Skip to main content
Uncategorized

REPAIR PC DESKTOP : KOMPUTER MENGELUARKAN BUNYI BISING BERPUNCA DARI KIPAS PATAH

By September 10, 2017No Comments
Salah seorang dari pelanggan kami mengadu masalah komputernya mengeluarkan bunyi yang sangat bising. Ianya berlaku duahari sebelum beliau ke OKCS Damansara Perdana. Bunyi bising yang dihasilkan sangat mengganggu beliau untuk fokus melakukan kerja. Beliau bekerja sebagai penulis novel bebas berhampiran Damansara Perdana. Kerja beliau sudah tentu memerlukan situasi yang tenang dan damai.






Bila kami check pc desktop beliau, kami dapati kipas pada casing yang berfungsi mengeluarkan haba dari dalam pc dekstop ke luar telahpun patah. Jarang juga situasi ini berlaku. Antara puncanya perkara ini berlaku mungkin disebabkan sesuatu benda seperti pen, pensil, mungkin juga binatang seperti cicak atau lain-lain masuk kedalam kipas berkenaan. Jika kipas ini dicabut semata-mata untuk menghilangkan bunyi bising, dalam jangka masa panjang akan mengakibatkan kerosakan lain-lain hardware. Apabila kipas tiada, haba didalam komputer tidak dapat dikeluarkan. Bahaya betul jika dibiarkan.
Gambar menunjukkan bilah kipas yang patah.

Sebagai penyelesaian, kipas pc desktop tersebut akan ditukar kepada yang baru. Kosnya boleh dirujuk dimana-mana cawangan OK Computer Solution manakala tempoh penukarannya mengambil masa 1-3 hari bergantung kepada stok yang kami ada.
Kipas baru.
Setelah dibaiki, pelanggan kami sangat lega kerana beliau tidak akan terganggu lagi oleh bunyi bising ketika beliau menulis novel. Kini, komputernya lebih senyap dan lebih sejuk berbanding sebelumnya. Beliau turut memuji servis kami yang pantas, berkualiti & harga patut.

BAGAIMANA UNTUK MENGHUBUNGI KAMI?

Bagi yang berada di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor
📲Whatsapp direct guna link ni
>>> https://goo.gl/rroAAw (Customer Service OKCS HQ)

📱Hotline : 
0377316761 (Office OKCS HQ)

Penulis,

Leave a Reply

X