Skip to main content
repair laptop pandan perdanatips penjagaan skrin laptop

Tips Penjagaan Skrin Laptop | Repair Laptop Pandan Perdana

By March 6, 2018No Comments

Kedai repair laptop Pandan Perdana berkongsi dengan anda tips penjagaan skrin laptop

Artikel ini membincangkan tentang tips penjagaan skrin laptop.
Hari ini kami di kedai repair laptop Pandan Perdana ingin berkongsi dengan anda tips penjagaan skrin laptop yang ramai tak tahu. 

1) Elakkan benda tajam

Jangan sesekali letakkan benda tajam berdekatan dengan skrin laptop. Ini kerana skrin laptop sangat sensitif. Antara yang paling biasa kami di kedai repair laptop Pandan Perdana terima kes skrin laptop rosak adalah disebabkan oleh benda tajam seperti pen. Jika pen sendiri boleh sebabkan skrin laptop crack/pecah/retak/rosak, apatah lagi kalau benda tajam yang lain yang lebih tajam daripada pen ni.
Tips Penjagaan Skrin Laptop | Repair Laptop Pandan Perdana 1
Elakkan benda tajam


2) Berat bebanan atas laptop

Tips penjagaan skrin laptop kedua adalah, jangan letakkan barang yang berat di atas laptop semasa laptop sedang dalam posisi lipat dan tertutup. Lapisan antara casing sebelah belakang skrin laptop adalah sangat nipis dan boleh menyebabkan skrin laptop anda crack/pecah/retak/rosak bila meletakkan barang yang berat di atasnya. Jadi, hati-hati ya.
Tips Penjagaan Skrin Laptop | Repair Laptop Pandan Perdana 2
Berat bebanan atas laptop

3) Gunakan ‘Screen Saver’

Selain menjaga skrin laptop daripada luaran seperti elakkan crack/pecah/retak/rosak, anda juga dinasihatkan untuk jaga skrin laptop anda daripada dalaman. Ini kerana skrin laptop mempunyai jangka hayat sama seperti bateri laptop. Bagaimana yang dikatakan dengan penjagaan dalaman? Anda sebenarnya boleh menggunakan screen saver. Screen saver berfungsi untuk rehatkan paparan skrin bila tak digunakan. 
Tips Penjagaan Skrin Laptop | Repair Laptop Pandan Perdana 3
Contoh screen saver

4) Jauhkan daripada tempat tidur

Tips penjagaan skrin laptop yang keempat adalah, jangan sesekali letakkan laptop di atas katil atau kawasan berdekatan dengan tempat tidur. Almaklumlah, bila nak tidur ni, macam-macam boleh jadi. Bila-bila masa sahaja laptop boleh jatuh ke bawah katil tanpa kita sedar ataupun secara tak sengaja anda jatuhkan sendiri bila anda bangun tidur. Tak kira bagus macam mana sekalipun anda menjaga laptop, kemalangan/malang tetap tak berbau. Kami di kedai repair laptop Pandan Perdana sering mengingatkan perkara ini kepada semua pelanggan yang datang.
Tips Penjagaan Skrin Laptop | Repair Laptop Pandan Perdana 4
Jauhkan laptop dari tempat tidur

5) Elakkan cecair tertumpah

Tips penjagaan skrin laptop yang terakhir kami nak kongsikan adalah jangan sesekali tumpahkan air atau apa-apa cecair disekitar skrin laptop anda. Untuk pengetahuan anda, disekitar kawasan skrin terdapat lubang-lubang kecil yang boleh dimasuki air dan seterusnya boleh merosakan pixel skrin laptop. Kami di kedai repair laptop Pandan Perdana sangat menitik beratkan hal ini kepada semua pelanggan yang datang ke kedai. 
Tips Penjagaan Skrin Laptop | Repair Laptop Pandan Perdana 5
Contoh air tertumpah

–>> Skrin laptop anda ROSAK?

–>> Nak kami diagnos PERCUMA?

–>> Tercari-cari kedai REPAIR LAPTOP PANDAN PERDANA?

Anda boleh hubungi OKCS Kuala Lumpur:-

03-9202 2947 / 017-641 7084 (Whatsapp pun boleh)

Lokasi OKCS Kuala Lumpur:-

OKCS KL

Leave a Reply

X