Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the breadcrumb-navxt domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/okcomput/public_html/wp-includes/functions.php on line 6114
Kenapa Mac Anda Perlu Upgrade SSD | Repair Mac Pandan Indah – OKCS Skip to main content
Uncategorized

Kenapa Mac Anda Perlu Upgrade SSD | Repair Mac Pandan Indah

By February 10, 2018No Comments

Kedai repair Mac Pandan Indah ingin berkongsi kenapa Mac anda perlu upgrade SSD

Artikel ini membincangkan tentang kenapa Mac anda perlu upgrade SSD.
Ramai yang tak tahu banyak kelebihannya upgrade SSD daripada HDD. Untuk anda yang tak tahu apa itu SSD, kami di kedai repair Mac Pandan Indah ada merungkai kisah pasal apa itu SSD dekat link ni https://goo.gl/SMVeey

Tanpa berlengah lagi, ayuh, kami di kedai repair Mac Pandan Indah nak terangkan kenapa Mac anda perlu upgrade SSD:-


1) Segalanya Jadi Laju

SSD lebih laju

Ya betul tu, segalanya menjadi laju seperti Superman! Bayangkan, setiap kali anda klik/nak buka apa-apa apps (lagi-lagi yang berat), serta-merta dia akan load apps/program tersebut. Tak payah dah nak tunggu dan ada ikon bulat terpusing-pusing (loading). Bagaimana perkara ni terjadi? Sebabnya SSD tak menggunakan medan magnet pada piring (platter) yang berpusing seperti yang digunakan HDD. 

2) Read/Write Sangat Laju

Sebab kedua kenapa Mac anda perlu upgrade SSD adalah kerana kelajuannya dalam proses transfer data. Untuk pengetahuan anda, kelajuan read/write pada SSD boleh mencecah sehingga 500mb/s berbanding HDD yang mana kelajuannya rata-rata hanya 120mb/s. Jadi tak disangkal lagi, jika anda menggunakan SSD, anda boleh menjimatkan banyak masa. Kami di kedai repair Mac Pandan Indah juga menggunakan SSD untuk memindahkan data jika mendapat permintaan daripada customer untuk backup.
Proses transfer data

3) Jimat Bateri

Oleh kerana SSD tak menggunakan banyak pergerakan seperti HDD yang mana menggunakan piring (platter), jadi MacBook anda hanya perlu menggunakan energy yang sedikit untuk operate OS. Dalam pada masa yang sama, ia juga boleh meningkatkan life-span bateri MacBook anda. 
Bateri MacBook penuh

4) Sistem Penyejukan Yang Lebih Baik

Sistem penyejukan MacBook
Sebab keempat kenapa Mac anda perlu upgrade SSD adalah sebab sistem penyejukan yang lebih baik. Memandangkan akses data SSD menggunakan flash memory dan bukannya seperti pencarian pada piring (platter) yang berpusing seperti HDD, Mac anda dapat kekalkan suhu masa penggunaan dalam OS yang lebih konsisten. Sekaligus dapat optimumkan sistem penyejukan (cooling system) dengan lebih baik.

5) Kurang Bunyi Kipas

Salah satu sebab kenapa Mac anda perlu upgrade SSD adalah kerana ia dapat mengurangkan bunyi pada kipas iMac/MacBook. Oleh sebab SSD lebih sejuk (seperti no 4), maka kipas tak perlu bekerja keras yang mana boleh kurangkan bunyi bising pada kipas semasa berpusing. Kebiasaannya kami di kedai repair Mac Pandan Indah mencadangkan pada customer untuk servis sekali iMac/MacBook untuk prestasi kipas yang lebih maksima.
Bunyi kipas MacBook 

p/s: Bukan sahaja iMac dan MacBook Pro, laptop biasa pun boleh upgrade SSD

–>> iMac/MacBook anda SLOW?

–>> Nak kami diagnos PERCUMA?

–>> Tercari-cari kedai REPAIR MAC PANDAN INDAH?

Anda boleh hubungi OKCS Kuala Lumpur:-

03-9202 2947 / 017-641 7084 (Whatsapp pun boleh)

Lokasi OKCS Kuala Lumpur:-

OKCS KL

Sumber rujukan:
https://www.jagoanhosting.com/blog/kelebihan-ssd/
http://www.crucial.com/usa/en/store-ssd-10-reasons-to-buy

Leave a Reply

X