TAK BOLEH WRITE PADA PENDRIVE / EXTERNAL HARD DISK NTFS
NTFS merupakan format fail selain FAT32, EXFAT dan sebagainya. NTFS ini dah biasa kita gunakan pada Operating System Windows dan sebagainya tetapi tidak pada OS X (Operating System Apple). Ramai pengguna Apple seperti MacBook & iMac menghadapi masalah ketika menggunakan drive berformatkan NTFS.
Jika anda pengguna MacBook atau iMac pasti anda hadapi masalah ini bila guna NTFS:
-
Tak boleh move file keluar atau kedalam external hard disk/pendrive
-
Tak boleh copy file masuk kedalam external hard disk/pendrive
-
Tak boleh rename file dalam external hard disk/pendrive
Dan banyak lagi masalah-masalah lain yang sering dihadapi oleh pengguna iMac atau MacBook.
Tapi kenapa iMac atau MacBook tak support write NTFS?
Diambil dari pendapat moderator di Quora.com, majoriti mengatakan Apple tidak mahu menerima kritikan mengenai kehilangan data. Atau mungkin Apple mempunyai agenda mereka tersendiri.
Jadi, macam mana nak selesaikan isu NTFS pada iMac atau MacBook?
Jangan risau, Apple membenarkan anda untuk menggunakan perisian dari 3rd party untuk membantu anda mendapatkan akses penuh pada drive yang menggunakan format NTFS. Banyak perisian 3rd party diluar sana menawarkan perkhidmatan untuk membantu anda mendapatkan akses penuh ketika menggunakan NTFS.
Antara salah satu contoh perisian yang anda mungkin boleh cuba ialah perisian TUXERA. TUXERA merupakan perisian yang mesra pengguna dan juga mudah digunakan.
Klik disini untuk maklumat lebih lanjut mengenai TUXERA.
Anda boleh hubungi kami melalui:
Bagaimana ingin berurusan dengan kami?
Bagi yang berada di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor
Anda boleh hubungi kami melalui:
- WhatsApp/Messenger
- Hotline
= 0377316761
Dan anda boleh datang terus ke OKCS di Damansara Perdana.
Lokasi OKCS Damansara Perdana:
- 2 minit dari Empire Damansara
- 3 minit dari IKEA
- 10 minit dari Sungai Penchala
- 17 minit dari Kepong
- 20 minit dari Sungai Buloh
- 30 minit dari Subang
Penulis,
Zaim Halib
Zaim Halib