur/posisi badan salah dan cara untuk mengelakkan daripada masalah postur/posisi badan yang tidak betul.


APA ITU POSTUR/POSISI BADAN?


POSTUR/POSISI BADAN YANG BETUL KETIKA MENGGUNAKAN LAPTOP 1

Postur/posisi badan merupakan bentuk badan atau keadaan badan ketika seseorang itu sedang duduk diatas kerusi menghadap Laptop. Duduk terlalu lama di hadapan komputer dapat mengakibatkan masalah posisi tubuh badan, bahkan memberi impak pada kesihatan seluruh tubuh badan. Menurut kajian, posisi duduk yang salah menyebabkan peredaran darah dalam tubuh menurun, melambatkan metabolisme, ketidakseimbangan gula dalam darah dan memberi pengaruh terhadap keseimbangan otot.




APAKAH POSTUR/POSISI BADAN YANG BETUL KETIKA MENGGUNAKAN LAPTOP?


1. Kedudukan badan diatas kerusi

Tolak pinggul serapat mungkin dengan belakang kerusi/ duduk dengan posisi badan tegak. Kedua-dua tapak kaki diletakkan lurus di atas lantai. Sesuaikan kerusi agar kaki anda rata di lantai dan lutut anda sama atau sedikit lebih rendah dari pinggul. Sesuaikan belakang kerusi kepada sudut 100 ° – 130 ° bersandar. Jika perlu, gunakan bantal tiup atau bantal kecil sehingga badan/bahu anda berasa rileks dan selesa.

POSTUR/POSISI BADAN YANG BETUL KETIKA MENGGUNAKAN LAPTOP 1

2. Kedudukan keyboard


Sesuaikan ketinggian keyboard sehingga bahu anda rileks, siku anda berada dalam kedudukan yang sedikit terbuka, dan pergelangan tangan anda lurus. Pastikan siku diletakkan di atas sandaran sisi kerusi (kalau kerusi ada tempat sandar tangan). Bagi kerusi yang tiada sandar tangan, pastikan siku anda dalam keadaan hampir 90 darjah (seakan-akan ada tempat penyandar tangan)



POSTUR/POSISI BADAN YANG BETUL KETIKA MENGGUNAKAN LAPTOP 2


  

3. Pastikan kedudukkan keyboard betul

Gunakan kaki keyboard dan sesuaikan kecerunannya dengan tangan anda. Pastikan keadaan keyboard dengan badan selesa agar tidak berasa kebas/lenguh.



POSTUR/POSISI BADAN YANG BETUL KETIKA MENGGUNAKAN LAPTOP 3

4. Kedudukan paparan monitor

Sesuaikan kedudukkan monitor sehingga leher/badan anda berada dalam keadaan neutral (kedudukkan santai). Kedudukkan kepala haruslah berada tepat/lurus ke hadapan skrin monitor dan keyboard. Bahagian atas monitor sekitar 2-3 “di atas ketinggian mata anda. Jika memakai cermin mata, monitor yang lebih rendah adalah lebih sesuai dan selesa. 


POSTUR/POSISI BADAN YANG BETUL KETIKA MENGGUNAKAN LAPTOP 4

5. Jarak badan dengan skrin paparan/monitor/keyboard


Duduk dalam keadaan lengan jauh dari paparan dan sesuaikan jarak pandangan pada paparan skrin. Ia dapat mengurangkan silau apabila melihat skrin dari sudut paparan menegak dan kawalan skrin untuk meminimumkan silau dari lampu di atas kepala.


POSTUR/POSISI BADAN YANG BETUL KETIKA MENGGUNAKAN LAPTOP 5



 APAKAH AKIBAT JIKA POSTUR/POSISI BADAN SALAH?


1) MENYEKAT SISTEM PENGHADAMAN


Tahu tak? Bahu yang jatuh ke bawah macam orang yang tak bermaya tak makan seminggu tu boleh membawa kepada sistem penghadaman yang amat teruk serta membimbangkan. Apabila seseorang itu duduk membongkok, usus pada badan pun akan terlipat sama dan ianya dapat memperlahankan seluruh proses sistem penghadaman.

2) MEMBERI KESAN BURUK TERHADAP MOOD SEHARIAN

Apa kena-mengena postur/posisi badan dengan tahap kegembiraan/mood seseorang itu pula? 
Ya, postur/posisi badan yang teruk akan memberi kesan ‘moody’ kepada seseorang itu kerana mereka yang berjalan membongkok sedang mengalami masalah depressi dan akan kelihatan seperti tidak bermaya. Tapi, memang benar pun apabila kita berjalan dalam keadaan bahu jatuh dan membongkok, automatik muka kita pun akan jadi muram dan tidak bersemangat.

3) MENJEJASKAN PRESTASI KERJA

Membongkok atau postur/posisi yang teruk ini boleh membuat orang berfikiran negatif dengan kita. Apabila masuk sahaja pejabat, automatik orang akan fikir kita ni malas dan tidak bersemangat langsung untuk kerja. Pada masa itu lah tak akan ada yang mahu mendekati dan bercakap dengan kita. Ya, bukan kita yang minta seperti itu, tetapi kita boleh ubah/elakkan sebegitu. Rajinkan lah diri untuk bersenanam mendapatkan semula badan yang ideal.





4) KELIHATAN BADAN LEBIH BERAT

Apabila kita duduk dalam keadaan lemah/tidak bermaya seperti orang malas, memang akan kelihatan bongkok dan terasa sedikit berat pada bahagian belakang badan. Duduk secara posisi yang tidak betul akan menyebabkan organ dalaman turun ke bawah sehingga menampakkan seseorang itu kelihatan gemuk. Perasan tak? Semasa ada yang sudi mengambil gambar kita ketika sedang duduk, tiba-tiba gambar tersebut membuat kita kelihatan pendek, gemuk dan besar. Ini disebabkan oleh postur/posisi badan yang tidak betul.

5) SPIDER-VEINS

Spider-Veins ini berlaku apabila seseorang itu duduk terlalu lama. Bukan sahaja punggung yang kebas, malah kaki dan anggota badan yang lain pun akan turut kebas. Tambahan pula bahu akan menjadi lenguh, leher terasa berat serta sakit, dan kaki juga akan menjadi kebas terutamanya apabila duduk dalam keadaan kaki bersilang.

6) BERTAMBAH STRESS

Apabila seseorang itu duduk dalam posisi yang lemah dan tidak betul, nak buat sesuatu tugasan yang mudah pun boleh jadi tugasan tersebut susah dan sukar untuk dilakukan. Ya, nak relaks memang kena duduk straight! Pernah tak, terasa lenguh semasa duduk terlalu lama dan ketika itu kita cuba memperbetulkan posisi kedudukan badan seperti orang yang sedang rimas. Ini adalah salah satu info yang boleh dikongsikan, sekiranya kita duduk atau berdiri dalam keadaan membongkok, ia akan menghadkan paru-paru dan jantung kita untuk berfungsi dengan lancar. Ia akan menyebabkan kita terpaksa untuk bernafas lebih kencang dan mendalam bagi mempercepatkan penyediaan darah menghantar oksigen ke seluruh tubuh badan.





CARA ELAKKAN MASALAH TERSEBUT DARIPADA BERLAKU

POSTUR/POSISI BADAN YANG BETUL KETIKA MENGGUNAKAN LAPTOP 6

1. Buang tabiat buruk terhadap postur

Tabiat ini juga termasuklah menonton tv atau menggunakan laptop dalam keadaan meniarap, membaca dalam suasana tidak terang (yang menyebabkan anda terpaksa membongkok untuk melihat)

2. Cari kerusi yang bagus/sesuai untuk postur

Mungkin harganya sedikit mahal berbanding kerusi biasa, tapi setidaknya ia dapat menyokong seluruh belakang badan anda.

3. Posisi duduk di kerusi mesti betul/selesa

Kedudukan punggung anda sepatutnya berada betul-betul di hujung kerusi supaya badan anda rapat dengan penyandar kerusi.



4. Dapatkan penyandar kusyen

Untuk mendapatkan postur/posisi badan yang betul sangat disyorkan penyandar kusyen sebagai langkah berjaga-jaga. Penyandar ini diletakkan di belakang kerusi seperti di pejabat.

5. Letakkan bantal / kusyen kecil
Letakkan bantal atau kusyen kecil pada sebelah bawah punggung anda. Ini dapat membantu pinggang anda berasa lebih selesa dan santai semasa duduk.

6. Jejakkan tapak kaki atas lantai

Ketika sedang duduk atau berdiri, pastikan kedua-dua belah tapak kaki berada di atas lantai agar berat badan dapat ditampung dengan seimbang. Jangan sesekali duduk secara senget atau menyilang kaki atau bersila di atas kerusi.

6. Lakukan senaman yang baik untuk tulang belakang

Lakukan senaman agar dapat menghindari daripada badan menjadi bongkon dan tidak bermaya. Senaman seperti yogasenaman bola dan regangan ringkas 5-10 minit sehari.

7. Banyakkan bergerak


Elakkan daripada duduk seharian atas kerusi. Anda disarankan untuk bangun dan berjalan setiap 15 – 30 minit untuk meregangkan otot.

POSTUR/POSISI BADAN YANG BETUL KETIKA MENGGUNAKAN LAPTOP 7

Anda mempunyai sebarang pertanyaan? Sila hubungi OKCS Kuala Lumpur:-



03-9202 2947 / 017-641 7084 




Lokasi OKCS Kuala Lumpur:-


  • 2 minit dari Kolej Universiti Poly-Tech Mara Taman Shamelin
  • 3 minit dari LRT Pandan Jaya
  • 5 minit dari Sunway Velocity Mall
  • 10 minit dari Pantai Hospital Ampang
  • 11 minit dari MyTown Shopping Mall
  • 12 minit dari Plaza Low Yat
  • 13 minit dari Tesco Extra Ampang
  • 20 minit dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS)





Leave a Reply

X