Skip to main content
Uncategorized

Upgrade Apple iMac A1418 | Kedai Repair iMac Petaling Jaya

By February 6, 2018No Comments

Kedai Repair iMac Petaling Jaya OKCS Upgrade Apple iMac A1418 Yang Dah Slow

Apple iMac memang menjadi pilihan ramai untuk kerja-kerja dilakukan terutamanya kerja-kerja yang melibatkan seni seperti editing gambar dan sebagainya kerana skrinnya yang besar. Namun, performance iMac dilihat semakin susut (sesetengah iMac keluaran lama). Hari ini, ada satu pelanggan ingin upgrade Apple iMac A1418 21.5 Late 2013 miliknya kerana dah slow sehingga susah nak buat kerja. Bayangkan nak boot sahaja dah mengambil masa hampir 1 minit.
iMac A1418 dibuka oleh technician

Dah ramai yang minta kami upgrade Apple iMac A1418 mereka. Problem Apple iMac semakin slow bukanlah perkara yang luar biasa. Ianya disebabkan oleh beberapa faktor antaranya:

  • Mac OS X yang digunakan tidak sesuai. Ramai yang suka update ke versi terkini tanpa usul periksa samada Apple iMac yang digunapakai support Mac OS X ataupun tidak.
  • Install perisian yang tak berguna. Perisian seperti MacKeeper yang kononnya mencuci segala dokumen tak berguna anda sebenarnya lebih banyak mendatangkan masalah berbanding kebaikan. Kami nasihatkan anda supaya lihat segala review sebelum install Apps yang anda inginkan.
  • Storage dah penuh. Perlu diingatkan bahawa Mac OS X memerlukan sekurang-kurangnya 5GB ruang kosong pada storage. Dan lebih baik jika anda dapat biarkan ruang kosong lebih dari itu.
  • Storage yang digunakan hampir rosak. Problem slow adalah salah satu petanda awal untuk storage rosak. Mengikut kajian, teknologi Hard Disk Drive (HDD) selalunya akan rosak pada tahun ke-4 penggunaannya. Ini berbeza dengan teknologi Solid State Drive (SSD) yang mana ianya lebih tahan lama berbanding HDD. Tak pelik jika syarikat ternama seperti Sandisk meletakkan warranty selama 5 tahun pada SSD keluarannya kerana mereka tahu akan kebolehan SSD untuk bertahan lebih lama dari itu.
Didalam situasi owner yang nak upgrade Apple iMac A1418 miliknya, technician dapati iMac A1418 beliau slow sebab storage hampir rosak. iMac miliknya menggunakan teknologi HDD sebagai storage seperti jangkaan kami.

Hard Disk Drive asal iMac slim A1418
Kami nasihatkan beliau untuk upgrade Apple iMac A1418 tersebut melalui storage sahaja. Teknologi SSD akan menggantikan teknologi HDD sedia ada yang terdapat didalam iMac berkenaan. Tempoh pemasangan adalah sekejap sahaja bergantung kepada queue iMac yang perlu kami repair.

Solid State Drive baru untuk upgrade iMac A1418

Gembira betul owner yang upgrade Apple iMac A1418 tersebut. Memang terasa bezanya bila menggunakan teknologi SSD. “Tak sangka dengan tukar teknologi storage dari HDD ke SSD dah dapat kelajuan macam ini”, katanya. Sangatlah berbaloi.

Rupa Solid State Drive untuk iMac A1418


Apa kata pelanggan yang pernah repair iMac dengan OKCS?








Nak upgrade Apple iMac A1418?

Tidak Tahu Dimana Kedai Repair iMac Petaling Jaya?

Anda boleh hubungi OKCS melalui:

  • Hotline = 0377316761

Bagi yang berdekatan Petaling Jaya anda boleh datang terus ke OKCS HQ Damansara Perdana, Petaling Jaya. 

Lokasi OKCS Damansara Perdana, Petaling Jaya:

  • 2 minit dari Empire Damansara, Petaling Jaya
  • 3 minit dari IKEA Mutiara Damansara, Petaling jaya
  • 10 minit dari Sungai Penchala, Petaling Jaya
  • 17 minit dari Kepong, Kuala Lumpur
  • 20 minit dari Sungai Buloh
  • 30 minit dari Subang



Anda berada diluar kawasan OKCS Petaling Jaya? 

Ini adalah link senarai cawangan OKCS yang lain.

Penulis,
Zaim Halib

Leave a Reply

X