Kedai Repair Macbook Cheras | Upgrade SSD Macbook
Bahagian dalam SSD
Apa itu SSD? SSD adalah singkatan Solid State Drive yang mana merupakan fungsinya sama seperti HDD ataupun Hard Disk Drive iaitu peranti penyimpanan data. Habistu kalau sama fungsinya, kenapa namanya berbeza? Sebenarnya SSD menggunakan mikrocip untuk simpanan data dan kebiasaannya SSD diperbuat dari NAND-based flash memory atau non-volatile memory. Manakala HDD pula menggunakan medan magnet untuk menyimpan data pada piring (platter) yang berputar. Jom kami di kedai repair macbook Cheras nak kongsi sikit dengan anda perbezaan secara keseluruhannya:-
Bahagian dalam HDD
HDD (Hard Disk Drive) | SSD (Solid State Drive) |
---|
Kapasiti | Notebook : 500GB – 2TB Desktop : 6TB |
Notebook : Kurang dari 1TB Desktop : Max 1TB |
Kelajuan Read/Write | Dalam lingkungan dari 50 – 120MB/s | Selalunya melebihi 200 MB/s dan terdapat yang mempunyai kelajuan 500 MB/s atau lebih |
Encryption | Full Disk Encryption (FDE) pada sesetengah model | Full Disk Encryption (FDE) |
Harga | HDD bersaiz 3.5 inci lebih murah dari 2.5 inci. Contoh : RM1 = 1GB |
Lebih mahal jika dibandingkan dengan HDD. Contoh : RM10 = 1GB |
Bunyi | Kadang-kadang ianya menghasilkan bunyi putaran. | Tiada bunyi yang dihasilkan. |
Kadar Kegagalan | kadar kegagalan kira-kira 1.5 juta jam atau lebih | kadar kegagalan kira-kira 2.0 juta jam atau lebih |
Terjejas Dengan Magnet | Magnet boleh memadam data | Selamat dari sebarang magnet |
Penggunaan Kuasa | Menggunakan kuasa elektrik lebih tinggi. Jika hanya menggunakan bateri, ia akan mempercepatkan lagi pengurangan kuasa bateri. | Penggunaan kuasa elektrik yang rendah. Dapat menjimatkan penggunaan kuasa bateri sehingga lebih 30 minit. |
Permintaan Dipasaran | Mudah didapati dan terdapat pelbagai pilihan | Sukar untuk didapati. Mungkin lebih mahal dari biasa. |
Kelajuan Membuka/Membaca Fail | Perlahan daripada SSD | Sehingga 30% lebih cepat daripada HDD |
Jangka Masa Boot Windows 7 | Secara purata selama 40 saat atau lebih. | Secara purata selama 30 saat atau kurang bergantung pada prestasi komputer. |
Kadar Haba | Tidak menghasilkan haba yang tinggi. Tetapi ianya lebih tinggi berbanding SSD kerana mempunyai komponen yang berputar | Masih menghasilkan haba tetapi tidak terlalu tinggi. |
Proses upgrade SSD macbook
–>> Anda nak upgrade SSD macbook?
–>> Tak tahu nak upgrade SSD macbook kat mana?
–>> Tercari-cari kedai repair macbook Cheras?
Anda boleh hubungi OKCS Kuala Lumpur :-
03-9202 2947 / 017-641 7084 (Whatsapp pun boleh)
Lokasi OKCS Kuala Lumpur :-
OKCS KL
Sumber rujukan :-
http://piratz.my/hdd-vs-ssd/
https://de-tekno.com/2015/05/apa-itu-ssd-solid-state-drive-apa-bedanya-dengan-hardisk-hdd/