OKCS Petaling Jaya menerima seorang pelanggan dimana Apple iMac miliknya mati sendiri (Autoshutdown) selepas dihidupkan selama beberapa jam. Beliau berasa hampa kerana iMac tersebut baru sahaja dibeli dari seorang penjual dari laman web barangan terpakai. Masalah berlaku setelah seminggu beliau menggunakan iMac tersebut. Anda bayangkan, baru sahaja pakai seminggu dah rosak, siapa yang tak hampa?
Beliau meminta kami melakukan diagnose pada iMac tersebut terlebih dahulu. Jangan risau, diagnose/pemeriksaan oleh pakar iMac kami adalah percuma/tidak perlu dibayar bagi iMac normal yang tidak menggunakan adhesive strips. Ada sesetengah pusat servis dan baiki memerlukan sejumlah wang bagi memeriksa komputer anda tapi bukan dimana-mana cawangan OK Computer Solution ya. Setelah iMac beliau diperiksa, pakar kami menasihati beliau agar melakukan servis sahaja. Punca kerosakan adalah kerana Apple iMac beliau terlampau panas. Kami sering menasihati pelanggan kami agar melakukan servis sekurang-kurangnya 6 bulan sekali agar masalah seperti mati sendiri (autoshutdown) dapat dielakkan.
Habuk yang berkumpul didalam iMac |
Setelah ditanyakan kepada beliau, beliau bersetuju agar Apple iMac beliau diservis. iMac akan dibuka secara cermat dan segala habuk akan dibuang. Selepas itu, thermal paste akan diganti bagi memastikan haba dalam iMac stabil bagi mengelakkan masalah mati sendiri (autoshutdown) berlaku. Tempoh untuk servis dilakukan mengambil masa 1-2 hari bergantung kepada queue masalah pelanggan yang kami perlu selesaikan terlebih dahulu.
Akhirnya, Apple iMac beliau tiada masalah mati sendiri (autoshutdown) lagi. Beliau berasa sangat gembira kerana beliau boleh menggunakan iMac tersebut kembali. Beliau juga sangat berpuas hati dengan perkhidmatan kami. Kini beliau sedar, membeli barangan terpakai memerlukan kita melihat barangan tersebut dari bermacam aspek berbanding membeli barangan baru. Barangan baru jika rosak sekalipun, kebanyakannya pasti dilindungi dengan waranti. Dan jika kerosakan itu datang dari pengilang, anda boleh menuntut waranti bergantung kepada polisi/perjanjian yang dimeterai.
Nota: Jika anda sudah membeli barangan komputer yang terpakai, pastikan anda lakukan pemeriksaan pada komputer tersebut atau lakukan penyelenggaraan pencegahan (preventive maintenance) bagi memastikan komputer itu dapat berfungsi dengan baik. Pengguna asal mungkin menjual barangan terlalu lama dan tidak pernah diservis.
Kami juga menyediakan khidmat:
- Repair Motherboard iMac
- Replace GPU iMac
- Tukar skrin iMac
- Tukar Power Supply Laptop
- Tukar Hard Disk iMac
- Upgrade RAM, SSD iMac
Dan banyak lagi yang boleh kami lakukan untuk anda.
Review pelanggan di Facebook yang pernah Repair Laptop dengan OKCS
Ada masalah Apple iMac Mati Sendiri (Autoshutdown)?
Tak Tahu Dimana Kedai Nak Repair iMac di Sungai Buloh?
Bagi yang berdekatan anda boleh datang terus ke OKCS HQ Damansara Perdana, Petaling Jaya.
Lokasi OKCS Damansara Perdana, Petaling Jaya:
- 2 minit dari Empire Damansara, Petaling Jaya
- 3 minit dari IKEA Mutiara Damansara, Petaling jaya
- 10 minit dari Sungai Penchala, Petaling Jaya
- 15 minit dari Taman Tun Dr Ismail TTDI Kuala Lumpur
- 16 minit dari Brickfields, Kuala Lumpur
- 17 minit dari Kepong, Kuala Lumpur
- 20 minit dari Sungai Buloh
- 30 minit dari Subang
Hubungi kami melalui:
- WhatsApp Messenger = Customer Service OKCS
- Hotline = 0377316761
Anda berada diluar kawasan OKCS Petaling Jaya?
Ini adalah link senarai cawangan OKCS yang lain.
Penulis,