Skip to main content
Uncategorized

Upgrade PC Desktop | Apa Yang Perlu? | OKCS

By December 14, 2017No Comments

Apa Yang Perlu untuk Upgrade PC Dekstop Anda? | OKCS

“Kenapa PC Desktop saya slow.”

“Kenapa Lepas Format, PC Desktop Saya Masih Slow”

“Dulu PC Desktop saya laju, Tapi Sekarang PC Desktop Saya Dah Slow” 

“Eh, Dulu PC saya slow sikit je, sekarang PC Desktop Saya Dah Slow Sangat”



Kami di OKCS seringkali diajukan dengan soalan sebegini. Bukan sahaja di OKCS, tapi semasa pulang ke kampung untuk bercuti 2,3 hari sekalipun pasti ada saudara mara yang merintih sebegitu. Dan saya juga percaya anda juga pasti tidak terlepas dari diajukan soalan dan keluhan begini dari rakan-rakan anda.




Namun, itulah masalah yang acapkali melanda pengguna PC. Ramai yang cuba melajukan kembali komputer mereka yang slow dengan memasang software utiliti seperti Piriform CCleaner, Advance System Care & banyak lagi. Ada juga yang memasang perisian antivirus, katanya dapat menghilangkan virus yang menyebabkan komputer slow.


Setelah macam-macam perisian dicuba untuk melajukan kembali komputer, tiada satu pun yang berjaya. Bila datang check di OKCS rupa-rupanya hardware yang bermasalah/rendah. Lebih teruk bila Operating System dinaiktaraf melebihi kemampuan spesifikasi yang digunapakai oleh komputer tersebut.



Jika anda mengalami masalah-masalah diatas, tibalah masa untuk anda Upgrade PC Desktop anda.



Jom baca 5 komponen yang boleh dinaiktaraf dengan sedikit ulasan kelebihan & kekurangannya bagi rujukan lengkap anda.


1. RAM

Tambah RAM adalah satu proses naiktaraf yang dikategorikan sebagai paling mudah berbanding komponen lain. Dan kebanyakan komputer boleh dinaiktaraf hardware RAM tersebut. Jika anda tidak pernah buka komputer anda sendiri, baca artikel ini : Kelas Asas Baiki Komputer



Naiktaraf RAM akan membuatkan prestasi komputer bertambah dengan segera bagi komputer yang slow. Bagi mereka yang memerlukan kapasiti RAM yang banyak untuk membuat – video editing – gaming, semakin bagus jika kapasiti RAM semakin besar.



Tapi, berapa banyak RAM yang komputer anda perlukan? Berapa besar kapasiti RAM yang diperlukan? Pada masa kini, untuk prestasi yang mantap, komputer memerlukan sekurang-kurangnya 4GB RAM. Tetapi anda akan dapat lihat peningkatan prestasi yang lebih jelas dengan kapasiti 8GB RAM. Untuk kerja yang lagi berat / heavy, gunakan 16GB RAM untuk hasil yang lebih menakjubkan.





2. Graphic Kad / Graphic Card


Jika anda bukan kaki game, 3D animator, perekabentuk 3D atau setaraf dengannya,  naiktaraf bagi komponen ini tidaklah penting. 



Kebanyakan komputer pada masa kini dilengkapi dengan integrated graphic card. Integrated graphic card ialah grafik yang telah siap dipasang pada motherboard. Jadi, jika anda memerlukan prestasi yang lebih lagi, anda boleh naiktaraf dengan menambah dedicated graphic card. Dedicated graphic card boleh dipasang pada slot yang disediakan pada motherboard.



3. Hard Drive


2 sebab anda perlu naiktaraf hard drive komputer anda. Pertama, tiada lagi ruang kosong untuk simpan fail/data/dokumen lagi. Kedua, mahukan prestasi komputer lebih laju dan power.




Untuk Hard Disk Drive (HDD), anda perlu tumpukan pada kelajuan fizikalnya. Jika komputer anda sudah menggunakan HDD 5400 RPM, naiktaraf ke HDD 7200 RPM akan membuatkan komputer anda lebih laju.



Tapi, cara yang paling power sekali ialah dengan bertukar kepada teknologi Solid State Drive. Solid State Drive menggunakan teknologi flash memory seperti pendrive yang selalu anda gunakan. Berbeza dengan HDD, HDD menggunakan teknologi yang seakan CD.



4. Processor



Naiktaraf processor PC adalah jauh lebih susah dari yang naiktaraf komponen lain. Bukan sahaja memerlukan kemahiran yang tinggi untuk menaiktarafnya, malah harganya juga boleh dikategorikan sebagai naiktaraf yang paling mahal dari yang lain. Dan, ianya ada masalah compatibility yang perlu dititikberatkan.

Naiktaraf yang lain juga sudah tentu ada masalah dengan compatibility. Tapi tidaklah sesukar dari yang lain. Paling penting, tak kesemua naiktaraf processor membawa hasil yang bagus dan mungkin juga tidak memberikan peningkatan prestasi yang anda mahukan.


Ianya mahal dan anda mungkin perlu naiktaraf motherboard juga. Jadi rujuk dengan mana-mana pakar sebelum membelinya.


Tapi tidak dinafikan, naiktaraf processor boleh menjadikan komputer jauh lebih hebat dari biasa jika mengikut prosedur dan piawaian yang betul.




5. Motherboard

Jika kesemua komponen ada masalah bila naiktaraf, naiktaraf motherboard adalah penyelesaiannya. Tapi ianya agak sukar jika anda inginkan komponen yang lain kekal. Contohnya, anda menggunakan RAM DDR2 pada sebelum ini dan anda inginkan ia dipasang pada motherboard baru kerana tidak mahu membazir, masalah akan timbul bila motherboard hanya boleh menerima RAM DDR3 sahaja.


Kesimpulannya, Upgrade PC Desktop memerlukan perancangan yang rapi bagi mengelakkan konflik berlaku hingga memeningkan kepala anda. Jangan disebabkan perancangan tidak rapi akan membuatkan komputer anda terbengkalai dalam stor selamanya. 




Inginkan Upgrade PC Desktop?

Tidak Tahu Bagaimana Nak Upgrade PC Dekstop Sendiri?

Anda boleh hubungi OKCS melalui:

  • WhatsApp/Messenger

Customer Careline OKCS

  • Hotline 

= 0377316761

Dan anda boleh datang terus ke OKCS di Damansara Perdana. 
Lokasi OKCS Damansara Perdana:

  • 2 minit dari Empire Damansara
  • 3 minit dari IKEA
  • 10 minit dari Sungai Penchala
  • 17 minit dari Kepong
  • 20 minit dari Sungai Buloh
  • 30 minit dari Subang

Penulis,
Zaim Halib









Leave a Reply

X