OKCS: Kedai Repair Laptop Kepong Upgrade Laptop ASUS X550D
Ramai yang mengadu mengalami masalah laptop slow walaupun ianya model baru dan mempunyai spesifikasi yang sesuai. Hari ini, ada pelanggan di OKCS minta technician kami upgrade laptop ASUS X550D miliknya. Katanya laptop beliau dah slow dan tak sedap untuk digunakan bagi tujuan membuat kerja. Nak boot masuk ke Windows sahaja dah mengambil masa lebih dari seminit. Pemindahan dokumen juga lambat untuk selesai.
Technician kami mencadangkan kepada beliau agar kami check terlebih dahulu apa masalah yang dihadapi sebelum kami upgrade laptop ASUS X550D miliknya. Seperti dijangka, penyebab yang membuatkan laptop ASUS X550D beliau slow adalah Hard Disk Drive yang digunakan hampir rosak. Sebagai langkah selamat, kami memindahkan segala datanya keluar terlebih dahulu sebelum proses upgrade bermula.
Problem laptop slow selalunya merupakan tanda bagi Hard Disk Drive laptop yang hampir rosak. Kami nasihatkan agar anda sentiasa mempunyai backup bagi segala data penting. Ingat, sediakan payung sebelum hujan. Malang tidak berbau. Bila-bila masa sahaja data penting anda boleh hilang begitu sahaja bila Hard Disk Drive rosak. Anda tentu tidak mahu untuk keluarkan kos yang banyak bagi tujuan recover data yang hilang dari Hard Disk Drive tersebut.
Jangkahayat bagi sesebuah hard disk drive boleh digunakan adalah sekitar 3 tahun. Jika anda perasan, selalunya kedai repair laptop hanya memberikan jaminan waranti selama 3 bulan sahaja bagi Hard Disk Drive yang dibeli kerana tidak mahu menanggung kerugian atau risiko. Manakala teknologi Solid State Drive pula diberikan jaminan waranti sekitar 3-5 tahun. Dan ada juga yang memberikan jaminan waranti selama 10 tahun. Ini telah membuktikan bahawa kadar kegagalan hard disk drive berada pada tahap yang tinggi.
Kiri adalah HDD manakala kanan adalah SSD
Solid State Drive merupakan teknologi storage yang tidak menggunakan sebarang pergerakan mekanikal didalamnya. Teknologi ini boleh dikatakan sepenuhnya menggunakan litar elektronik seperti pendrive/flash memory begitu. Manakala didalam hard disk drive pula terdapat satu cakera/piring seakan-akan CD/DVD untuk menyimpan data.
Perbezaan SSD vs HDD
Cuba anda bandingkan CD dengan pendrive, mana lagi tahan? Banyak lagi kelebihan yang terdapat pada SSD yang mungkin anda tidak tahu mengenainya. Namun tidak dinafikan, Hard Disk Drive juga mempunyai kelebihan tersendiri seperti harganya. Kini, anda boleh dapatkan HDD 1TB dengan harga yang begitu murah.
Selepas befikir sebaik-baiknya, owner yang nak upgrade laptop ASUS X550D tersebut terus nak pasang SSD. Pemasangan Solid State Drive hanya mengambil masa beberapa minit sahaja. Harga bagi Solid State Drive bergantung kepada kapasiti yang diinginkan.
Gembira betul owner sebab dah berjaya upgrade laptop ASUS X550D ini. Performance dan speed laptop ASUS ini terus berubah dari slow, lambat pindah dokumen, boot masuk ke Windows lambat kepada lebih laju, cepat untuk transfer data dan memang laju untuk boot ke Windows. Yang penting baginya, laptop ini dapat digunakan kembali untuk melakukan kerja-kerja beliau dengan lebih mudah selepas ini.
Kami juga menyediakan khidmat:
- Tukar skrin laptop ASUS X550D
- Jual charger laptop ASUS X550D
- Ganti keyboard laptop ASUS X550D
- Upgrade RAM laptop ASUS X550D
- Tukar bateri laptop ASUS X550D
Dan banyak lagi yang boleh kami lakukan untuk anda.
Review pelanggan di Facebook yang pernah Repair Laptop dengan OKCS
Ada Laptop ASUS X550D Problem Slow?
Tak Tahu Dimana Kedai Repair Laptop Kepong?
Bagi yang berdekatan Petaling Jaya anda boleh datang terus ke OKCS HQ Damansara Perdana, Petaling Jaya.
Lokasi OKCS Damansara Perdana, Petaling Jaya:
- 2 minit dari Empire Damansara, Petaling Jaya
- 3 minit dari IKEA Mutiara Damansara, Petaling jaya
- 10 minit dari Sungai Penchala, Petaling Jaya
- 15 minit dari Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur
- 16 minit dari Brickfields, Kuala Lumpur
- 17 minit dari Kepong, Kuala Lumpur
- 20 minit dari Sungai Buloh
- 30 minit dari Subang
Hubungi kami melalui:
- WhatsApp Messenger = Customer Service OKCS
- Hotline = 0377316761
Anda berada diluar kawasan OKCS Petaling Jaya?
Ini adalah link senarai cawangan OKCS yang lain.
Penulis,