Pelanggan datang ke OKCS mengadu masalah komputernya tidak dapat dihidupkan. Beliau sangat takut kerana komputer itu adalah kepunyaan majikannya. Bimbang dimarahi, beliau cuba mencari jalan penyelesaian dengan membuat carian di google mengenai kedai yang boleh membaiki komputernya. Beliau terbaca mengenai testimoni di artikel OKCS. Beliau yakin OKCS boleh membantunya.
Tidak boleh dihidupkan. (Tiada apa-apa bunyi serta kipas tidak berpusing) |
Technician kami menerima laptop tersebut dan kemudian melakukan pemeriksaan secara percuma. Berdasarkan pengalaman professional technician kami, komputer beliau mempunyai kerosakan pada motherboard. Jika tidak ditukar, komputer tak akan dapat dihidupkan langsung. Perkara ini terjadi berkemungkinan besar disebabkan habuk yang terkumpul didalam komputer dan dibiarkan begitu sahaja tanpa diservis secara berkala.
Motherboard lama. Lepas dibersihkan pun nampak berhabuk lagi. |
Beliau mengambil keputusan untuk menukar komponen tersebut. Ianya hanya mengambil masa 1-3 hari sahaja. Kosnya bergantung kepada jenama. Lain jenama, lain harganya. Boleh rujuk di kedai kami terlebih dahulu.
Motherboard baru. Merecik bukan? |
Akhirnya, beliau sangat gembira kerana beliau boleh memulangkan komputer milik majikannya seperti asal semula. Komputer tersebut telah dapat digunakan dan lebih berprestasi dari yang sebelumnya.
Komputer berjaya dihidupkan. |
BAGAIMANA UNTUK MENGHUBUNGI KAMI?
📲 Customer Careline OKCS (HQ)
📲Saya akan utamakan anda yang whatsapp direct saya