Pelanggan kami mengadu komputernya bermasalah. Setiap kali komputer dihidupkan, sistem jam selalu perlu diperbetul. Sebenarnya, dia tidak kisah mengenai jam tersebut. Jam dinding, jam tangan serta jam telefon sudah cukup baginya. Yang menjadikan masalah lebih merumitkan, beliau tidak dapat membuat apa-apa carian di browser selagi jam tidak diperbetulkan. Beliau sangat stress kerana perlu membaiki jam komputernya setiap hari.
Technician kami memeriksa komputernya dan mendapati bateri CMOS telahpun kehabisan kuasanya. Jika tidak ditukar, ianya juga boleh mendatangkan kesan kepada motherboard dan lain-lagi dalam jangka masa yang panjang. Jika anda tahu berapa kos untuk tukar motherboard dan lain-lain, confirm tertelan air liur dibuatnya. Cegah lebih baik dari merawat.
Bateri CMOS yang lama. |
Beliau bersetuju untuk menukar bateri CMOS tersebut kepada yang baru. Pemasangannya boleh dilakukan dalam beberapa minit sahaja. Harganya boleh dirujuk di mana-mana cawangan OKCS.
Akhirnya, beliau sangat gembira kerana setiap kali masuk kerja dah tak perlu betulkan jam lagi dah. Hidupkan komputer dan terus buka youtube. opss 😂, maksud kami kerja. Tak apa. Tak semestinya kena mengadap kerja sahaja selama berada dipejabat kan? Kadang-kadang kena la tenangkan minda sekejap, baru la tak stress. Tapi ingat, kerja perlu disiapkan tau.
Tiada masalah dah nak guna internet. |
BAGAIMANA UNTUK MENGHUBUNGI KAMI?
Bagi yang berada di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor
📲Whatsapp direct guna link ni
📲 Customer Careline OKCS (HQ)
📲Saya akan utamakan anda yang whatsapp direct saya
📱Hotline :
0377316761 (Office OKCS HQ)
Penulis,