Skip to main content
Uncategorized

[SOLVED] CABLE HDD MACBOOK ROSAK | REPAIR MAC DESA PANDAN

By February 8, 2018No Comments

Kedai repair Mac Desa Pandan menyelesaikan masalah cable HDD MacBook rosak

Artikel ini membincangkan tentang masalah cable HDD MacBook rosak.
Baru-baru ini kami di kedai repair Mac Desa Pandan ada menerima MacBook model A1278. Asalnya MacBook ni mempunyai masalah keluar tanda soal dan berkelip-kelip masa nak ON. Setelah technician kami diagnos, didapati cable HDD MacBook rosak.

Kebetulan tuan punya MacBook ni nak pakai untuk buat tesis, jadi banyak sangat tesis-tesis sebelum ni dekat dalam hard disk. Beliau ingat semua tesis tersebut akan hilang. Pada mulanya, technician kami di kedai repair Mac Desa Pandan suspek memang hard disk yang rosak dan data semua memang tak dapat nak diselamatkan. Nasib baik hanya cable HDD MacBook rosak.

Proses membuka casing MacBook

Tanggalkan cable bateri sebelum memulakan kerja

Technician sedang menanggalkan cable HDD 

Technician sedang menggalkan screw pada cable HDD

Jadi, selepas proses diagnos, technician kami terus menghubungi tuan punya MacBook ni dan maklumkan yang cable HDD MacBook rosak. Bila tuan punya MacBook dapat tahu yang hard disk dan data masih selamat, lega katanya. Beliau pun memberi kata setuju untuk kami di kedai repair Mac Desa Pandan menyelesaikan masalah cable HDD MacBook rosak ni.

Techncian sedang memasang cable HDD MacBook yang baru

MacBook Pro yang sudah siap 

Setelah siap, tuan punya MacBook ni boleh sambung siapkan tesis beliau yang tertunggak tu. Faham-faham jelah tesis ni makan tahun juga nak siapkan. Kalau tiba-tiba semua data hilang atau tak dapat diselamatkan, habis lah jawabnya. Jadi untuk anda yang sedang baca artikel ni, kami nasihatkan agar backup semua data-data kerja anda sebelum kejadian yang tak disangka menimpa MacBook anda. Kesimpulannya, macam biasa, customer happy, kami di kedai repair Mac Desa Pandan pun happy!

–>> iMac/MacBook anda ada masalah?

–>> Nak kami diagnos PERCUMA?

–>> Tercari-cari kedai repair Mac Desa Pandan?

Anda boleh hubungi OKCS Kuala Lumpur:-

03-9202 2947 / 017-641 7084 (Whatsapp pun boleh)

Lokasi OKCS Kuala Lumpur:-

OKCS KL

Leave a Reply

X