Skip to main content
Uncategorized

[SOLVED] DEKSTOP ACER CANNOT ON | REPAIR DEKSTOP SHAH ALAM

By January 23, 2018No Comments
OKCS Repair Dekstop Sekolah : Dekstop Acer Cannot ON.



Cikgu Rosni dari Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan
Jemaah (SAMTTAJ) Shah Alam, yang bertanggungjawab terhadap aset ICT sekolah
tersebut telah menghubungi pihak OKCS HQ. Beliau memberitahu bahawa terdapat
komputer dari makmal komputer sekolah mengalami masalah tak boleh ON. Apa yang
memeranjatkan kami ialah jumlah dekstop Acer cannot on yang hendak dibaiki adalah sebanyak 18
biji. Banyak tu.


Apa yang membimbangkan Cikgu Rosni ialah pelajar terpaksa
berkongsi komputer untuk belajar dan menyebabkan konsentrasi pelajar terganggu.
Kebimbangan cikgu bertambah apabila beliau tidak dapat menghantar kesemua dekstop acer cannot on ke kedai kami. Jangan risau, pihak OKCS memang membuat servis pick up
dan delivery untuk memudahkan kesemua pelanggan kami.

Tanpa berlengah, technician kami terus menuju ke lokasi untuk
pick up kesemua dekstop yang bermasalah itu. 


Technician membuat pemeriksaan
ringkas tahap kesihatan desktop cannot on
Proses melabel PC – antara prosedur
untuk membawa keluar aset sekolah.


Technician bersama Cikgu Rosni yang
sangat sporting semasa pick up komputer.



Misi seterusnya ialah mendiagnose kesemua dekstop acer cannot on yang telah
diambil. Setelah di diagnose, technician kami mendapati 16 biji komputer mengalami masalah no power, dan 2 biji komputer lagi ialah RAM rosak.

RAM yang rosak
Power supply yang rosak


Kami menghubungi Cikgu Rosni dan memberitahu beliau,  16 biji dekstop acer cannot ON disebabkan
oleh power supply dan 2 biji lagi disebabkan oleh RAM. Kami memberitahu
sekiranya power supply dan RAM tidak ditukar, potensi kerosakan berjangkit ke
bahagian lain sangat tinggi. Apatah lagi, Cikgu Rosni ada memberitahu komputer
tersebut telah digunakan lebih dari 3 tahun.

Setelah mendengar penjelasan daripada pihak OKCS, Cikgu Rosni
bersetuju untuk membaiki kesemua Komputer dengan persetujuan dari pihak atasan
sekolah demi memastikan kesemua pelajar dapat fokus semasa belajar.


Power supply dan RAM yang rosak.



 Alhamdulillah. Selesai sudah menyiapkan kesemua dekstop acer cannot on tersebut.
Cikgu Rosni merasa lega setelah kesemua komputer yang bermasalah telah selesai
dan dapat berfungsi dengan baik. Apa yang penting bagi pihak sekolah ialah,
pelajar dapat fokus di dalam kelas apabila mereka tidak perlu lagi berkongsi
untuk menggunakan komputer. Dengan itu, prestasi pelajar dapat di tingkatkan
ketahap maksimum.

Dekstop Acer cannot on yang telah siap dibaiki.

Siap bawa assistant sebab bawa banyak
sangat komputer.

Terpancar wajah gembira semasa kami
menbuat delivery.

Terima Kasih Cikgu Rosni dan pihak sekolah SAMTTAJ kerana memberi kepercayaan kepada pihak OKCS. 


Ada masalah PC tiada display ?

Anda boleh hubungi OKCS melalui:

  • WhatsApp/Messenger

Customer Careline OKCS

  • Hotline 

= 0377316761


Penulis,
Yan Azreana




Leave a Reply

X