Kedai repair laptop Kampung Pandan menyelesaikan servis fan laptop Acer Aspire V5
Artikel ini membincangkan tentang servis fan laptop Acer Aspire V5.
Ramai yang tak tahu, laptop juga perlu sentiasa diservis sama seperti kereta. Semakin kerap menggunakan laptop, semakin kerap juga laptop tersebut diservis. Ini kerana haba panas dalam laptop akan menyebabkan banyak habuk terkumpul. Makin kerap kita menggunakan laptop, lagi kerap juga haba panas akan terhasil. Sama seperti kes laptop yang baru-baru ni kami di kedai repair laptop Kampung Pandan terima.
Proses buka casing bawah |
Laptop sudah dibuka casing |
Cabut cable bateri sebelum memulakan proses selanjutnya |
Asalnya tuan punya laptop ni datang nak cek kenapa laptop tak masuk charge je. Lepas technician kami di kedai repair laptop Kampung Pandan diagnos, didapati hanya adapter charger sahaja yang rosak. Kemudian, technician kami juga kesan yang laptop tersebut sangat panas. Setelah ditanya kepada tuan punya laptop, didapati yang beliau selalu menggunakan laptop untuk bermain game. Jadi technician kami nasihatkan untuk servis, sebab kalau dibiarkan boleh merosakkan motherboard. Kalau motherboard dah rosak, bukan setakat nak buat kerja, nak main game pun tak dapat.
Proses menanggalkan kipas |
Kipas banyak habuk |
Oh ya, laptop yang dimaksudkan adalah model Acer Aspire V5. Setelah mendapat persetujuan, technician kami di kedai repair laptop Kampung Pandan pun terus servis fan laptop Acer Aspire V5 ni. Antara proses servis yang kami akan buat adalah seperti mencuci casing, motherboard, fan laptop, heat sink serta menggantikan thermal paste dan thermal pad yang sudah kering. Kebiasaannya kami mengambil masa antara sejam hingga dua jam bergantung pada jenis laptop. Untuk servis fan laptop Acer Aspire V5 ni, kami hanya ambil masa 40 minit sahaja.
Proses membuang habuk |
Proses letak thermal paste |
Lepas dah siap servis fan laptop Acer ni, technician kami akan buat testing agar aliran udara yang disalurkan melalui kipas dapat berfungsi dengan baik dan seterusnya dapat beroperasi dengan lancar selepas itu. Akhirnya customer happy, kami di kedai repair laptop Kampung Pandan pun happy!
–>> Anda pun ada masalah LAPTOP PANAS?
–>> Nak servis macam SERVIS FAN LAPTOP ACER?
–>> Nak kami diagnos PERCUMA?
–>> Tercari-cari kedai REPAIR LAPTOP KAMPUNG PANDAN?
Anda boleh hubungi OKCS Kuala Lumpur:-
03-9202 2947 / 017-641 7084 (Whatsapp pun boleh)
Lokasi OKCS Kuala Lumpur:-