Skip to main content
Uncategorized

[SOLVED] MACBOOK PRO ’15 A1286 BATERI KEMBUNG | KEDAI REPAIR MACBOOK

By February 9, 2018No Comments

Kedai repair Macbook menyelesaikan masalah Macbook Pro ’15 A1286 Bateri kembung.


Artikel ini membingkan tentang masalah Macbook Pro ’15 A1286 Bateri kembung. Pada dua hari yang lalu, seorang pengguna Macbook Pro ’15 A1286 telah datang ke kedai repair Macbook

Semasa beliau tiba di kedai repair Macbook, beliau terus meluahkan masalah yang sedang dihadapi oleh Macbook Pro miliknya itu. 

Beliau mengatakan bahawa trackpad Macbook Pro terangkat keluar yang menyebabkan beliau sukar menggunakan trackpad dalam keadaan yang baik dan selesa. 


Keadaan Macbook Pro trackpad terangkat


Mujur lah tiada retakan atau pecah pada trackpad tersebut dan ianya masih boleh digunakan lagi. 

Terserlah kerisauan di raut wajah pelanggan kami itu kerana Macbook itu hanyalah satu-satunya komputer yang beliau ada untuk membuat kerja-kerja fotografi. 

Masalah Apple MacBook Pro 15 A1286 bateri kembung selalu kami selesaikan di kedai repair Macbook atau lebih dikenali sebagai OK Computer Solution. 


Kebiasaannya masalah trackpad terangkat berpunca daripada bateri Macbook yang telah kembung disebabkan oleh penggunaan bateri sehingga overheating dan melebihi had cycle count. 


Jadi,tanpa membuang masa lagi technician kami di kedai repair Macbook segera membuat pemeriksaan terhadap Macbook tersebut dan didapati bahawa bateri Macbook Pro ’15 A1286 telah kembung. 




Proses diagnose Macbook Pro



Sangat bahaya jika membiarkan Macbook Pro ’15 A1286 bateri kembung berterusan tanpa apa-apa tindakan kerana ia juga boleh menyebabkan kerosakkan pada keyboard termasuklah komponen yang lain terutamanya motherboard.


Sekiranya ia dibiarkan sehingga merosakkan motherboard, akan menjadi satu masalah kepada pengguna Macbook kerana terpaksa mengeluarkan banyak wang untuk membaikki kesemua masalah tersebut.


Lalu, penukaran bateri yang lama kepada bateri yang baru dilakukan selepas mendapat persetujuan dari pelanggan kami itu. Masa yang diambil untuk penukaran bateri hanyalah kurang daripada 1 jam sahaja. 




Macbook Pro A1286 bateri kembung





Bateri Macbook Pro A1286 yang baru





Selepas selesai proses penukaran bateri Macbook, pengujian terhadap Macbook Pro A1286 itu dilakukan supaya tiada masalah lain yang berlaku akibat daripada trackpad yang terangkat.


Trackpad yang terangkat keluar dari Macbook Pro ’15 A1286 bateri kembung milik pelanggan kami di kedai repair Macbook hanya dimasukkan semula tanpa masalah.


Berbalik pada kisah menyelesaikan masalah Macbook Pro ’15 A1286 bateri kembung. Kini tiada lagi masalah yang perlu dirisaukan selepas penukaran bateri Macbook termasuklah pengujian terhadap Macbook tersebut. 


Ianya sangat bernasib baik pelanggan itu bertindak awal dan hanyalah trackpad sahaja yang terangkat kerana kebanyakkan trackpad akan pecah apabila bateri Macbook kembung.



Baca: Lajukan Macbook 1000% serta merta
Keadaan trackpad bersama bateri yang baru



Pelanggan kami itu pula sangat gembira serta berpuas hati kerana bateri sudah ditukarkan dengan yang baru dan trackpad juga sudah kembali pada sediakala. Selepas ini, dapatlah beliau menggunakan Macbook miliknya tanpa sebarang masalah atau kerisauan untuk membuat kerja-kerja fotografi.


Apabila pelanggan gembira dan puas hati, kami di kedai repair Macbook turut merasakan perkara yang sama kerana apa yang terbaik bagi kami adalah kepuasan hati pelanggan terhadap perkhidmatan yang telah kami berikan pada mereka.




MACBOOK PRO YANG TURUT MENGHADAPI MASALAH BATERI KEMBUNG


Pelanggan 1 


Bateri Macbook Kembung
Proses penukaran bateri Macbook

Keadaan selepas penukaran bateri lama kepada bateri yang baru


Pelanggan 2


Keadaan Bateri Macbook kembung


Proses penukaran bateri Macbook

Keadaan penukaran bateri Macbook yang baru



APA KATA PELANGGAN YANG PERNAH REPAIR MACBOOK DENGAN KAMI



PELANGGAN YANG TURUT BERPUAS HATI 

[SOLVED] MACBOOK NO ENTRY SIGN | KEDAI REPAIR MACBOOK 12
[SOLVED] MACBOOK NO ENTRY SIGN | KEDAI REPAIR MACBOOK 14
[SOLVED] MACBOOK NO ENTRY SIGN | KEDAI REPAIR MACBOOK 16
[SOLVED] MACBOOK NO ENTRY SIGN | KEDAI REPAIR MACBOOK 17
[SOLVED] MACBOOK NO ENTRY SIGN | KEDAI REPAIR MACBOOK 18
[SOLVED] MACBOOK NO ENTRY SIGN | KEDAI REPAIR MACBOOK 19

Leave a Reply

X