Skip to main content
Uncategorized

BATERI MACBOOK TIDAK MAMPU TAHAN SELEPAS MENAIK TARAF | REPAIR LAPTOP SETAPAK

By January 28, 2019No Comments
bateri Macbook
Ramai pengguna mendakwa bateri Macbook Pro mereka cepat habis selepas menaik taraf kepada macOS Mojave. Kenapa?
macOS Mojave 10.14 adalah versi terkini untuk pengguna Mac yang mengandungi pelbagai ciri-ciri terbaru. Walaubagaimanapun, ramai merungut khususnya berkenaan dengan bateri Macbook Pro di mana sebahagian besar pengguna Mac tersebut mendapati bateri MBP mereka kini lebih cepat habis setelah mereka menaik taraf kepada macOS Mojave.
Jadi mengapa ini berlaku? Terdapat beberapa kemungkinan berdasarkan fakta dan andaian yang boleh dibincangkan berkaitan isu ini.

macOS Mojave perlukan kuasa grafik yang tinggi
Apabila Apple mengemaskini sesebuah sistem operasi Mac, kebiasaannya ia akan dioptimasikan bersama perkakasan-perkakasan Mac tersebut.
Cuma efek negatifnya adalah setiap optimasi terhadap sistem macOS akan lebih tertumpu kepada model-model Mac terbaru yang dilengkapi dengan perkakasan-perkakasan terkini. Hanya model Mac dari keluaran pertengahan tahun 2012 sahaja yang menyokong macOS Mojave. Salah satu sebabnya adalah kerana keperluan kuasa kad grafik yang tinggi.


Mac Pro 2010
Model Mac Pro pertengahan 2010 dan 2012 juga menyokong macOS Mojave. Tetapi ia memerlukan kad grafik yang bersesuaian dengan macOS tersebut. Kredit foto: Apple

Metal 2
Sejak dari versi macOS High Sierra 10.13, Apple telah perkenalkan ciri terbaru grafik macOS iaitu Metal 2. Secara ringkas, Metal adalah ciri teknologi grafik terbina dalam yang menguasakan setiap piksel grafik yang dipaparkan pada skrin oleh macOS.
Ia membolehkan kuasa pemprosesan pusat (CPU) dan kad grafik (GPU) beroperasi bersama dengan efektif bagi membolehkan macOS memaparkan kualiti grafik yang tinggi.
Metal 2 pula adalah versi yang dinaik taraf di dalam Mojave. Sebab itulah jika anda perasan kualiti grafik pada rekaan ikon, teks dan imej yang dipaparkan oleh macOS Mojave adalah lebih jelas, terang dan cukup terperinci butiran imej yang dipaparkan berbanding pada versi macOS terdahulu.
macOS metal 2
Ciri Metal ini juga ada di dalam sistem iOS dan tvOS.

Keperluan kuasa grafik yang tinggi ini memberi kelebihan kepada model-model Mac terkini yang dilengkapi dengan cip grafik yang lebih moden.
Sebaliknya tidak pada model-model Mac terdahulu yang menggunakan cip grafik yang lebih berusia di mana ia terpaksa bekerja lebih keras bagi memenuhi keperluan ciri Metal 2 tersebut.
Secara tidak langsung ia akan menyebabkan Mac tersebut lebih mudah panas dan sekaligus menyebabkan kipas di dalam Mac beroperasi lebih tinggi dari biasa.
Maka adalah tidak menghairankan apabila ramai dikalangan pemilik model Macbook terdahulu terutamanya merungut tentang prestasi bateri MBP mereka tidak bertahan seperti dulu lagi.
Ini kerana bateri MBP tersebut terpaksa menggunakan lebih banyak kuasa bagi memenuhi keperluan kuasa grafik dan kitaran kipas yang lebih tinggi bagi menyejukkan MBP mereka.

Andaian dan fakta

Ada juga dikalangan pemillik MBP mendakwa bateri MBP mereka cepat habis walaupun hanya menggunakannya bagi melayari laman web.
Baik, pertamanya ini adalah andaian kepada punca tersebut. Berkemungkinan besar MBP anda telah dijangkiti perisian hasad (malware) yang secara diam-diam menumpang MBP anda dan menjadikannya sebagai pusat perlombongan kryptowang.
Ini adalah contoh andaian sahaja tetapi tidak mustahil sebab banyak yang dah berlaku. Jadi, sebaiknya anda imbas Mac anda dengan menggunakan perisian imbasan malware seperti aplikasi Malwarebyte bagi menyemak sama ada Mac anda telah dijangkiti malware atau mengandungi aplikasi-aplikasi mencurigakan yang sedang beroperasi disebalik tabir dalam Mac anda tanpa disedari.

ikon google chrome
Keduanya pula adalah fakta. Sekiranya anda menggunakan aplikasi pelayar web Google Chrome, adalah tidak menghairankan jika MBP anda cepat habis baterinya sebab versi terbaru Google Chrome memiliki ciri yang dikenali sebagai Site Isolation.
Google menerangkan, Site Isolation adalah ciri penting bagi meningkatkan keselamatan pengguna pelayar web Chrome.
Tetapi kesannya adalah ia turut meningkatkan penggunaan sumber memori komputer. Google menyatakan ciri tersebut menggunakan antara 10 hingga 13% memori komputer pengguna.
Ini sekaligus akan menyebabkan mana-mana komputer akan menjadi lebih mudah panas dan menjadikan Google Chrome kurang sesuai digunakan bersama komputer riba atau komputer yang lebih berusia yang tidak dilengkapi memori sebanyak komputer terkini.
Ciri tersebut sebelum ini merupakan ciri tersebunyi yang hanya akan diaktifkan apabila pengguna memerlukannya sahaja.
Tetapi Google telah menjadikan ciri tersebut sebagai tetapan tetap yang tersedia aktif dalam Chrome. Ia pertama kali diperkenalkan dalam kemaskini Chrome versi 67.
opera vs firefox
Jadi, alternatif selain Chrome yang boleh anda gunakan adalah seperti aplikasi pelayar web Opera yang mengandungi tetapan ciri penjimatan bateri atau aplikasi FireFox Quantum yang dikatakan sebagai pelayar web terpantas ketika ini.

Kesimpulan

Apa yang dapat disimpulkan di sini adalah tiada yang menghairankan berkenaan bateri Macbook Pro, Macbook Air atau mana-mana model Macbook terdahulu kini lebih cepat habis baterinya, walaupun ketika penggunaan ringan.
Isu seperti ini kebiasannya muncul apabila pengguna model Mac atau peranti iPhone terdahulu menaik taraf macOS atau peranti iOS mereka.
Malah, apa yang nak dihairankan, sejak bila pula Apple begitu mesra dengan pengguna mereka? (dalam konteks produk).
Nanti lama kelamaan model-model Mac terkini yang ada ketika ini akan susut juga prestasi perkakasannya sebab Apple akan lebih menumpukan pembangunan perisian terhadap perkakasan-perkakasan yang lebih baru.
Tidak perlu tunggu lama pun, cukup 2 atau 3 tahun, anda akan merasai kesannya.
iOS 12
Sebahagian pengguna peranti iPhone khususnya peranti terdahulu turut merungut dengan isu bateri peranti mereka tidak bertahan lama selepas menaik taraf kepada iOS 12. Kredit: Apple

Lihat sajalah apa yang berlaku pada peranti iPhone apabila mereka secara diam-diam memperlahankan prestasi peranti iPhone terdahulu yang berpunca daripada isu bateri juga.
Isu ketahanan bateri Macbook dan peranti iPhone yang semakin hilang keupayaannya  adalah isu yang perlu dilihat secara lebih luas. Banyak faktor yang perlu dilihat seperti penggunaan alat pengecasan dan kabel yang asli ataupun tidak dan cara anda mengecas komputer riba dan peranti tersebut.
Bateri sememangnya adalah perkakasan sensitif yang akan hilang keupayaannya dari semasa ke semasa atau mudah hilang keupayaannya jika anda tidak peka terhadap penjagaan bateri tersebut.
Bagi pengguna komputer riba Mac yang sudah menerima tanda seruan seperti Service Battery atau Replace Soon, eloklah segera berbuat demikian sebelum Mac anda menjadi lebih parah.
Bateri MBP
Ini semua petanda makan modai. Kredit imej: Pocik

Akhir kata, apa yang penting adalah pada pihak pengguna sendiri bagaimana kita mengaplikasikan penjagaan perkakasan peranti dengan baik supaya ia dapat berfungsi dengan sebaik mungkin bagi jangka masa yang lebih lama.
Terima kasih kepada Tuan Haji Ismail Ahmad dari Grup Facebook Mac User Malaysia yang turut sama membantu dalam penulisan artikel ini.
Terima kasih juga kepada Tuan Ariff Bukhari dari ariffmac.com atas sumber artikel. 

->>Tercari-cari KEDAI REPAIR LAPTOP SETAPAK?

–>>Nak kami check laptop secara PERCUMA?

–>>Nak kami pickup pun boleh


Anda boleh hubungi OKCS Setapak:-

http://www.wasap.my/60133323995  


Lokasi OKCS Setapak:-


Penulis,

Leave a Reply

X