Skip to main content
Uncategorized

Dell Inspiron 14 5000 Series Skrin Rosak | Repair Laptop PJ

By February 23, 2018No Comments

OKCS: Kedai Repair Laptop PJ Selesaikan Masalah Skrin Dell Inspiron 14 5000 Series Rosak


Kerosakan yang berlaku pada laptop ada peringkat-peringkatnya. Ada laptop yang wifi tak boleh connect, laptop slow dan sebagainya. Tapi bila kerosakan yang dialami pada laptop membabitkan skrin, ianya sangat cukup untuk membuatkan anda stress dan meroyan tak tentu hala lebih-lebih lagi bila banyak kerja yang sangat penting perlu disiapkan segera.




Sesiapa sahaja akan stress bila skrin laptop rosak. Hari ini, ada seorang pemilik laptop Dell meminta bantuan dengan kami untuk selesaikan masalah laptop Dell Inspiron 15 5000 Series Skrin rosak yang dialaminya. Susah nak buat kerja bila skrin laptop rosak macam ni, banyak juga benda tak dapat nak lihat pada skrin seperti gambar, video, huruf-huruf dan sebagainya, katanya. 

Laptop Dell Inspiron 5000 Series dari pandangan pelbagai sudut


Kami terus ambil laptop Dell Inspiron 14 5000 Series skrin rosak ini untuk technician diagnose. Bila technician kami diagnose skrin ini, terdapat satu jalur hitam, garisan hitam atau boleh juga dipanggil sebagai line hitam pada tengah-tengah skrin. Checking dan diagnose dilakukan secara lebih terperinci dengan cara laptop disambungkan pada monitor. 

Garisan hitam pada skrin laptop Dell

Penyebab garisan hitam yang terdapat pada skrin laptop ini memang sah kerana skrin sudah rosak. Garisan hitam yang terhasil pada skrin laptop ini dah cukup untuk membuatkan owner susah hendak buat kerja. Anda juga pasti tidak senang hati dan serabut jika ada garisan hitam pada skrin laptop seperti ini.

Proses untuk buka skrin dari laptop Dell


Owner laptop Dell Inspiron 14 5000 Series skrin rosak ini terus meminta technician kami tukar skrin laptopnya dengan segera. Beliau memerlukan laptop ini segera kerana banyak kerja yang sedang tertangguh. Nasib baik tempoh pemasangan atau penggantian (replacement) skrin hanya mengambil masa sekitar 15 minit sahaja. Screen replacement boleh dilakukan secara face to face di kedai kami.

Proses pasang skrin baru laptop Dell


Gembira tak terkata owner kerana selepas ini dapatlah beliau melihat skrin laptop dengan lebih jelas. Tiada lagi kesukaran untuk melakukan kerja-kerjanya dengan menggunakan laptop ini. Laptop Dell Inspiron 14 5000 Series screen rosak miliknya kini telah bertukar kepada skrin baru dengan paparan yang lebih jelas tanpa garisan hitam lagi.

Skrin laptop Dell yang berjaya ditukar baru


Kami juga menasihati beliau agar tidak meletakkan sebarang benda samada kecil mahupun besar pada keyboard laptop. Skrin boleh crack, pecah atau rosak jika ada tekanan padanya. Jika laptop diletakkan didalam beg untuk dibawa kemana-mana, pastikan beg tersebut sesuai untuk membawa laptop. Kami sarankan beli dan gunakan beg yang memang khas direka untuk membawa laptop. Beg yang nipis akan menyebabkan risiko untuk laptop anda menerima kesan buruk dari hentakan semakin tinggi.


Kami juga menyediakan khidmat:

  • Repair Motherboard Laptop
  • Jual charger Laptop
  • Ganti keyboard Laptop
  • Servis Laptop
  • Tukar bateri Laptop
Dan banyak lagi yang boleh kami lakukan untuk anda.

Review pelanggan di Facebook yang pernah Repair Laptop dengan OKCS


Ada Dell Inspiron 14 5000 Series Skrin Rosak?

Tak Tahu Dimana Kedai Repair Laptop Petaling Jaya ?

Bagi yang berdekatan Petaling Jaya anda boleh datang terus ke OKCS HQ Damansara Perdana, Petaling Jaya.

Lokasi OKCS Damansara Perdana, Petaling Jaya:

  • 2 minit dari Empire Damansara, Petaling Jaya
  • 3 minit dari IKEA Mutiara Damansara, Petaling jaya
  • 10 minit dari Sungai Penchala, Petaling Jaya
  • 15 minit dari Taman Tun Dr Ismail TTDI Kuala Lumpur 
  • 16 minit dari Brickfields, Kuala Lumpur
  • 17 minit dari Kepong, Kuala Lumpur
  • 20 minit dari Sungai Buloh
  • 30 minit dari Subang

Hubungi kami melalui:

  • Hotline = 0377316761

Anda berada diluar kawasan OKCS Petaling Jaya? 
Ini adalah link senarai cawangan OKCS yang lain.



Penulis,

Leave a Reply

X