Skip to main content
Uncategorized

TIPS KESELAMATAN PERANTI PINTAR DARI DIGODAM | REPAIR LAPTOP SETAPAK

By January 25, 2019No Comments
Sentiasa peka dan sensitif terhadap keselamatan dan privasi peranti pintar anda dari digodam. 

Keselamatan & privasi

Peranti pintar seperti telefon dan tablet yang sering digunakan anda ibarat fail yang menyimpan pelbagai maklumat dan data-data peribadi sulit yang amat penting.

Isu keselamatan dan privasi terhadap peranti-peranti ini menjadi perbincangan utama dikalangan para pakar keselamatan komputer.
Malangnya kebanyakkan daripada kita iaitu pengguna peranti itu sendiri masih tidak sedar dan tidak mengambil berat akan hal ini. Disebabkan tabiat mengambil mudah atau tidak peduli dengan isu keselamatan dan privasi ini telah menyebabkan mereka amat terdedah kepada pencerobohan data dari penggodam ke atas peranti yang mereka gunakan.
Serangan ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, tidak mengira jenis peranti atau jenis sistem operasi peranti tersebut gunakan.
Mereka bertindak mencuri data peribadi orang lain dari peranti penggunanya atau memasukkan virus pada peranti mangsa mereka bagi melaksanakan pelbagai bentuk serangan demi kepentingan peribadi atau memang sengaja mahu menyusahkan orang lain.
Antara taktik serangan yang biasa digunakan adalah seperti memasukkan aktiviti klik automatik pada iklan-iklan menerusi pelayar web, menjadikan telefon pintar sebahagian daripada botnet dan lain-lain.
Jadi, bagi mengelakkan anda daripada terdedah dan menjadi mangsa godaman peranti, OKCS Setapak kongsikan beberapa tips untuk lindungi keselamatan dan privasi peranti pintar dari penggodam.

1. Elakkan Wi-Fi awam

wifi


Memang Wi-Fi ditempat awam memudahkan anda mendapat sambungan internet percuma dan sekaligus dapat menjimatkan data internet telefon anda.
Tetapi tahukah anda bahawa Wi-Fi awam ini adalah lubuk kepada para penggodam mencari mangsa mereka.
Ini kerana Wi-Fi awam amat mudah digodam oleh penggodam yang memiliki kemahiran dan peralatan ringkas bagi melihat apa yang anda sedang lakukan di atas talian.
Mereka dengan mudah akan dapat mengakses perkara-perkara seperti e-mel yang dihantar, data sulit log masuk ke laman sosial dan aktiviti perbankan atas talian.
Jadi, apa yang boleh anda lakukan? Mudah sahaja, jangan gunakan sambungan Wi-Fi awam ini. Terutamanya aktiviti yang melibatkan kewangan.
Tetapi jika anda tetap mahu menggunakan Wi-Fi awam ini, seeloknya anda gunakan aplikasi VPN yang dapat mengenkrip data aktiviti anda, sekaligus melindungi talian anda dan menyukarkan penggodam daripada memerhati aktiviti peranti anda.




2. Kemaskini peranti

UPDATE
Satu tabiat yang mungkin ada pada kebanyakkan pemilik peranti pintar adalah mereka tidak mengambil peduli dengan kemaskini sistem operasi dan aplikasi-aplikasi yang terdapat di dalam peranti mereka.
Senang cerita malas nak update dan kerana bersikap begitu, peranti tersebut mudah digodam.
Walhal, ia merupakan langkah yang cukup mudah dan amat penting bagi memastikan sistem operasi peranti anda sentiasa ditambah baik dari masa ke semasa.
Kemaskini peranti memastikan pepijat dibuang dan kelemahan sistem tidak dieksploitasi oleh penggodam. Sekaligus sistem pertahanan yang terdapat di dalam peranti anda bertindak dengan lebih efektif terhadap sebarang percubaan pencerobohan data.

3. spam

Spam merupakan taktik tipikal yang biasa digunakan penggodam tetapi masih ramai yang termakan dengan umpan ini. Spam adalah satu bentuk e-mel sampah yang disalin berulang kali di internet yang memaksa pengguna menerimanya.
Kebanyakkan spam adalah berkaitan dengan iklan komersil, produk-produk yang meragukan, skim cepat kaya atau perkhidmatan yang berkaitan dengan undang-undang.
spam
Di dalam spam biasanya terkandung pautan yang mencurigakan, arahan palsu yang meminta pengguna memasukkan kata laluan serta mengandungi lampiran palsu yang boleh menyebabkan peranti pintar anda terdedah kepada ancaman tertentu apabila anda klik pada pautan dari spam tersebut.
Maka, cara terbaik bagi mengelakkan spam ini adalah dengan tidak melayan dan membuka e-mel yang tidak dikenali penghantarnya.
Kebiasaannya spam ini memang akan ditempatkan secara automatik dibahagian ruang spam e-mel anda yang mana ia merupakan salah satu ciri keselamatan yang terdapat di dalam aplikasi dan penyedia perkhidmatan e-mel.

4. Gunakan langkah pengesahan

Bagi meningkatkan ciri keselamatan internet, hampir kesemua laman web dan aplikasi utama kini telah mula menyokong ciri langkah pengesahan.
two-factor authentication
Ciri ini berfungsi dengan menghantar kod ringkas kepada pengguna sebagai pengesahan sementara di telefon pintar yang didaftarkan bagi membolehkan pengguna mengakses maklumat, data dan profil peribadi diperanti berbeza.
Ciri ini mungkin sedikit leceh tetapi ia adalah cara yang dapat meningkatkan perlindungan daripada pihak ketiga yang ingin cuba mengakses profil sulit anda.
5. Memasukkan aplikasi dari sumber sah
Apabila anda memasukkan sesebuah aplikasi ke dalam peranti pintar, adalah sepatutnya anda memuat turun sesebuah aplikasi itu dari laman yang sah.
Sebagai contoh, pengguna peranti iOS hanya menggunakan App Store bagi memuat turun aplikasi-aplikasi ke dalam peranti mereka.
Manakala pengguna peranti Android pula hanya sepatutnya memuat turun aplikasi yang dikehendaki dari Google Play Store sahaja.
Cuma isunya di sini, 2 tempat utama ini juga turut mengandungi aplikasi-aplikasi palsu berniat jahat yang cuba mencuri maklumat pengguna.
Cara mengesan aplikasi palsu
Apabila memuat turun sesebuah aplikasi, walaupun dari sumber yang sah, anda masih tetap perlu berhati-hati. Sungguh pun pihak Apple dan Google telah membuang beratus ribu aplikasi palsu yang dicurigai di dalam Play Store dan App Store, tetapi masih terdapat banyak lagi aplikasi-aplikasi yang diragui kesahihannya.
Oleh itu terdapat beberapa perkara yang perlu anda beri perhatian sebelum memuat turun sesebuah aplikasi ke dalam peranti.

  • Rekaan ikon
Cara bagi mengesan aplikasi palsu ini adalah dengan melihat kepada rekaan ikon aplikasi tersebut. Kebiasaannya, rekaan ikon original dan palsu akan terdapat sedikit perbezaan.
Walaubagaimanapun, jika anda dapati ia seakan hampir sama rupa ikon dan sukar dilihat perbezaannya, anda patut melihat kepada nama aplikasi dan nama pembangun aplikasi itu pula.

  • Nama aplikasi dan pembangun
Pastikan dan semak dengan teliti ejaan nama aplikasi dan nama pembangun aplikasi tersebut. Selain itu anda juga patut melihat jumlah ulang muat turun aplikasi tersebut.

  • Jumlah angka muat turun
Sebagai contoh aplikasi Facebook pastinya telah dimuat turun lebih daripada beratus juta kali. Jadi, sekiranya anda dapati aplikasi Facebook itu adalah kurang jumlah muat turunnya (sebagai contoh kurang dari seratus ribu kali), itu bermakna aplikasi Facebook tersebut adalah aplikasi palsu yang bukan dari pembangun rasminya.

  • Membaca review
Anda juga boleh mengesan aplikasi palsu dengan membaca review-review daripada pengguna lain. Sekiranya terdapat review buruk daripada pengguna seperti palsu, scam dan yang seangkatan dengannya, janganlah muat turun aplikasi tersebut.

  • Ciri Play Protect
Di pihak Google pula, mereka juga telah pertingkatkan ciri pengesahan aplikasi dengan ciri Play Protect yang akan mengimbas aplikasi itu apabila ia sedang dimuat turun ke dalam peranti Android.
Play protect
Google Play Protect adalah ciri perlindungan malware terbina dalam yang dibangunkan untuk peranti Android.

6. Gunakan kata laluan yang kuat
Ringkasnya, gunakan kata laluan yang sukar dicerobohi. Jangan sesekali menggunakan kata laluan semudah seperti 123456, abcdefg, ooooo dan lain-lain. Ini kerana kata laluan tersebut tersenarai dalam 25 Kata Laluan paling teruk yang digunakan sepanjang tahun 2017.
Memang mengingati dan membuat kata laluan adalah memeningkan anda. Tetapi anda boleh cuba menggunakan aplikasi-aplikasi yang dapat menguruskan kata laluan anda dengan baik.
7. Penggunaan teknologi biometrik
Kini terdapat 3 jenis teknologi biometrik yang digunakan di telefon pintar iaitu imbasan cap jari, imbasan retina mata dan teknologi imbasan wajah.
Teknologi imbasan cap jari lebih dulu digunakan pada telefon pintar dan di yakini keberkesanannya. Imbasan menggunakan retina mata pula kurang popluar dan jarang diperkatakan.
Manakala, teknologi imbasan wajah pula masih diragui dan diyakini keberkesanannya serta berhadapan dengan isu privasi. Tetapi ia adalah teknologi biometrik yang paling menarik perhatian pengeluar produk peranti pintar dan amat popular kepada para pengguna tegar telefon pintar.
Buat masa ini terdapat 2 jenis teknologi imbasan wajah yang digunakan pada telefon pintar iaitu imbasan wajah 3 dimensi dan 2 dimensi. Namun begitu ketika ini hanya peranti pintar iPhone X  sahaja yang dilengkapi dengan ciri imbasan wajah 3D.

iPhone X truedepth camera
Syarikat-syarikat pengeluar telefon pintar kini berlumba-lumba memasukkan teknologi imbasan wajah ke dalam telefon pintar mereka.

Telefon pintar Android pula buat masa ini hanya dilengkapi dengan imbasan wajah 2D sahaja menjadikan ia lebih mudah digodam.
8. Padam data-data peribadi sebelum menjual telefon pintar anda
Perkara terakhir sekali yang patut anda lakukan bagi menjaga keselamatan dan privasi data anda adalah memadam segala data yang terdapat di dalam peranti pintar sebelum anda menjualnya ke pihak lain.
Jadi pastikan terlebih dulu sebelum menjual peranti tersebut anda telah memadam segala data-data peribadi dengan pasti bagi mengelakkan kejadian eksploitasi data anda oleh pihak yang tidak bertanggungjawab kemudiannya.
Sumber artikel: Avira 


Terima kasih juga kepada Tuan Ariff Bukhari dari ariffmac.com atas sumber artikel.

->>Tercari-cari KEDAI REPAIR LAPTOP SETAPAK?

–>>Nak kami check laptop secara PERCUMA?

–>>Nak kami pickup pun boleh


Anda boleh hubungi OKCS Setapak:-

http://www.wasap.my/60133323995  


Lokasi OKCS Setapak:-


Penulis,

Leave a Reply

X