Kedai repair laptop Ampang menyelesaikan masalah Keyboard Laptop HP
Artikel ini membincangkan tentang menyelesaikan masalah Keyboard Laptop HP. Pada 2 minggu yang lalu, kedai repair laptop Ampang telah didatangi oleh seorang pelanggan yang bekerjaya bersama laptop HP miliknya. Untuk pengetahuan anda, beliau merupakan seorang pelanggan asalnya dari kedai repair laptop di tempat lain tetapi memilih OK Computer Solution Kuala Lumpur untuk bantu menyelesaikan masalah beliau.
Semasa beliau tiba di kedai repair laptop Ampang, Admin bertanya “Apakah yang saya boleh bantu?”. Lalu, beliau terus menceritakan bahawa beliau pernah pergi ke kedai repair laptop lain akan tetapi kedai tersebut tidak dapat menyelesaikan masalah Keyboard Laptop HP miliknya itu. Oleh itu, beliau segera mencari kedai repair laptop yang lain sehingga menjumpai OK Computer Solution Kuala Lumpur yang tidak jauh dari rumahnya. Beliau juga meluahkan masalah keyboard itu menyukarkan beliau untuk membuat suatu tugasan dan sangat memerlukan laptop tersebut secepat mungkin.
Keadaan keyboard Laptop HP sebelum diagnose |
Setelah mendengar luahan pelanggan itu, Admin terus memberitahu technician di kedai repair laptop Ampang mengenai masalah yang sedang dihadapi oleh pelanggan ini. Technician pun segera diagnose lalu mendapatkan stok keyboard yang baru bagi menyelesaikan masalah Keyboard Laptop HP tersebut. Tahukah anda? Keyboard laptop adalah salah satu komponen penting dan sering digunakan. Ia juga merupakan satu komponen yang sangat berisiko untuk rosak akibat dari penggunaan keyboard terlalu lasak, berdebu dan sebagainya. Keyboard juga hanya mempunyai satu cable yang bersambung pada motherboard. Jadi apabila satu button keyboard tidak berfungsi, ia bermakna keyboard perlu ditukar dengan yang baharu kerana keyboard didatangi dalam satu set.
Keyboard laptop HP yang baru |
Oleh itu, sebagai pengguna laptop/macbook haruslah menggunakan keyboard dengan baik serta tidak menekan button terlalu lasak kerana keyboard sangat sensitif dan tidak mustahil dengan hanya satu kecuaian melepaskan geram semasa menaip menyebabkan button itu rosak sehingga perlu ditukar dengan yang baharu.
Pengujian terhadap keyboard laptop HP yang baru |
Laptop HP pelanggan OKCS KL |
Berbalik pada kisah menyelesaikan masalah Keyboard Laptop HP, technician berjaya mendapatkan stok dan segera menukar keyboard dengan yang baharu sehingga selesai. Kini tiada lagi masalah pada keyboard dan pelanggan juga boleh menggunakan laptop menyiapkan tugasan dalam keadaan gembira dan senang hati. Pelanggan juga tidak menyangka bahawa kedai repair laptop Ampang dapat menyelesaikan masalah tersebut kerana kedai repair laptop sebelumnya tidak dapat membantu beliau. Apabila pelanggan gembira, kami juga turut gembira atas perkhidmatan yang kami berikan sebaik mungkin.
–>>Anda nak kami bantu menyelesaikan masalah Keyboard seperti Laptop HP?
–>>Nak kami diagnos secara PERCUMA?
–>>Tercari-cari KEDAI REPAIR LAPTOP AMPANG?
Anda boleh hubungi OKCS Kuala Lumpur:-
03-9202 2947 / 017-641 7084