Skip to main content
search
0
kedai repair laptoplaptop lenovolaptop motherboard repairlenovolenovo y400

Ini Sebab Lenovo Y400 Tak Boleh On | Pakar Repair Laptop PJ

By May 10, 2018No Comments

Oleh Zaim Halib  •   May 10, 2018, 4:13 PM

Baru-baru ini kami di OKCS Pakar Repair Laptop PJ menerima sebuah laptop Lenovo Y400 tak boleh on. Kata owner laptop Lenovo Y400 ini, laptop beliau tak boleh on setelah berkali-kali cuba dihidupkan. Sehari sebelum kejadian berlaku, laptop beliau masih boleh digunakan dengan baik tanpa sebarang masalah untuk melayari internet. 
Laptop Lenovo Y400 Tak Boleh On
Technician kami terus melakukan diagnose menggunakan machine terhadap laptop Lenovo Y400 tak boleh on ini. Setelah proses diagnose selesai, technician kami memaklumkan bahawa terdapat minor short pada motherboard laptop yang diterima. Tindakan owner yang segera datang kekedai kami untuk melakukan diagnose percuma sangatlah bijak kerana dapat mengelakkan dari berlakunya major short yang mana boleh membuatkan laptop beliau berada dalam keadaan yang lebih kritikal dan lebih sukar untuk dibaiki.
Lenovo Y400 Pandangan Sisi Kanan 

Lenovo Y400 Pandangan Sisi Kiri

Lenovo Y400 Pandangan Penuh Permukaan Keyboard dan Trackpad

Owner dinasihati oleh customer service
OKCS agar memilih pilihan untuk kami repair motherboard laptop
Lenovo Y400 tak boleh on beliau agar dapat menjimatkan wang ringgit yang perlu dibelanjakan dengan kualiti yang terjamin beserta 3 bulan waranti yang boleh dilanjutkan sehingga 1 tahun waranti . Owner juga turut diberi pilihan untuk menukar motherboard baru dengan harga yang kita semua pasti akan kata ianya tidak masuk akal kerana mahal dan sangat berbeza dengan harga repair. Tempoh repair motherboard laptop Lenovo Y400 sahaja hanya mengambil masa 3-4 hari manakala 3-4 minggu diperlukan untuk menukar motherboard yang baru. Pilihan ditangan anda. Macam Pilihanraya lah pula.
Proses Repair Motherboard Laptop
Alhamdulillah, dalam masa 3 hari technician kami berjaya menyelesaikan masalah laptop Lenovo Y400 tak boleh on ini selepas owner memilih khidmat repair motherboard yang kami tawarkan. “Selepas ini, bolehlah saya main internet semula”, katanya. “Thank you guys for your service”, tambahnya lagi. Sebelum beredar dengan hati yang gembira, kami juga sempat menasihati beliau untuk menjaga laptop tersebut sebaik yang mungkin. “Charger yang dah nak rosak tukar baru, jangan lenjan ya bang”, nasihat technician kami di OKCS Pakar Repair Laptop PJ. Tidak tahu dimana anda hendak beli charger laptop yang baru? Klik sini.
Laptop Lenovo Y400 Tak Boleh On Yang Telah Berjaya Dibaiki




Leave a Reply