Kedai repair laptop Cheras menyelesaikan masalah keyboard HP 15-AB031AX
Ketika itu, kami di kedai repair laptop Cheras bertanya pada beliau masalah apa yang dihadapi oleh laptopnya . Beliau mengatakan bahawa satu button keyboard laptopnya tidak boleh digunakan. Beliau juga berkata button itu sangat penting untuk beliau menyiapkan tugasan yang perlu dihantar kepada pensyarah dengan secepat mungkin. Dengan perasaan yang sedih , beliau terus datang ke OKCS Kuala Lumpur untuk meminta bantuan menyelesaikan masalah keyboard HP 15-AB031AX tersebut.
Selepas mendengar luahan beliau, technician kami di kedai repair laptop Cheras terus membuat sedikit diagnos dan didapati bahawa satu button keyboard laptopnya iaitu ` ~ sudah rosak. Oleh itu, technician mencuba untuk membuat sedikit pengujian software terhadap keyboard tersebut akan tetapi masih tidak berfungsi . Sebagai jalan penyelesaiannya, technician kami terus menyelesaikan masalah keyboard HP 15-AB031AX dengan menukarkan keyboard yang lama kepada keyboard yang baru kerana ia berkaitan dengan hardware keyboard. Tahukah anda? Keyboard hanya mempunyai satu sahaja cable yang menghubungkannya ke motherboard. Jadi, jika satu button tidak boleh digunakan maka keyboard perlu ditukar. Walaupun hanya satu button sahaja yang tidak berfungsi ia sangat penting untuk menyiapkan sesuatu tugasan. Jika ianya rosak, maka tugasan pun tidak dapat disiapkan.
Keadaan laptop sebelum dibaikki |
Keadaan keyboard laptop selepas ditukar |
Pengujian terhadap keyboard baru
|
Berbalik kepada kisah masalah keyboard HP 15-AB031AX itu tadi, technician kami hanya memerlukan masa 30 minit untuk menukar keyboard tersebut. Selepas itu, beliau membuat sedikit pengujian terhadap keyboard laptop yang baharu . Kini, tiada apa yang perlu dirisaukan lagi. Pelanggan itu turut gembira dan berpuas hati kerana button yang sangat penting baginya sudah boleh digunakan seperti biasa. Justeru itu, tugasan yang perlu dihantar dengan segera pun dapat disiapkan dengan cepat dan pantas. Apabila pelanggan kami di kedai OKCS Kuala Lumpur berpuas hati dan gembira , kami juga turut gembira. Apa yang terbaik untuk pelanggan , kami di kedai repair laptop Cheras berikan dengan sepenuh hati 🙂
Customer sedang menguji laptop kepunyaannya |
Customer yang sangat berpuas hati |