Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the breadcrumb-navxt domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/okcomput/public_html/wp-includes/functions.php on line 6114
[SOLVED] MACBOOK PRO RETINA TUKAR BATERI | REPAIR MACBOOK SETAPAK – OKCS Skip to main content
Uncategorized

[SOLVED] MACBOOK PRO RETINA TUKAR BATERI | REPAIR MACBOOK SETAPAK

By March 12, 2018No Comments
[SOLVED] MACBOOK PRO RETINA TUKAR BATERI | REPAIR MACBOOK SETAPAK

Seorang pelanggan yang merupakan interior designer di sebuah syarikat pengiklanan telah datang ke kedai repair MacBook Setapak dengan membawa sebuah MacBook Pro Retina.

Beliau memberitahu bahawa, semasa beliau sedang membuat pembentangan kertas kerja beliau kepada pelanggan, tiba-tiba MacBook Pro Retina beliau terpadam. Beliau cuba tekan power on kembali tetapi tak boleh. Beliau sangat malu kepada pelanggan beliau dan risau jika pelanggan tersebut menolak kertas kerja beliau. Tetapi beliau bernasib baik sebab pelanggan tersebut memahami situasi tersebut dan memberi peluang kepada beliau untuk set tarikh baru pembentangan kertas kerja tersebut. 

[SOLVED] MACBOOK PRO RETINA TUKAR BATERI | REPAIR MACBOOK SETAPAK
MacBook Pro Retina
Pihak technician terus melakukan pemeriksaan ke atas MacBook Pro Retina tersebut. Pada kebiasaannya, MacBook Pro Retina tiba-tiba terpadam boleh disebabkan cycle count bateri sudah mencapai tahap maximum. Anda masih boleh menggunakan bateri tersebut tetapi jangka hayatnya tidak lama. 
Oleh itu, kami di kedai repair MacBook Setapak menyarankan agar pelanggan kami tukar bateri apabila cycle count MacBook mereka sudah sampai tahap maximum penggunaan agar ia tidak menggangu kerja-kerja harian seperti yang berlaku kepada pelanggan kami ini.
[SOLVED] MACBOOK PRO RETINA TUKAR BATERI | REPAIR MACBOOK SETAPAK
Proses diagnose sama ada bateri ok atau pun tidak
Memang benar sangkaan kami, cycle count MacBook Pro Retina beliau sudah sampai tahap maximum penggunaan.
Boleh lihat artikel bagaimana check cycle count MacBook anda. Klik Check cycle count.
Beliau pun bersetuju untuk menukar bateri MacBook Pro Retina tersebut agar beliau tidak berhadapan semula tragedi malu apabila tiba-tiba MacBook Pro Retina beliau terpadam semasa sesi pembentangan kertas kerja. Silap hari bulan projek terlepas, gigit jari.
[SOLVED] MACBOOK PRO RETINA TUKAR BATERI | REPAIR MACBOOK SETAPAK
Bateri MacBook Pro Retina
[SOLVED] MACBOOK PRO RETINA TUKAR BATERI | REPAIR MACBOOK SETAPAK
Proses tukar bateri MacBook Pro retina
[SOLVED] MACBOOK PRO RETINA TUKAR BATERI | REPAIR MACBOOK SETAPAK
Proses tukar bateri MacBook Pro retina
[SOLVED] MACBOOK PRO RETINA TUKAR BATERI | REPAIR MACBOOK SETAPAK
Selesai tukar bateri MacBook Pro Retina
Alhamdulillah, selesai tukar bateri MacBook Pro Retina ini. 
[SOLVED] MACBOOK PRO RETINA TUKAR BATERI | REPAIR MACBOOK SETAPAK
MacBook Pro retina yang dah tukar bateri
Selepas membuat test run terhadap MacBook Pro Retina ni, beliau sangat berpuas hati. Beliau sangat berterima kasih kepada team OKCS kerana telah membantu beliau menyelesaikan masalah ini. Bagi beliau kami telah menyelamatkan kerja beliau.
Kami mendoakan agar beliau dapat membuat pembentangan kali kedua dengan cemerlang di hadapan pelanggan beliau. Kami di OKCS sentiasa menadah tangan untuk menerima segala kekusutan yang anda hadapi berkaitan MacBook Pro Retina ini. 
===> Anda ada masalah Bateri MacBook?
===> Anda ada masalah bateri kembung?
===> Anda tak tahu di mana kedai repair MacBook Setapak?


Tiada masa? 
Nak kami pick up?
Boleh je…

Hubungi kami untuk kami bantu anda menyelesaikan kekusutan anda bagaimana nak tukar bateri MacBook Pro Retina.

OK Computer Solution Setapak


+6013-332 3995 – N –


Penulis,
Mohd Syafry

Leave a Reply

X