Skip to main content
Uncategorized

Punca MacBook Slow | MacBook Repair Kuala Lumpur

By January 18, 2018No Comments

Akhir-akhir ini ramai yang bertanya kepada kami tentang MacBook yang mereka gunakan. Dan antara satu soalan famous yang kami cuba jawab dalam artikel kali ini ialah “Kenapa, mengapa dan apa punca MacBook slow ?”. Masalah MacBook slow ini amatlah menyakitkan hati pengguna. Tak pernah lagi kami dengar orang gembira dengan MacBook yang digunakannya menjadi slow.


Jom lihat punca MacBook slow yang kami senaraikan dibawah ini.

1. Storage MacBook anda dah penuh

Mengikut pengalaman kami, Operating System Mac OS X MacBook memerlukan sekurang-kurangnya 30GB ruang kosong pada hard drive bagi ianya berjalan lancar. Walaupun MacBook masih berfungsi bila ruang kosong hard drive anda kurang dari 15GB, ianya sangat tidak digalakkan untuk kekal sebegitu. Orang dulu-dulu kata, sediakan payung sebelum hujan.



Penyelesaiannya, rajin-rajinlah buang segala fail yang tak berguna. Pastikan trash selalu dikosongkan.


2. Kapasiti RAM bagi MacBook anda terlalu rendah adalah punca MacBook slow

Kapasiti RAM ini adalah subjektif. Ianya bergantung kepada penggunaan anda. Jika anda seorang yang multitasking, buat banyak kerja dalam satu masa, kemudian datang pula masalah lag pada MacBook anda, ini bermakna mungkin kapasiti RAM anda tidak cukup untuk kerja-kerja tersebut.



Penyelesaiannya, periksa spesifikasi MacBook anda. Dan ketahui berapa maksimum kapasiti RAM yang boleh dimasukkan pada MacBook tersebut. Kemudian, upgrade RAM mengikut kesesuaian spesifikasi dan kerja yang ingin anda lakukan.




3. Install Apps tak berguna

Didalam gambar dibawah ialah aplikasi MacKeeper. Ramai yang menggunakannya sebab konon-kononnya ianya dapat membantu mencuci data-data yang tidak berguna didalam MacBook anda. Dan terdapat banyak lagi aplikasi yang seakan dengan MacKeeper ini.

Ramai pelanggan kami dah terkena dengan aplikasi ini. Antara kesan buruk menggunakan MacKeeper ialah MacKeeper akan memuatturun aplikasi tanpa pengetahuan anda, running banyak apps yang telah dimuatturun secara background dan akan mengeluarkan banyak pop up di browser anda. Dan banyak lagi kesan buruknya yang ramai tidak tahu.

Jika situasi semakin kritikal, agak mencabar dan sukar untuk membuang segala kesan buruk yang dihasilkan oleh MacKeeper. Penyelesaian mudahnya, anda boleh format MacBook anda dan segala kesan buruk MacKeeper tadi akan hilang.

Anda boleh format MacBook anda menggunakan tutorial format MacBook yang kami sediakan ini atau anda boleh hantar sahaja MacBook anda ke mana-mana kedai MacBook Repair



4.  MacBook anda tak dapat nak tanggung versi Mac OS X yang anda digunakan

Mac OS X terkini (setakat Januari 2018) ialah High Sierra. Kami berani jamin bila MacBook model lama guna OS ini merupakan satu punca MacBook slow. Tak semua support untuk menggunakan Mac OS X high sierra. Periksa dahulu sebelum update ya.

Apakah Maksimum Mac OS X bagi MacBook Yang Anda Gunakan?


5. Startup terlalu banyak

Aplikasi startup yang banyak adalah salah satu punca MacBook slow. Boleh periksa aplikasi startup di Users & Groups.




6. Terlalu banyak Apps run secara background

Activity monitor akan menunjukkan secara penuh apps yang run secara background di MacBook anda. Anda boleh melihat apps yang anda tidak gunakan berjalan secara background. 




7. Hard Disk anda dah nak rosak


Hard Disk yang nak rosak selalunya menjadi punca macbook slow. Ianya adalah petanda awal sebelum hard disk tersebut benar-benar rosak dan tidak dapat digunakan kembali.

Leave a Reply

X