Skip to main content

OKCS DAMANSARA BERKONGSI TIPS CARA SEJUKKAN MACBOOK YANG CEPAT PANAS


Sebelum kami bantu anda, ada beberapa perkara yang anda wajib tahu sebelum kami kongsikan cara sejukkan MacBook.
Apa punca MacBook cepat panas?

Ada satu pengalaman kami bersama pelanggan yang ingin kami kongsikan.
Pelanggan kami datang ke OKCS Damansara dan beritahu “saya selalu letak MacBook saya atas peha untuk senang buat kerja. Tapi sekarang letak atas riba walaupun sekejap terasa panas seperti air mendidih. Stress la, susah nak buat kerja. Ada tak cara sejukkan MacBook ?”.


Proses diagnos oleh pakar MacBook OKCS.
Sebenarnya, cuba ingat kembali. Bila kali terakhir anda servis MacBook anda? Tak pernah servis langsung dari beli? Tuan/puan, mana-mana komputer tidak kira samada MacBook, iMac, laptop atau PC sekalipun perlu diservis sekurang-kurangnya 6 bulan sekali dan ini selalu OKCS Damansara ingatkan kepada pelanggan. Servis adalah cara sejukkan MacBook paling efisien dan berkesan.

Habuk penuh dalam MacBook.

Bila tidak diservis, memang cepat MacBook anda panas. Ini disebabkan oleh habuk dan debu terkumpul didalam MacBook serta thermal paste dah sangat keras. Thermal paste bertujuan untuk menyejukkan MacBook anda. Manakala habuk menyebabkan ruang udara udara tersekat dan menyebabkan haba panas tidak dikeluarkan dari MacBook. Jika tak servis, jangan pelik akan ada kerosakan-kerosakan kecil sehingga boleh menyebabkan kerosakan besar seperti motherboard faulty. 


Proses servis MacBook.


Anda boleh datang terus ke OKCS Damansara untuk servis. Tak perlu buat appoinment dengan kami. Datang sahaja dan kami akan buat secara face to face dengan anda bersama perkongsian dari team kami mengenai cara sejukkan MacBook yang boleh anda lakukan sendiri di rumah selain servis.


Antara proses semasa servis MacBook


Pelanggan kami sangatlah gembira kerana selepas ini senang untuk beliau gunakan MacBook miliknya dengan suhu MacBook yang lebih stabil. Dah tak perlu duduk bawah air-condtioner sahaja. Beliau juga sangat berpuas hati dengan servis kami yang pantas dan harga yang sangat berbaloi. Kami juga sempat berkongsi beberapa cara sejukkan MacBook selain dari servis yang boleh beliau lakukan sendiri dirumah.

Bagaimana ingin berurusan dengan kami?

Bagi yang berada di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor

Anda boleh hubungi kami melalui:

  • WhatsApp/Messenger

Customer Careline OKCS

  • Hotline 

= 0377316761

Dan anda boleh datang terus ke OKCS Damansara. 
Lokasi OKCS Damansara :

  • 2 minit dari Empire Damansara
  • 3 minit dari IKEA
  • 10 minit dari Sungai Penchala
  • 17 minit dari Kepong
  • 20 minit dari Sungai Buloh
  • 30 minit dari Subang

Penulis,
Zaim Halib

Leave a Reply

X