Jangan mudah menekan klik pada sebarang fail PDF yang diragui sumbernya yang diterima oleh e-mel anda.
Baru-baru ini, pemerhati keselamatan internet telah mengesan malware yang berdasarkan trojan Zeus telah diubah suai untuk memantau dan berpotensi mengambil alih akaun Facebook dan Twitter anda.
Malware yang pada mulanya direka untuk mencuri maklumat peribadi perbankan dan kewangan, telah ditakrifkan sebagai ”keupayaan pengintipan cara terbaru,”oleh ZDNet.
Menurut ZDNet yang memetik kajian yang dibuat oleh Bitdefender, sebuah syarikat keselamatan teknologi Romania, selain menjejaskan kiriman Facebook dan Twitter, malware itu juga boleh memantau akaun e-mel.
Malware tersebut yang dikenal sebagai Terdot buat masa ini hanya dikesan mensasarkan sistem operasi Windows sahaja. Ia telah aktif sejak pertengahan tahun 2016 lagi.
Bogdan Botezatu, seorang penganalisis keselamatan Bitdefender memberitahu ZDNet, penyebaran malware tersebut dilakukan melalui akaun media sosial di mana ia boleh mencuri maklumat akaun pengguna media sosial untuk ia log masuk bagi mengakses akaun pengguna tersebut.
Maklumat yang diperolehi dari akaun yang digodam kemudiannya boleh dijual semula kepada pihak yang lain.
Seperti serangan lain, Serangan Terdot bermula dengan penipuan e-mel (phishing) yang nampak seakan ia mengandungi dalam bentuk fail PDF.
Apabila pengguna menekan klik pada fail tersebut, ia akan mengarahkan komputer untuk memuat turun malware ini secara automatik.
Oleh itu, kepada para pemilik akaun e-mel, anda dinasihatkan supaya lebih berhati-hati terhadap sebarang e-mel yang diterima oleh akaun e-mel anda. Walaupun buat masa ini ia hanya dikesan menyerang pengguna sistem Windows sahaja, tetapi pengguna Mac juga perlu berhati-hati dengan situasi semasa ini.
Terima kasih kepada Tuan Ariff Bukhari dari ariffmac.com atas sumber artikel.
–->>Tercari-cari KEDAI REPAIR LAPTOP SETAPAK?
–>>Nak kami check laptop secara PERCUMA?
–>>Nak kami pickup pun boleh