BAIKI MOTHERBOARD LAPTOP
Laptop pelanggan kami bermasalah tiada paparan pada skrin selepas dihidupkan.
Kejadian tiada paparan itu berlaku secara tiba-tiba ketika beliau sedang bermain permainan video. Beliau sangat frust kerana tidak boleh bermain permainan video lagi.
Proses diagnos kerosakan laptop. (LED menyala + kipas berpusing tetapi tiada paparan)
Apa punca masalah laptop no display?
- Skrin rosak (screen problem)
- Ribbon skrin putus/luka/tercabut.
- BIOS bermasalah
- RAM bermasalah
- Motherboard
Selepas diagnos dilakukan oleh pakar laptop kami. Didapati punca masalah sebenar datang dari motherboard. Di motherboard terletak banyak komponen dan slot penting.
Random Access Memory, Processor, Graphic Processing Unit merupakan komponen yang biasa anda dengari. Selama 9 tahun kami beroperasi, majoriti masalah no display yang kami baikpulih berpunca dari motherboard adalah disebabkan oleh Graphic Processing Unit bermasalah. Kami sarankan kepada pelanggan tersebut bahawa motherboard perlu dibaiki atau ditukar baru (jika perlu & sangat jarang berlaku berdasarkan rekod kami).
Proses keluarkan motherboard dari laptop.
Tempoh baikpulih mengambil masa 3 minggu bergantung kepada queue masalah motherboard yang perlu diselesaikan. Hal ini disebabkan proses baikpulih yang rumit serta masalah motherboard yang perlu dibaiki sangat banyak (queue panjang). Kosnya pula bergantung kepada komponen yang dibaikpulih atau ditukar.
Proses reflow GPU.
Akhirnya, motherboard laptop beliau berjaya dibaikpulih. Setelah dihidupkan, laptop beliau kembali menghasilkan paparan dan tiada lagi masalah. Pelanggan kami sangat berpuas hati kerana selepas ini beliau boleh bermain permainan video semula. Cuma perlu diingatkan.. samada laptop baru atau lama, pastikan haba laptop anda berada dalam suhu normal bagi mencegah kerosakan.
REVIEWS PELANGGAN YANG TELAH REPAIR MOTHERBOARD DENGAN OKCS
Baiki Motherboard Apple MacBook Air 13 |
Baiki Motherboard Laptop Sony Vaio PCG-51111W |
Baiki Motherboard Apple MacBook 11 A1370 |
Bagaimana ingin berurusan dengan kami?
Bagi yang berada di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor
Anda boleh hubungi kami melalui:
- WhatsApp/Messenger
- Hotline
= 0377316761
Dan anda boleh datang terus ke OKCS di Damansara Perdana.
Lokasi OKCS Damansara Perdana:
- 2 minit dari Empire Damansara
- 3 minit dari IKEA
- 10 minit dari Sungai Penchala
- 17 minit dari Kepong
- 20 minit dari Sungai Buloh
- 30 minit dari Subang
Penulis,
Zaim Halib