Skip to main content
Uncategorized

[SOLVED] SERVICE MACBOOK PRO A1502 | KEDAI REPAIR MACBOOK

By January 25, 2019No Comments

Kedai repair Macbook bantu Service Macbook Pro A1502

Artikel ini membincangkan tentang bantu Service Macbook Pro A1502. Baru-baru ini, seorang pelanggan tetap OK Computer Solution telah datang ke kedai repair Macbook bersama Macbook Pro kepunyaannya.

Semasa beliau tiba di kedai repair Macbook, Admin telah bertanya padanya apakah masalah yang sedang dihadapi oleh Macbook Pro miliknya itu. Lalu, beliau meluahkan ketika sedang menyiapkan tugasan menggunakan Macbook Pro, tiba-tiba kedengaran bunyi bising pada kipas dan beliau amat bimbang sekiranya salah satu komponen di dalamnya telah rosak. 

Oleh itu, beliau segera mengambil keputusan untuk membawa Macbook Pro ke sini dengan meminta untuk periksa bunyi itu berpunca dari apa dan penyebab ia berlaku. 
Tambahan pula, Admin juga bertanya sudah berapa lama menggunakan Macbook dan adakah beliau pernah servis cuci buang habuk dan tukar thermal paste di dalamnya. 

Kemudian beliau mengatakan bahawa tidak pernah servis Macbook selama lebih kurang 4 tahun penggunaan. Justeru itu, Admin telah mencadangkan padanya untuk servis Macbook Pro terlebih dahulu dan diatas persetujuan, beliau meminta untuk bantu Service Macbook Pro A1502 tersebut.

[SOLVED] SERVICE MACBOOK PRO A1502 | REPAIR LAPTOP CHERAS 1
Keadaan Macbook yang dipenuhi habuk

Setelah mendengar luahan pelanggan kami itu, technician di kedai repair Macbook terus membuat diagnos dan segera bantu Service Macbook Pro A1502 hingga selesai. 
Semasa proses pembersihan, terdapat banyak habuk pada kipas macbook dan ini lah penyebabkan macbook kedengaran seperti komponen sudah rosak. 

Bilah kipas juga boleh patah hanya berpunca daripada habuk-habuk yang telah berkumpul sehingga menyebabkan ia kedengaran seperti kipas yang sudah rosak. 
Pada awalnya, Macbook mungkin akan jadi panas yang melampau, kemudian akan kedengaran bunyi bising sehingga bilah kipas patah dan rosak tidak boleh digunakan lagi. 

Bila bunyi bising, nak tengok movie pun rasa tak syok kan?
Jadi, sebagai pengguna kita haruslah segera bertindak apabila perkara sebegini berlaku.

Pembentukkan habuk boleh menyebabkan terhalangnya proses penyejukan Macbook sehingga haba yang terhasil dapat merosakkan komponen pada Macbook terutamanya Motherboard.
Kipas penyejuk yang terdapat di bawah Macbook pula kebiasaannya ia digabungkan bersama Heat Sink. 

Jadi apabila penggunaan Macbook terlalu lama tanpa melakukan sebarang penjagaan dengan betul, habuk yang terhasil lama kelamaan akan menjadi semakin tebal pada ruang heat sink sehingga pada akhirnya habuk tersebut menjadi penghalang untuk angin mengalir keluar dengan baik. 

Maka, terhasil lah haba panas yang terperangkap di dalam Macbook dan bakal mendatangkan kesan tidak baik pada komponen internal atau dalaman Macbook. 
Habuk yang sudah memenuhi ruang kipas Macbook akan menjadi panas/overheating sehingga komponen Macbook yang lain turut overheating lalu berlakunya kerosakkan.

APA YANG PELANGGAN DAPAT DARIPADA SERVICE MACBOOK PRO

  • Buang habuk pada Macbook Pro luar dan dalaman
  • Tukar Thermal Paste
  • Sudah tidak panas/overheating
  • Sudah tidak berbunyi
  • Dapat mengelakkan daripada komponen yang lain rosak

Thermal Paste ;



Thermal Paste atau dikenali sebagai Thermal Gel, Thermal Compound, heat paste, heat sink paste dan heat sink compound merupakan sejenis cecair bersifat minyak. Thermal Paste kebiasaannya terletak di antara chip dan heatsink.

Fungsi Thermal Paste ;

Menyalurkan panas dari processor ke heatsink disebabkan oleh permukaan processor dan heatsink yang tidak rata sehingga memerlukan penghubung supaya panas haba dapat dikawal dengan baik. 

Ia juga untuk menjamin sistem penyejukan yang efisyen dan optimum sepanjang masa.

Oleh itu, sebagai pengguna Macbook haruslah sentiasa memastikan agar tiada habuk yang berkumpul pada Macbook sehingga berlakunya overheating dan kerosakkan pada Mabook. Justeru itu, service clean dust perlu dilakukan 6 bulan atau satu tahun sekali.
[SOLVED] SERVICE MACBOOK PRO A1502 | REPAIR LAPTOP CHERAS 2
Keadaan dalam Macbook sebelum diagnos
[SOLVED] SERVICE MACBOOK PRO A1502 | REPAIR LAPTOP CHERAS 3
Keadaan dalam Macbook sebelum servis
[SOLVED] SERVICE MACBOOK PRO A1502 | REPAIR LAPTOP CHERAS 4
Keadaan Thermal Paste yang sudah kering
[SOLVED] SERVICE MACBOOK PRO A1502 | REPAIR LAPTOP CHERAS 5
Thermal paste yang sudah ditukar dengan baharu

Berbalik pada kisah bantu Service Macbook Pro A1502, atas permintaan pelanggan Macbook itu sudah siap servis cuci buang habuk serta tukar thermal paste dalam hari yang sama dimana pelanggan itu menghantarnya ke kedai. 

Kini tiada lagi bunyi pelik yang kedengaran selepas servis kerana segala masalah itu dapat diselesaikan oleh technician kami di kedai repair Macbook. Pelanggan juga berasa sangat lega dan gembira kerana tiada lagi yang perlu dirisaukan dan bunyi pelik sudah tidak kedengaran lagi. 

Apabila pelanggan lega dan gembira serta berpuas hati, kami di OK Computer Solution turut gembira. Apa yang penting bagi kami adalah kepuasan pelanggan atas perkhidmatan yang telah kami berikan.



[SOLVED] SERVICE MACBOOK PRO A1502 | REPAIR LAPTOP CHERAS 6
Pelanggan OKCS KL

MACBOOK YANG PERNAH DI HANTAR UNTUK SERVICE
[SOLVED] SERVICE MACBOOK PRO A1502 | KEDAI REPAIR MACBOOK 1
Macbook Air
[SOLVED] SERVICE MACBOOK PRO A1502 | KEDAI REPAIR MACBOOK 2
Macbook Air
[SOLVED] SERVICE MACBOOK PRO A1502 | KEDAI REPAIR MACBOOK 3
Macbook Air

MACBOOK YANG TURUT MEMBUAT SERVICE CLEAN DUST
[SOLVED] SERVICE MACBOOK PRO A1502 | KEDAI REPAIR MACBOOK 4
Habuk dikeliling Macbook
[SOLVED] SERVICE MACBOOK PRO A1502 | KEDAI REPAIR MACBOOK 5
Habuk pada casing Macbook
[SOLVED] SERVICE MACBOOK PRO A1502 | KEDAI REPAIR MACBOOK 6
Thermal Paste yang sudah kering
[SOLVED] SERVICE MACBOOK PRO A1502 | KEDAI REPAIR MACBOOK 7
Habuk pada setiap komponen dalam Macbook
[SOLVED] SERVICE MACBOOK PRO A1502 | KEDAI REPAIR MACBOOK 8
Habuk pada kipas Macbook

PELANGGAN LAIN YANG TURUT BERPUAS HATI

Leave a Reply

X