Skip to main content
Uncategorized

Ini Sebab HP Pavilion 250 Tak Boleh On | Pakar Repair Laptop HP

By May 14, 2018No Comments

Oleh Zaim Halib  •   May 14, 2018, 8.00 PM

Laptop HP 250 Tak Boleh On

OKCS Pakar Repair Laptop HP baru-baru ini menerima sebuah laptop HP Pavilion 250 tak boleh on. “Saya masukkan charger pada charging port kemudian terhasil bau hangit yang amat kuat diiringi asap putih seperti ada benda yang terbakar. Takut sesuatu yang lebih teruk berlaku, saya segera cabut charger dari laptop”, kata owner laptop ini kepada customer service kami. Sebaik kejadian berlaku, beliau terus membawa laptop tersebut ke kedai yang boleh repair laptop HP TPN C125 beliau.

Laptop HP Pavilion 250 juga dikenali sebagai HP TPN C125

HP Pavilion 250 tak boleh on miliknya diuji oleh technician kami dengan segera untuk masalah dikenalpasti secara mendalam. Sesudah sahaja proses pengujian dibuat, owner dimaklumkan bahawa laptop HP TPN C125 miliknya mengalami kerosakan pada charging port (DC Jack). Hal ini mungkin kerana LED pada DC Jack terbabit telahpun terbakar dan mengakibatkan litar pintas berlaku sehingga menghasilkan asap dan juga bau hangit yang kuat.

Charging port (DC Jack) HP Pavilion 250 yang telah rosak

Bagi menyelesaikan masalah ini, technician kami di OKCS menasihati beliau agar charging port (DC Jack) laptop HP Pavilion 250 ini digantikan dengan yang baru. Penukaran DC Jack HP TPN C125 hanya mengambil masa dalam sehari sahaja termasuk proses ujilari (test run). Waranti juga turut diberikan selama 3 bulan (boleh dilanjutkan sehingga 6 bulan – 1 tahun). 

DC Jack HP TPN C125 yang telah berjaya diganti

Dengan izinnya, laptop HP Pavilion 250 tak boleh on ini berjaya dibaikpulih oleh technician OKCS. Walaupun proses penggantian charging port (DC Jack) HP TPN C125 yang dikategorikan sebagai proses rumit, ianya berjaya disiapkan dalam masa sejam sahaja. Beliau rasa sangat gembira kerana laptop kesayangannya kini boleh digunakan kembali. Kami di OKCS Pakar Repair Laptop HP juga turut gembira kerana dapat membantu beliau menyelesaikan masalah ini. Nasihat kami, pastikan laptop anda menjalani penyelenggaraan pencegahan (preventive maintenance) yang selalu disyorkan seperti servis dan sebagainya bagi memastikan laptop anda kekal dalam keadaan yang sepenuhnya berfungsi.

Laptop HP yang telah berjaya dibaiki
HP Pavilion 250 yang mengalami masalah tak boleh on kini boleh berfungsi seperti sediakala.


Mahukan laptop anda kembali laju secara free? Klik sini

Leave a Reply

X