Repair Laptop Damansara: 4 Tanda Bateri Laptop Rosak
Tanda bateri laptop rosak : 1 – Windows akan mengeluarkan amaran kepada anda
Teknologi ini mula dilihat pada generasi Windows 7 dan seterusnya. Sesetengah laptop akan mula mengeluarkan icon pangkah atau X berwarna merah jika bateri terlalu lemah. Ada juga yang dapat notification berbunyi ” Consider Replacing Your Battery “.
Tanda bateri laptop rosak : 2 – Percentage power pada battery akan drop secara mendadak
Walaupun dah ditinggalkan caj beberapa jam sehingga penuh, bateri hanya dapat bertahan beberapa ketika sahaja. Perlu diingatkan, jangan tinggalkan ianya dicaj terlalu lama kerana risiko untuk berlakunya kebakaran sangatlah tinggi.
Tanda bateri laptop rosak : 3- Laptop tiba-tiba mati dengan sendiri ketika digunakan
Baru sahaja lepas bateri di caj penuh, tidak sampai beberapa minit laptop tiba-tiba termati sendiri. Apabila laptop cuba dihidupkan kembali, tiada sebarang respon ditunjukkan. Dan masalah selesai bila anda gunakan charger. Ini juga petanda besar untuk anda tukar bateri kepada yang baru.
Tanda bateri laptop rosak : 4- Laptop tak boleh dihidupkan langsung tanpa charger
Ini dah berada pada tahap kritikal dan bateri memang perlu ditukar baru. Lebih baik buang bateri tersebut dari anda biarkan pada laptop kerana ianya berisiko tinggi. Tapi ingat, buanglah ia pada tempat yang sepatutnya seperti kitar semula.
Anda mengalami mana-mana tanda bateri laptop rosak yang dinyatakan diatas?
Anda boleh beli bateri yang baru di OKCS, sebuah kedai Repair Laptop Damansara.
Anda boleh hubungi OKCS melalui:
- WhatsApp/Messenger
- Hotline
= 0377316761
Dan anda boleh datang terus ke OKCS di Damansara Perdana.
Lokasi OKCS Damansara Perdana:
- 2 minit dari Empire Damansara
- 3 minit dari IKEA
- 10 minit dari Sungai Penchala
- 17 minit dari Kepong
- 20 minit dari Sungai Buloh
- 30 minit dari Subang
Penulis,
Zaim Halib
Zaim Halib