Skip to main content
Uncategorized

20 CHECKLIST KOMPUTER | OKCS

By October 16, 2017No Comments

SENARAI SEMAK SELEPAS KOMPUTER DIBAIKI/DISERVIS


Senarai semak telah menjadi standard di OKCS.
Senarai semak perlu diisi oleh mana-mana staf OKCS yang berpengalaman dari segi hardware & juga software.
Adalah menjadi satu kewajiban kami di OKCS bagi memastikan semua pelanggan yang datang mengambil kembali komputernya perlu dilampirkan bersama senarai semak yang telah siap diisi.

Objektif senarai semak dibuat:
  • Supaya pelanggan sedia maklum dengan kerosakan yang berlaku pada komputer tersebut sebelum proses baikpulih dibuat.
  • Pelanggan dapat mengetahui keadaan semasa komputernya.
  • Pelanggan boleh mengetahui kerosakan lain pada komputernya.
1. Screw
Pihak kami akan memastikan semua skru pada komputer. 
Jika ada yang hilang, ianya akan dinyatakan dalam jobsheet sebelum komputer diambil untuk dibaiki dan juga akan dimaklumkan dalam senarai semak.

2. Dent/Scratch
Dent bererti kemik manakala scratch bererti calar didalam bahasa Melayu. 
Calar major sehingga menampakkan warna selain cat asal komputer akan dinyatakan dalam senarai semak. 
Technician akan meneliti seluruh badan komputer untuk mengesan calar yang ada sebelum komputer diambil.
                              




3. Keyboard
Untuk pengujian keyboard, pihak kami akan memeriksa:
– Semua kekunci
– Kekunci function
– Power button



4. Bottom Rubber
Untuk bottom rubber, kami akan periksa samada kesemua bottom rubber masih ada ataupun tidak. 
Ianya akan dinyatakan dalam checklist jika ada bottom rubber yang hilang.
Kebiasaannya laptop mempunyai 4 unit bottom rubber.



5. Magsafe/Charger
Magsafe adalah nama lain bagi pengecas Apple MacBook. 
Pihak kami akan menguji terlebih dahulu magsafe yang ditinggalkan samada ia berada dalam keadaan baik ataupun tidak. 
Ianya akan dilabelkan supaya tidak tertukar dengan mana-mana magsafe yang terdapat di premis kami.



6. DC Jack/Power Jack
Untuk DC Jack/Power Jack, kami periksa :


– Kebocoran arus elektrik
– Kelonggaran komponen


Komponen ini sangat penting dan perlu diberi perhatian kerana ianya melibatkan kuasa elektrik. Banyak kes litar pintas berlaku akibat kecuaian diri sendiri yang langsung tidak menghiraukan penjagaan komponen ini.

7. OS
Untuk Operating System (OS), kami akan periksa:


– Versi OS yang digunakan contohnya Windows 10 versi 1709 build 16299
– OS up to date atau tidak.
– OS sesuai dengan spesifikasi komputer ataupun tidak sesuai.


Ianya penting untuk diperiksa bagi memastikan keselesaan anda semasa menggunakannya. 
Sebarang masalah pada OS akan dinyatakan.
8. HDD/SSD
Untuk HDD/SSD, pemeriksaan yang dibuat adalah melibatkan:
– Kapasiti
– Kelajuan transfer data (transfer rate)



9. RAM
Pemeriksaan RAM melibatkan:
– Kapasiti RAM
– Spesifikasi RAM
– Status keadaan RAM



10. Screen
Untuk screen, kami akan periksa:
– Ada calar atau tidak
– Display dalam keadaan baik atau tidak (malap/bergaris/berkelip-kelip)



11. Battery
Pemeriksaan terhadap bateri melibatkan :
– Cycle Count
– Boleh dicas atau tidak

Kebanyakan kes tidak diambil bateri laptop tersebut kecuali ianya built-in (berada didalam) seperti MacBook.


12. Fan
Pemeriksaan terhadap kipas melibatkan:
– Berfungsi dengan baik atau tidak
– Dapat memindahkan haba keluar atau tidak
– Perlu diservis pada tempoh bila?



13. Trackpad
Bagi trackpad, kami akan periksa:
– Pergerakan cursor
– Right click & left click berfungsi
– Scroll keatas dan kebawah
– Gesture




14. Service / Servis
Untuk servis kami akan maklumkan:
– Bila perlu diservis
– Keadaan dalam laptop terkini




15. Wifi Card
Wifi card diperiksa dengan melibatkan:
– Boleh connect wifi atau tidak
– Boleh akses ke internet
– Wifi berada dalam keadaan baik atau tidak



16. Sound
Pengujian sound melibatkan:
– Bunyi yang dihasilkan merdu ataupun pecah
– Kesemua speaker berfungsi atau tidak



17. Bluetooth
Bluetooth diuji dengan :
– menyambungkan komputer kemana-mana gadget lain yang menggunakan bluetooth seperti mouse.



18. Web Cam
Web cam diuji melibatkan:
– Web cam berfungsi atau tidak
– Dapat menangkap gambar/video dengan baik atau tidak

19. DVD Writer
Pemeriksaan terhadap DVD Writer melibatkan:
– Kami akan cuba masukkan DVD
– DVD/CD boleh dibaca atau tidak

20. I/O Port
Pengujian I/O port melibatkan:
– USB port
– RJ-45 port
– Memory card reader
– Thunderbolt
– Audio Jack
– Microphone Jack


Kesimpulannya, senarai semak sangat penting sebelum & komputer dipulangkan kepada pelanggan.
Ianya dapat memudahkan kedua-dua pihak terutama kepada pelanggan yang ingin mengetahui keadaan terkini komputernya dan apa yang perlu dinaiktaraf/dikemaskini/dibaikpulih.






Bagaimana ingin berurusan dengan kami?

Bagi yang berada di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor

Anda boleh hubungi kami melalui:

  • WhatsApp/Messenger

Customer Careline OKCS

  • Hotline 

= 0377316761

Dan anda boleh datang terus ke OKCS di Damansara Perdana. 
Lokasi OKCS Damansara Perdana:

  • 2 minit dari Empire Damansara
  • 3 minit dari IKEA
  • 10 minit dari Sungai Penchala
  • 17 minit dari Kepong
  • 20 minit dari Sungai Buloh
  • 30 minit dari Subang

Penulis,
Zaim Halib

No Comments

  • Tanpa Nama says:

    Greetings from Ohio! I'm bored at work so I decided to check out your site
    on my iphone during lunch break. I love the info you
    provide here and can't wait to take a look when I get home.
    I'm shocked at how fast your blog loaded on my phone ..

    I'm not even using WIFI, just 3G .. Anyhow, awesome blog!

  • Tanpa Nama says:

    Hi there! Would you mind if I share your blog with
    my zynga group? There's a lot of folks that I think would really enjoy
    your content. Please let me know. Cheers

Leave a Reply

X