Kedai repair laptop Cheras menyelesaikan masalah Laptop Acer Aspire 4738G
Artikel ini membincangkan tentang menyelesaikan masalah Laptop Acer Aspire 4738G. Pada bulan lalu , kedai repair laptop Cheras telah didatangi oleh seorang isteri yang bekerjaya dikenali sebagai Athifah.
Semasa pelanggan itu tiba di kedai repair laptop Cheras , admin bertanya pada beliau apa masalah yang dihadapi oleh laptop Acer miliknya itu. Lalu, beliau menceritakan bahawa pada mulanya laptop itu hanya lah slow/hang , kemudian tidak lama selepas itu laptopnya sering autoshutdown sehingga tidak boleh dihidupkan lagi. Beliau juga meluahkan bahawa , beliau tidak dapat menyiapkan kerja penting sebelum kembali bekerja pada 2hb januari 2019. Disebabkan beliau sangat memerlukan laptop itu , beliau terus melayari laman facebook sehingga menjumpai OK Computer Solution Kuala Lumpur untuk membantu menyelesaikan masalah Laptop Acer Aspire 4738G tersebut.
Setelah mendengar cerita dan luahan mengenai masalah laptop beliau, technician kami terus membuat diagnos sehingga mendapati bahawa punca laptop ini sering hang/slow dan autoshutdown sehingga tidak boleh dihidupkan lagi ialah Graphic Chipset laptop mempunyai sedikit masalah dan perlu dibaikki. Jadi sebelum menjalankan proses pembaikkan graphic chipset, kami di kedai repair laptop Cheras telah mendapatkan persetujuan pelanggan tersebut terlebih dahulu. Selepas mendapat persetujuan pelanggan technician kami meneruskan proses menyelesaikan masalah Laptop Acer Aspire 4738G sehingga selesai.
Tahukah anda ? Graphic card atau graphic chipset merupakan komponen yang sangat penting kerana ia mengeluarkan display pada komputer/laptop kita. Laptop yang sering autoshutdown merupakan salah satu punca graphic chipset rosak dan perlu ditukar dengan segera.
![]() |
Keadaan komponen dalam laptop |
![]() |
Kipas Cpu laptop |
![]() |
Motherboard laptop Acer |
![]() |
Laptop yang berjaya dihidupkan |
![]() |
Pengujian terhadap laptop Acer |
Berbalik kepada kisah menyelesaikan masalah laptop Acer Aspire 4738G , kini laptop tersebut berjaya dihidupkan seperti biasa tanpa berlaku autoshutdown dan hang/slow. Apabila masalah seperti ini sering berlaku, anda sebagai pengguna haruslah sentiasa menjaga laptop dengan baik sebagai contoh memastikan laptop servis setiap 6 bulan sekali , tidak mengecas laptop melebihi masa , tidak membiarkan laptop merata-rata dan sebagainya bagi mengelakkan ia daripada rosak. Oleh yang demikian, masalah laptop seorang isteri yang bekerjaya dapat diselesaikan oleh technician kami di kedai repair laptop Cheras. Tambahan pula, pelanggan itu sangat gembira dan senang hati kerana ia dapat menggunakan laptop pada masa yang diperlukan. Bila pelanggan senang hati , kami juga tumpang senang hati atas servis terbaik yang telah kami berikan untuk pelanggan di OK Computer Solution Kuala Lumpur!