Kedai repair laptop Desa Pandan menyelesaikan masalah skrin laptop Asus N56VZ yang rosak / crack / pecah / retak
Baru-baru ini kami di kedai repair laptop Desa Pandan menerima sebuah laptop model Asus N56VZ yang mana skrinnya rosak. Skrin yang dikatakan rosak ni bukanlah seperti mana yang selalu kami terima iaitu crack. Sebaliknya yang kami terima ni skrinnya jadi glitch. Pernah tak anda tengok macam mana siaran TV yang tak jumpa atau sudah tamat siaran? Ya begitulah yang dimaksudkan dengan glitch.
Contoh skrin glitch |
Apa yang diberitahu oleh tuan punya laptop ni, katanya beliau terjatuh sekali dengan laptop. Itulah puncanya kenapa skrin laptop Asus N56VZ ni jadi macam tu. Jatuh sebab apa dan di mana beliau terjatuh tidak dinyatakan dengan terperinci. Jadi kami di kedai repair laptop Desa Pandan amatlah faham situasi sedemikian rupa tanpa perlu kami soal lebih (hehe..gurau je). Lepas skrin dah jadi macam tu, lama juga lah beliau biarkan laptop tu tanpa digunakan. Sehinggalah baru-baru ini beliau nak gunakan semula dengan urgent.
Proses diagnos |
Macam biasalah, technician pakar kami di kedai repair laptop Desa Pandan pun buat diagnos apa jenis skrin yang digunakan. Rupa-rupanya skrin laptop Asus N56VZ ni menggunakan skrin berjenis Full HD. Bukan calang-calang ni, sebab kos skrinnya sangat lah mahal, dan untuk pengetahuan anda juga yang sedang membaca ni, bukan setakat skrin sahaja yang rosak, malahan cable LED skrin juga turut rosak.
Proses cek cable LED skrin |
Proses memasang cable LED skrin |
Proses memasang skrin |
Setelah habis diagnos, tuan punya laptop bersetuju untuk gantikan skrin laptop Asus N56VZ beliau beserta dengan cable LED skrin. Almaklumlah laptop memang nak digunakan cepat dan yang paling penting adalah kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami di kedai repair laptop Desa Pandan!
Laptop sudah siap |
Pelanggan yang berpuas hati |