Sebelum kita membeli sesebuah laptop, kita harus tahu serba sedikit mengenai laptop agar kita tidak ditipu atau dikecewakan ketika menggunakannya. Terutama kepada pelajar banyak berlaku kekeliruan ketika ingin membuat keputusan pembelian.
Di pasaran, terlalu banyak jenis, jenama laptop yang mempunyai ciri-ciri yang berbeza dari segi saiz, fungsi, dan harga. Untuk membuat pilihan yang tepat, kita perlu tahu apa yang kita perlukan pada laptop kita.
Jadi dalam artikal ini sedikit perkongsian 5 tips membeli laptop untuk pelajar.
Bagaimana kita akan menggunakan laptop kita?
- Kegunaan ringan: Melayari internet, e-mail dan juga laman sosial.
- Kegunaan sederhana: Memuat turun, atau menonton video dan musik secara online, menggunakan aplikasi Microsoft Office.
- Kegunaan berat: Bermain permainan video games, menonton movie, dan multitasking.
TIPS-TIPS UTAMA MEMBELI LAPTOP
1. Memilih sistem operasi (Operating System) yang bersesuaian dengan anda
Windows OS ini merupakan sistem operasi yang popular di Malaysia. Ia mempunyai pelbagai fungsi dan banyak aplikasi bersesuaian dengan Windows OS bergantung pada spesifikasi laptop.
Mac OS X adalah sistem operasi yang dibuat oleh Apple. programming, editor imej dan video menggunakannya kerana kestabilan dan kecekapan yang diberikan.
Chrome OS pula adalah sistem operasi yang dibuat oleh Google, dan dikhususkan kepada mereka yang ingin menggunakan laptop khas untuk melakukan kerja-kerja, dan melayari internet kerana ia didatangkan dengan spesifikasi yang rendah.
2. Memilih saiz laptop yang tepat
- 11 hingga 12 inci: Untuk mereka yang mahukan kemudahalihan.
- 13 hingga 14 inci: Memberikan kestabilan diantara mudah alih dan kebolehgunaan.
- 15 inci: Mempunyai skrin yang besar dan sesuai untuk mereka yang jarang membawa laptop ke mana-mana.
- 17 hingga 18 inci: Memberikan laptop keupayaan untuk beroperasi seperti sebuah workstation.
3. Memeriksaan pada keyboard dan touchpad.
Pastikan anda selesa menggunakan keyboard dan touchpad kerana anda menggunakannya untuk melakukan kerja, bermain permainan, buat jangka masa yang panjang. Keselesaan adalah kunci keutamaan yang sangat penting.
LAPTOP UNTUK DESIGNER
4. Memilih spesifikasi bersesuaian.
Ia bergantung kepada penggunaan. Seandainya anda bukan seorang power user, bermakna bukan seorang yang bermainan permainan video games atau editor, yang memerlukan laptop dengan spesifikasi yang tinggi, laptop dengan ciri ciri asas sudah memadai.
Spesifikasi laptop yang perlu diambil tahu adalah CPU, RAM, cip grafik, dan hard disk.
CPU
CPU adalah Central Processor Unit atau Unit Pemprosesan Pusat berfungsi sebagai otak laptop kita. Ia memainkan peranan besar dalam menentukan prestasi laptop kita bergantung kepada penggunaan kita.
AMD
Cip yang dicipta oleh AMD kebanyakannya berada di dalam laptop yang berharga rendah.
Cip FX daripada AMD adalah khusus untuk power user yang bermain permainan video games, dan juga multitasking.
INTEL
Intel merupakan komponen utama untuk Macbook dan juga kebanyakan laptop-laptop yang menggunakan Windows.
Core i7: Merupakan sebuah cip kelas teratas untuk power user. Ia sangat sesuai untuk pemain permainan video games, pereka grafik, jurufoto dan juga juruvideo.
Core i5: Merupakan cip kelas tengah daripada Intel. Ia cukup berkuasa untuk penggunaan harian. Anda mungkin perlu mengurangkan tetapan grafik untuk bermain permainan video games.
Core i3: Merupakan entry-level cip dari pada Intel. Prestasinya agak rendah berbanding dengan Core i5.
RAM
RAM adalah Random Access Memory. Ianya untuk memberikan laptop anda kebolehan untuk multitasking.
Untuk penggunaan biasa, 2GB RAM sudah memadai. Anda boleh upgrade RAM anda dengan menukar atau menambahkan RAM pada slot yang sedia ada.
Cip grafik
Jika anda adalah seorang pemain permainan video games, pereka grafik, pereka model, anda memerlukan cip grafik daripada AMD ataupun Nvidia untuk memudahkan proses melakukan kerja anda. AMD dan Nvidia mempunyai pelbagai jenis cip grafik mengikut kepada bajet anda.
Hard Disk dan Solid State drive
Hard disk (HDD)
Hard disk merupakan komponen penting untuk laptop kita. Pada hard disk inilah kita simpan sistem operasi kita. Tanpa hard disk, laptop kita tidak akan boleh dihidupkan.
Jika anda tidak memerlukan ruang yang banyak, dapatkan laptop yang disertakan dengan SSD untuk mendapatkan tiga kali ganda kelajuan berbanding hard disk biasa.
Solid State drive (SSD)
Mempercepat booting (super cepat hanya 4 saat pada windows 8). Booting dengan SSD lebih cepat sehingga cuma memakan 30%-75% waktu booting dengan hardisk. Transfer file lebih cepat. Copy file dengan SSD cuma perlukan masa 50% dari hard disk. Respon lebih cepat dengan SSD tidak menggunakan mekanik jadi respon lebih cepat daripada Hard disk.
5. Ketahanan bateri
Satu lagi aspek yang perlu anda ambil tahu adalah ketahanan hayat bateri. Jika anda hanya gunakan laptop diatas meja berdekatan dengan charger, tiada masalah.
Tetapi jika anda ingin menggunakannya ketika anda berada didalam perjalanan, sekurang-kurangnya anda memerlukan laptop yang hayatnya selama 6 jam. 8 jam adalah hayat yang paling ideal.
Ini adalah beberapa tips-tips yang boleh anda gunakan untuk membeli sebuah laptop. Pastikan tujuan penggunaan, dan kemudian anda buatlah pilihan dalam mencari laptop yang sesuai untuk anda.
Share dengan rakan-rakan anda kalau anda rasa artikel ini bermanfaat.
Bagaimana ingin berurusan dengan kami?
Bagi yang berada di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor
Anda boleh hubungi kami melalui:
- WhatsApp/Messenger
- Hotline
= 0377316761
Dan anda boleh datang terus ke OKCS di Damansara Perdana.
Lokasi OKCS Damansara Perdana: